Yasinta Dominikus - St. Jude, Semporna
Semasa sesi "The light of faith illuminates darkness", saya berasa sangat takut. Tetapi suara kakak Anna membuatkan saya untuk memberanikan diri untuk terus maju. Pada masa saya menutup mata dan sambil merangkak sehingga ke hujung terowong, saya berasa sangat takut. Saya mengakui bahawa iman saya tidak kuat apabila terpaksa berhadapan dengan halangan yang ada di dalam terowong itu. Tapi selepas melalui terowong itu, saya tahu selama ini saya kurang yakin bahawa Yesus berada di sisi saya untuk menguatkan iman saya dalam menjalani kehidupan ini sebagai seorang belia dan sebagai seorang manusia biasa. Saya sering takut dengan semua itu. Saya selalu hilang keyakinan diri, selalu ketakutan apabila menghadapi masalah yang sukar. Tapi selepas mengikuti kem YLC III ini dan mendengar perkongsian dari rakan belia yang lain; sedikit demi sedikit ia mampu membuat saya berfikir dengan lebih terbuka dan memahami kehidupan sebagai seorang pemimpin belia.
Christina Lasius - St. Paul, Ulu Dusun
![]() |
(Christina - kiri) |
Ketika arahan diberikan untuk menutup mata dengan menggunakan sehelai kain, disitu saya tertanya apa yang perlu dibuat. Kemudian, setiap peserta diarahkan untuk membayangkan keadaan diri bila mana tidak dapat melihat dunia. Dalam keadaan hening, tiba-tiba air mata mengalir dan terus mengalir. Saya mengimbas kembali keadaan hidup saya dengan mata yang dapat melihat dan membandingkan diri saya pada ketika itu dengan mata yang tertutup. Apa pengorbanan yang telah saya lakukan untuk-NYA?. Adakah saya menghargai segala yang telah diberikan oleh-NYA?. Dan bila saat saya dipimpin untuk memasuki lorong tersebut dan memasukinya, airmata sekali lagi membasahi pipiku. Suasana yang gelap serta pelbagai halangan perlu diharungi mecerminkan situasi hidup saya di luar sana. Kuatkah diri ini menempuhi semua halangan ini?.
Dalam hati berbisik, "ada CAHAYA di hadapan sana yang perlu engkau cari". Kekuatan dan keyakinan muncul. Halangan demi halangan dirempuhi hinggalah sampai ke penghujungnya, terlihat sinaran CAHAYA. Terima kasih TUHAN. Ucapan syukur saya kepada-NYA kerana sentiasa ada menjadi pelindungku, memberikan kekuatan serta keyakinan dan sentiasa mencurahkan CINTA KASIH-NYA kepada saya meskipun saya sentiasa melukai-NYA. Belajar dan Diajar. Dua perkataan yang membawa erti yang mendalam dalam diri. Bila saya ingin belajar sesuatu, saya memerlukan seorang pemimpin untuk mengajar saya. Oleh itu, saya berharap apa yang saya pelajari disepanjang YLC-3 dan selepas perutusan tersebut, akan memberikan lagi keyakinan kepada saya untuk menjadi seorang pemimpin terutama sekali dalam pelayanan. Saya harap melalui pelayanan saya dengan lebih sungguh, saya dapat menarik serta membuka hati para belia di luar sana untuk turut serta melayani-NYA.
" BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH ", " DON'T JUST GO TO CHURCH BUT BE THE CHURCH", " LOVE IS NUMBER 1 "...YEAHHHHH!!!! and PEACE TO ALL
Warren Pierre Anun - St. Martin, Telupid
![]() |
(Warren - kiri) |
Saya telah mengikuti program Youth Leaders' Camp sejak pertama kali ia diadakan. Setiap tahun ia menyediakan aktiviti-aktiviti yang baru, mencabar dan mendekatkan saya dengan Tuhan. Pengalaman yang telah saya dapat di sepanjang program ini amat berharga. “Break the barrier” merupakan aktiviti yang memberikan impak yang besar terhadap diri saya. Di dalam aktiviti ini saya telah dilantik menjadi seorang ketua. Menjadi ketua bukanlah sesuatu yang mudah. Aktiviti ini membolehkan saya untuk membuat keputusan, berkomunikasi antara satu sama yang lain dan membuka diri saya kepada orang lain.
Sepanjang program ini saya dapat merasakan betapa pentingnya untuk menjadi ketua yang berani menyuarakan pendapatnya, berpengetahuan dan peka terhadap apa yang berlaku di sekililingnya. Saya ingin memperbaiki serta meningkatkan kemahiran yang ada pada saya. Semoga melalui interaksi yang akrab, lebih ramai belia akan terpanggil untuk menyertai dan menjadi ketua di dalam apa sahaja program di gereja dan mendekatkan mereka pada Tuhan. Seseorang pernah memberitahu saya, “Seorang ketua yang baik menghasilkan ketua yang baik”. Saya berharap dengan ini saya dapat menjadi ketua yang mampu menghasilkan buah yang baik.
No comments:
Post a Comment