Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 21, 2014

Hari Kelima - Youth Leaders' Camp III ~ 2014

Tim Dokumentasi YLC3

Gambar : Tim Dokumentasi YLC3 dan Amado Degullacion


LAHAD DATU : Pada hari yang terakhir ini, para peserta seramai 130 orang memulakan hari mereka dengan doa Divine Office sebagai sumber mereka merperolehi kekuatan dalam aspek rohani bagi menyiapkan diri untuk diutus.
Sebelum para peserta diutus, mereka dibahagikan kepada 10 kumpulan di mana Sem. Christopher dan Sdri Esther Albert mengajukan beberapa soalan bagi menguji tahap iman mereka sendiri. Para peserta diberi peluang untuk berkongsi di hadapan kumpulan mereka. Mereka juga dicabar melalui pelbagai soalan yang direka khusus menguji tahap iman mereka kepada Yesus sekiranya mereka berada di luar sana memberitakan Khabar Baik dari Tuhan.
Misa dimulakan pada jam 9.00 pagi. Ia juga merupakan pengutusan bagi 130 peserta yang telah mengikuti Youth Leaders' Camp-3 serta tim DYA dan PYA. Nyalaan lilin merupakan simbolik bagi pengutusan tersebut. Homili pada pagi tersebut telah diberikan oleh Rev. Fr. John Vanencio Balarote Jr. dari Keuskupan Richmon, USA yang kebetulan sedang bercuti di Lahad Datu. Cabaran yang diberikan menurut Injil pada hari ini mengenai garam dan cahaya dunia. Setiap detik kehidupan kita perlu menjadi garam dunia. Jangan jadikannya sebagai kata-kata sahaja tetapi laksanakannya. Selepas kita dibaptis, kita telah dipanggil untuk menjadi rasul Kristus, mati bersama Kristus, bangkit bersama Kristus. Beranilah menyatakan iman kamu, bukan sahaja melalui percakapan kita tetapi juga melalui perbuatan kita. Kita dicabar untuk menjadi garam dan cahaya, sepertimana Sri Paus Fransiskus menyatakan “Jadilah terang Kristus”. 
Contoh teladan Kristus merangkumi aspek pendamaian, persefahaman, keimanan dan pengharapan. Selain itu, kita diibaratkan rumah api yang mencahayakan kepada orang lain. Setiap manusia diajar dan dijemput untuk bangkit sahut panggilan itu dan rela berkorban untuk Yesus Kristus. Perbuatan kita yang baik, itulah yang melambangkan kemuliaan kita kepada Bapa. Selain itu, doa-doa yang dipanjatkan kepada Tuhan juga merupakan refleksi iman para belia dalam meneruskan pelayanan bagi Gereja kita. 

Sesi yang terakhir dipimpin oleh Anna. Para peserta ditanya dan diminta untuk merenung akan apa yang mereka rasakan apabila diberikan soalan yang bertubi-tubi tadi. Para peserta memberikan respon yang baik dan pelbagai perasaan mereka kongsikan ada yang berasa marah, kecewa, geram, sedih dan sebagainya. Selepas perkongsian selesai, tibalah masa bagi mereka untuk panjatkan kesyukuran kepada Tuhan. Para peserta bersama-sama berdoa dan menghayati apa yang telah dipelajari sepanjang program YLC3.
"Jangan berjalan di belakang saya, saya tidak boleh memimpin kamu. Jangan berjalan di hadapan saya, saya tidak boleh mengikut kamu. Tetapi hanya berjalan di sebelah saya dan menjadi rakan saya. "
- Albert Camus

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent