Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 20, 2014

Hari Keempat - Youth Leaders' Camp III ~ 2014

Tim Dokumentasi YLC-3


LAHAD DATU : Misa pada hari keempat pukul 7.00 pagi dirayakan oleh Rev. Fr. David Garaman. Perkongsian yang diberikan ialah mengenai cinta Yesus. Yesus sering diminta untuk menyembuhkan ramai orang yang sakit. Banyak masaNya diluangkan dalam pelayanan penyembuhan. Namun semua itu tidak pernah menghalang Yesus untuk sentiasa berdoa kepada Tuhan.  Fr. David mengajak kita agar dalam setiap pelayanan kita setiap hari, janganlah kita lupa untuk meluangkan masa kita kepada Tuhan kerana inilah yang diajar oleh Yesus sendiri. Berdoa adalah bentuk komunikasi kita kepada Tuhan, cara kita berbicara dengan Tuhan. Ia turut membolehkan kita untuk menguatkan diri melalui doa kepada Tuhan agar komunikasi kita tidak terputus. Berdoalah setiap hari kerana tanpa doa kita akan hilang fokus dan arah. 
Reality check kita dikendalikan oleh Felsa May, di mana para peserta diberikan 2 soalan untuk dikongsikan semasa dalam kumpulan mereka. Ini bertujuan agar para belia sentiasa peka dengan perasaan dan sentiasa ingat dengan tujuan sebenar mereka menghadiri kem selama 4 hari ini.
(a) Apakah perasaan saya pada ketika ini sejak mula YLC3?
(b) Apakah yang akan saya lakukan selepas ini apabila tamatnya program YLC3 ini?
Penceramah kita pada pagi ini ialah Patrick Sta Maria yang merupakan salah seorang ahli dalam Tim Pastoral Fondacio Asia. Dalam sesi ini, ia memberitahu para peserta bahawa Tuhan memberi kita kebebasan untuk membuat keputusan. Namun, apapun yang berlaku; serahkan kepada Tuhan apa yang bakal kita lalui terutamanya di dalam doa kita. Bukalah hati kita, benarkan Tuhan untuk berkomunikasi kepada kita. Merenung secara mendalam atau Discernment ialah proses mengetahui apakah yang diminta oleh Tuhan dalam setiap situasi dalam kehidupan kita. Di dalam hidup kita perlulah ada maksud, tujuan dan arah tuju. 

Perkongsian daripada Stefie dari Kolej Jururawat Masyarat, Tawau.
Saudara Patrick mengajak kita untuk merenung tentang diri sendiri, lihatlah perubahan pada diri kita dan buatlah pilhan yang betul. Jika kita izinkan kehadiran Tuhan meningkat di dalam diri kita, persekutuan kita dengan Tuhan pun akan meningkat. Setiap Santa/Santo mempunyai masa lampau yang tersendiri, setiap pendosa ada masa depan mereka. Tuhan menyayagi kita tanpa syarat. Percayalah kepada Tuhan sepenuhnya, lepaskan dan serahkan segalanya kepada Tuhan dan nescaya kebenaran itu akan membebaskan anda. Seterusnya, beliau mengajak para peserta untuk berkongsi sejarah mereka dengan sukarela agar diperdengarkan sesama.

Pada sebelah petang, topik perbincangan kami adalah mengenai "Merenung secara mendalam / Discernment." Terdapat 5 proses ‘Discerment’ ini :
(1) Datang kepada Tuhan dengan hati yang ikhlas dan penuh syukur.
(2) Tanya / Bercakap kepada Tuhan mengenai tujuan hidup, rohani, kerjaya, keluarga, masa depan, dan lain-lain
(3) Dalam diam, tunggu dengan sabar, baca dan merenung Sabda Tuhan.
(4) Dia akan bercakap dengan kamu dalam bentuk dorongan di dalam hati kamu.
(5) Gunakan jurnal untuk mencatat apa yang kamu dengar supaya kamu boleh merenung kembali.
Jika diamalkan proses tersebut kita akan sentiasa berada di jalan Tuhan; kita akan sedar bila untuk berhenti, bertanya dan mendengar dalam kehidupan seharian kita.

Pada sebelah malam diadakan majlis makan malam istimewa yang bertemakan "Kembali Ke Sekolah". Para peserta diminta untuk memakai pakaian sekolah untuk mendapat kembali perasaan pada zaman persekolahan mereka. Ia adalah masa untuk merayakan malam yang terakhir perkhemahan ini buat semua peserta.
Doa malam yang dipimpin oleh Sr. Lilian Unsoh fsic dan Sr. Evelyn Tivit fsic adalah dalam bentuk doa rosari dan terdapat 5 perkara yang didoakan dalam upacara doa tersebut. Doa tersebut meliputi pengalaman zaman persekolahan, cinta kasih, kesucian dan keikhlasan dalam pelayanan. Setiap doa yang dipanjatkan oleh para peserta akan dinyalakan satu lilin bagi memenuhi ruangan kata “Jesus loves you’.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent