Gambar oleh Franco
Sandakan: Komiti Pusat (Core Group) Komuniti Kristian Dasar (KKD) Paroki Katedral St. Mary telah
menganjurkan Seminar Kepimpinan dan Rekoleksi KKD peringkat paroki pada 7 Mei 2016 di Dewan Paroki. Para peserta terdiri dari Ahli
Jawatankuasa dan bakal pemimpin-pemimpin di peringkat KKD masing-masing.
Sejumlah 140 peserta mewakili 33 KKD di bawah naungan Paroki Katedral St Mary, Sandakan telah menyertai program sehari suntuk ini. KKD tersebut adalah dari persekitaran Katedral, sub-paroki St Mark Batu 12, St Anthony Bukit Garam, St Paul Ulu Dusun, Our Lady of Fatima, Beluran serta Keluarga Besar Katolik Indonesia.

Aturcara program bermula seawal jam 7.30 pagi dengan 7 Langkah
Perkongsian Alkitab yang mana para peserta telah dibahagi-bahagikan mengikut
kumpulan.
Sesi 1, 'KKD dan Persoalannya' telah dipermudahcarakan oleh Seminarian Christopher Ireneus bertujuan memberi laluan kepada peserta membuat perbincangan mengenai persoalan berkaitan dengan KKD. Hasil perbincangan secara cetusan minda (brain storming) menurut pengalaman di KKD masing-masing, kemudiannya dibentang untuk dikongsikan bersama. Di akhir sesi tersebut Seminarian Christopher membuat ulasan akan hasil perbincangan tersebut yang dijadikan panduan untuk setiap KKD memperbaiki pelayanan mereka.

Sesi ke-2 bertajuk ‘Kepimpinan Hamba Tuhan / Servant Leadership’ disampaikan oleh Sr. Appollonia Gumpu fsic.
Dalam sesi ini Sr.
Appollo (panggilan popular) memberi penekanan tentang ciri-ciri dan prinsip-prinsip kepimpinan dalam
pelayanan gereja dan membuat perbincangan secara interaktif dengan peserta.
Sesi ini bertujuan untuk menyedarkan para peserta bahawa pelayanan mereka bukanlah sekadar pilihan umat tetapi ia adalah panggilan Tuhan. Nabi Musa yang pada mulanya membuat pelbagai alasan menolak menjadi pemimpin, akhirnya dapat memimpin dan melayani dengan baik.

Sesi ke-3 dikendalikan oleh saudara Pius Gorohom bertajuk 'Kepimpinan Cara Baru Menggereja.' Ceramah ini bertujuan memberi kefahaman
tentang perlunya pertumbuhan gereja yang partisipatif. Para pemimpin diberi
kesedaran tentang betapa pentingnya peranan mereka menjayakan cara baru menggereja.
Sesi terakhir disampaikan oleh saudara Leonie Degullacion yang
bertajuk ‘Pembentukan untuk Pemimpin-Pemimpin Paroki’ yang berobjektifkan
membantu para peserta untuk menganalisa pelbagai cara kepimpinan dan
mengenalpasti cara mana yang sesuai untuk pembentukan komuniti.
Sebaik sahaja selesai sesi tersebut, saudara Francis Tan, Setiausaha
Eksekutif Keuskupan Sandakan membuat penggulungan kepada Program Kepimpinan dan
Rekoleksi KKD Paroki ini. KKD merupakan teras pastoral Keuskupan Sandakan; membangunkan komuniti melalui KKD. Inilah satu
usaha cara baru menggereja di setiap paroki yang bernaung di bawah Keuskupan ini. Maju dan mundurnya KKD banyak dipengaruhi oleh cara kepimpinan.
Pada seminar ini juga borang-borang pencalonan untuk barisan ahli
jawatankuasa KKD Pusat Paroki sesi 2016-2018 diedarkan. Pencalonan ini akan dinilai
oleh satu jawatankuasa yang diketuai oleh Sr. Appollonia fsic dan akan diumumkan
kelak.
Saudara Michael Lai, Timbalan Pengerusi yang mewakili Majlis Pastoral Paroki Katedral St Mary turut hadir menyokong program ini.
Saudara Michael Lai, Timbalan Pengerusi yang mewakili Majlis Pastoral Paroki Katedral St Mary turut hadir menyokong program ini.
No comments:
Post a Comment