Disediakan oleh Jainusbon Stephens dan
Carlson Robert Fong, Tim Dokumentasi
Carlson Robert Fong, Tim Dokumentasi
Telupid : Kehangatan dan semangat Sabah Youth Day 4
(SYD-4) kian terasa apabila 35 peserta SYD-4 dari kontinjen St. Martin Telupid
telah menyertai Persiapan Rohani SYD-4 yang telah diadakan selama 2 hari 1
malam pada 29-30 April 2016 di Gereja St. Martin Telupid. Persiapan
rohani ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh ketua kontinjen SYD 4 St. Martin
Telupid dan tim serta dibantu oleh Kerasulan Belia Paroki St. Martin Telupid.
Program Persiapan Rohani dimulakan dengan sesi
pendaftaran peserta disusuli dengan aktiviti “Kasi Pacah Itu Ais” yang telah
dikendalikan oleh saudara Valentine Tony. Objektif dalam aktiviti ini ialah
supaya semua peserta dapat saling mengenal antara satu dengan yang lain
disamping mengeratkan hubungan antara
peserta.
Sejurus selepas itu, saudara Daniel Hendricus, selaku ketua kontinjen SYD 4 St. Martin Telupid memberikan taklimat tentang peraturan sepanjang program berlangsung serta pengisian program pada hari berikutnya.
Program pada hari pertama ditutup dengan doa malam dipimpin oleh saudari Terry Therresa.

Hari kedua bermula dengan sesi doa pagi dipimpin oleh
saudari Terry Therresa. Selesai sahaja, peserta menikmati sarapan pagi, program
persiapan dimulakan dengan beberapa sesi. Sesi pertama iaitu “Perkongsian Tema SYD-4,” sesi kedua “Siapa Yesus Dalam Hidup Saya” dan sesi
yang ketiga ialah “Yesus Wajah Kerahiman
Allah Bapa” Ketiga-tiga sesi ini telah disampaikan oleh ketua kontinjen
SYD 4 St. Martin Telupid.
Sesi pertama iaitu "Perkongsian
Tema SYD-4", telah menekankan dan menerapkan nilai-nilai kerendahan
hati selaras dengan tema Sabah Youth Day 4 (SYD-4) iaitu Matius 5:7 "Berbahagialah orang yang murah
hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan." Dalam sesi ini juga,
peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan akan
renungan tema dengan melihat kembali cara kehidupan seharian mereka. Dalam sesi
ini juga, saudara Daniel telah menyentuh akan 7 Karya Rohani dan 7 Karya Jasmani Belas Kasih.
Sesi kedua, "Siapa
Yesus dalam hidup saya (Bengkel)" merupakan kesinambungan tema Sabah
Youth Day 4 (SYD-4) di mana saudara Daniel telah mengajak semua peserta untuk
lebih mendalami akan makna Belas Kasih Tuhan iaitu melalui Yesus sendiri.
Melalui sesi yang kedua ini, para peserta dikehendaki untuk saling berkongsi
pendapat mahupun pengalaman mereka sendiri dengan ahli kumpulan untuk lebih
meneguhkan lagi iman dan penghayatan cinta kasih Tuhan terhadap diri
masing-masing.
Beberapa soalan panduan diberikan untuk membantu setiap peserta mengendalikan sesi perkongsian di dalam kumpulan masing-masing. Selesai sesi perkongsian, kesimpulan bagi sesi ini telah disampaikan oleh Seminarian Stephen Esguerra dengan menekankan supaya setiap peserta harus menjadikan Yesus sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, Seminarian Stephen mengajak semua peserta SYD agar menjadikan SYD sebagai salah satu tapak permulaan untuk lebih mengenali peribadi Yesus.

Selepas itu, pada sesi yang ketiga, "Yesus Wajah Kerahiman Allah Bapa," menerapkan
aspek-aspek nilai belas kasih Tuhan dengan mengambil contoh tokoh-tokoh yang
sering menekankan akan belas kasih Tuhan dan antara tokoh yang menjadi
contoh ialah Paus Fransiskus sendiri.
Pengisian terakhir dalam Program Persiapan Rohani SYD 4 Kontinjen St.
Martin Telupid ialah sesi Q and A yang telah dikendalikan oleh ketua kontinjen
sendiri. Saudara Daniel telah memberikan
taklimat dan penerangan tentang sistem peraturan yang akan digunakan sepanjang
berlangsungnya SYD-4 di Gereja Holy Trinity Tawau nanti. Selain itu, beliau turut
mengingatkan para peserta tentang barang-barang keperluan yang perlu disediakan
dan dibawa ke SYD-4 pada 6 Jun 2016 nanti.
Sebelum persiapan rohani berakhir, Koordinator Kerasulan Belia Paroki,
saudara Hildy Albert telah menyampaikan cenderahati kepada saudari Terry
Therresa dan Seminarian Stephen Esguerra atas sumbangan mereka sepanjang
Program Persiapan Rohani SYD 4
berlangsung. Program persiapan rohani diakhiri dengan nyanyian lagu tema
SYD-4 dan sesi bergambar sebelum semua peserta kembali ke tempat masing-masing.
No comments:
Post a Comment