Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 25, 2014

Perkongsian dari peserta YLC III - 2014

Mariewill Hamid - St. Dominic, Lahad Datu

(Mariewill di sebelah kiri)
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana di beri peluang untuk menyertai Youth Leaders' Camp ~ 3 ini. Terus terang saya katakan, YLC tahun ini memang mencabar bagi saya. Banyak yang harus di lalui bermula dari masa persiapan sehinggalah selesai program YLC. Tapi saya percaya apa yang saya lalui adalah proses untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh menjadi cermin bagi belia-belia yang lain.  Sepanjang 5 hari bersama dengan belia dari setiap paroki, saya dapat rasakan yang saya dan mereka semua adalah satu, meskipun berasal dari latar belakang yang berbeza. Saya juga bersyukur atas perkongsian yang saya terima dari para penceramah sepanjang program ini di anjurkan. Banyak yang saya pelajari dari program ini yang akan membantu dalam pertumbuhan iman saya dan saya harap program ini akan diteruskan pada masa akan datang agar dapat membentuk para belia yang masih takut untuk bersuara dan berdiri di hadapan ramai. Terima kasih juga kepada semua ahli tim penganjur atas persahabatan, cinta kasih dan kerjasama yang diberikan.


Philippa Philip - St. Stephen, Tass (Tawau)

Walaupun saya mengikuti program YLC III hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tetapi saya dapat memperolehi pengalaman penting. Sesi yang paling menyentuh bagi saya adalah semasa sesi perdamaian yang dipimpin oleh Sr. Lilian Unsoh fsic dan Sr. Evelin Tivit fsic. Semasa sesi tersebut, saya teringat banyak perkara lalu dan semasa itu juga saya sedar bahawa Tuhan cuba memberitahu saya untuk melepaskan segala perkara yang buruk dan jadikan ia sebagai satu pengajaran. "Let go and let God"



Valentine Ojoe - St. Martin, Telupid

Sepanjang pengalaman saya selama YLC III ini, beberapa perkara yang menyentuh saya secara peribadi dan kerohanian. Berjumpa dengan pemimpin dari seluruh Diosis Sandakan adalah perkara yang sangat mengembirakan. Tetapi, apa yang paling menyentuh saya adalah semasa sesi "The light of faith illuminates darkness". Semasa dalam perjalanan ke terowong (mata sudah dibutakan ketika itu), Seminarian Stanley banyak bertanya soalan kepada saya namun, saya tidak merasakan apa-apa kerana menganggap ia adalah satu perkara yang biasa. Tapi, saya berasa terkejut apabila kain untuk menutup mata saya dibuka kerana pada ketika itu saya diminta untuk melalui terowong yang kecil dan gelap. Apabila saya melalui terowong itu, ada banyak halangan yang menyukarkan pergerakkan saya seperti, batu-bata yang tajam, baldi dan kayu yang  bergantung. Apabila sampai ditengah-tengah terowong, saya berhenti dan teringat kembali soalan yang ditanya oleh Seminarian Stanley dan segala masalah yang saya hadapi. Saya berasa sakit hati dengan diri sendiri kerana bersikap tidak mengambil peduli terhadap semua ini. Saya berfikir dan mula sedar bahawa "rupanya begini pula masalah yang saya hadapi, sakitnya hati kenapa saya bersikap tidak mengambil peduli dan sering berputus asa"; Beberapa minit kemudian saya menyambung kembali untuk merangkak dalam terowong itu dan bila sampai di hujung terowong, terdapat satu kayu yang telah dipaku bersilang yang menambahkan lagi kesukaran saya untuk melalui terowong itu. Semasa saya melalui di ruang yang sempit itu, saya terlihat cahaya di hujung terowong, dan bila saya keluar dari terowong, saya disambut oleh saudari Anna. Dia  membantu saya untuk berdiri dan dia memberitahu saya, "come let me give you a hug" dan selepas itu saya berasa damai dan saya terus menangis dan saya rasa seperti ada sesuatu yang baru di dalam diri saya, misteri yang begitu indah sekali. If you feel like giving up and all hope is lost, believe that Jesus Christ is always there for us whenever we need Him.


Roynner Patrick Assang - Katedral St. Mary, Sandakan

Shalom semua! Saya ingin kongsi serba sedikit tentang pengalaman saya semasa di YLCIII baru-baru ini. Pengalaman yang paling menyentuh saya ialah semasa pengutusan. Semasa pengutusan, mula-mulanya saya berasa saya tidak layak untuk diutus kerana saya rasa diri saya tidak dapat menjalankan tugas seperti apa yang diharapkan oleh setiap ketua belia. Saat itu saya menangis bukan sebab saya sedih berpisah dengan kawan-kawan tetapi saya terfikir tentang "Layakkah saya DIUTUS?" Sebab tahun lalu saya diutus tetapi saya tidak dapat melakukan apa yang diharapkan, atas sebab masalah peribadi saya. Pada masa yang sama, memang Tuhan sentiasa ada. Kakak Airene (Koordinator KBP Katedral St. Mary) mengikuti saya pulang ke Sandakan. Dia bertanya tentang apa saya rasa tentang semua sesi termasuklah semasa sesi soal jawab bersama Sem. Christopher. Dia bertanya mengenai Santo  dan Santa yang paling saya ingat yang ada di dalam alkitab. Saya jawab, Santo Petrus, sebab semasa Yesus di tangkap dia menyangkal Yesus sebanyak 3 kali dan dia terus melarikan diri. Walau bagaimanapun, dia tetap diutus oleh Yesus untuk pegang Kunci Syurga. Kakak Airene secara spontan bercakap, "Nah, itulah jawapan yang kau cari, macam manapun kamu rasa kamu tidak layak untuk diutus, kamu tetap sudah dipilih dan diutus oleh Tuhan. Oleh itu, kamu kena fikir tentang pelayanan kamu" Sepanjang perjalanan pulang, saya terus memikirkan hal itu. Jadi dengan pengalaman yang saya perolehi, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk mencurahkan semua pengalaman yang saya lalui ini dengan melayani rakan-rakan belia yang lain supaya semangat mereka tidak akan malap dan mereka akan sentiasa mahu melayani. "Karan Tetap Marak" - Esther Albert

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent