Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 1, 2016

BELIA LAHAD DATU MELALUI PROSES PERSIAPAN KE SYD-4

Oleh Mazdollyna, SOCCOM LD
Lahad Datu - Seramai 114 peserta telah melibatkan diri dalam Fasa 1 SYD pada 23-24 April di Borneo Paradise. Proram ini dianjur oleh Kerasulan Belia Paroki St. Dominic. Peserta-peserta terdiri belia-belia dari Paroki St. Dominic dan outstasi Felda, Kunak dan Madai.  
Para peserta bertolak pada sekitar pukul 2 petang dari Gereja St. Dominic dan perjalanan ke Borneo Paradise mengambil masa hampir sejam. Para peserta telah dibahagikan kepada 8 kumpulan bercampur dan ketua turut dilantik bagi setiap kumpulan terbabit.
Program ini mengandungi 4 sesi kesemuanya. Alfian Muering menyampaikan sesi pertama 'Mengenal Diri.' Sesi ini menguji para peserta sejauh mana mereka mengetahui tentang diri mereka. Para belia harus dibimbing menemukan identitinya dan mengambil bahagian dalam misi Gereja iaitu karya penyelamatan.

Marrianne mengendalikan sesi kedua iaitu Ajaran Gereja. Sesi ini menyentuh pengenalan hidup Santo Santa dan 7 Sakramen. Belia diajak untuk membaca dan merenung hidup kudus Santo Santa yang semasa hidupnya meneladani Kristus dan menyerah hidup mereka demi iman mereka kepada Kristus.

Sementara 7 Sakramen itu mempunyai hubungan erat antara kehidupan rohani dan jasmani. Sakramen yang adalah tanda-tanda, menguduskan tahap-tahap dalam hidup kerohanian kita.
Pada 24 April, para peserta telah memulakan hari indah itu dengan senaman Doa pagi yang dikendalikan oleh Udin Gabriel. 

Sr Evelyn Tivit fsic menyampaikan sesi seterusnya tentang 'Keluarga.' Sesi ini merujuk kepada hubungan para peserta dan keluarga. Keluarga sebagai 'Gereja Mini' penting dalam menanam nilai-nilai Kristiani. Ia merupakan tanda kehadiran Kristus baik di tengah anggota keluarga mahu pun di Komuniti. Maju mundur kehidupam menggereja ditentukan oleh sejauh mana setiap peribadi dididik dan dibentuk dalam keluarganya.
Manakala sesi terakhir iaitu tentang Sejarah Penyelamatan oleh Seminarian Walter Milter. Sesi tersebut menceritakan asal-usul penyelamatan dan sejarah manusia melalui Alkitab.
Sebelum bertolak pulang, para peserta turut diberi sedikit taklimat akan keperluan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang SYD4 di Gereja Holy Trinity Tawau pada 6 hingga 10 Jun nanti. Peserta bertolak pulang pada jam 2 petang.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent