Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 19, 2014

Hari Kedua - Youth Leaders' Camp III ~ 2014

Tim Dokumentasi YLC-3


Lahad Datu : Misa pada hari kedua, 7hb Februari 2014, bermula pada jam 7.00 pagi. Rev. Fr. Simon Kontou merupakan selebran pada perayaan tersebut. Khotbah pada hari kedua, Fr. Simon menekankan tentang perjuangan Santo Paulus dan teman-temannya yang sanggup mati demi Yesus. Persoalan yang beliau lontarkan pada pagi ini ialah isu semasa yang lebih dikaitkan dengan isu perkataan Allah yang hangat dibahaskan ketika ini. Sekiranya tidak dibenarkan menggunakan perkataan itu, apakah kita masih berani menggunakan perkataan itu demi kesaksian Kristus? Kekuatan murid-murid Yesus sebenarnya adalah pertolongan Tuhan Allah itu sendiri. Hidup mereka penuh dengan kesaksian Kristus dan mereka berani untuk teruskan perjuangan itu walaupun tesiksa. Mereka merasakan bahawa penyeksaan itu dapat memberi kesaksian terhadap Tuhan. Fr. Simon sendiri mengharapkan semoga kita pun dapat bertahan di dalam iman kita dalam dunia yang penuh cabaran ini.  
Untuk memulakan hari kedua ini, para peserta di bawa untuk bernyanyi action songs dan lagu puji-pujian yang dikendalikan oleh peserta dari paroki Holy Trinity, Tawau dan diikuti dengan sesi reality check dikendalikan oleh Sharon Tan, dan para peserta ditanya mengenai apa jangkaan dan apa yang mereka mahu capai sepanjang hari itu. 
Sesi "Break the Barrier" merangkumi gerakan fizikal, mental dan kerjasama di dalam kumpulan. Para peserta telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sesi kali ini mempunyai 10 acara permainan yang mereka perlu selesaikan untuk mencari 10 klu-klu yang bakal diberikan oleh setiap stesen yang mereka kunjungi. Selepas itu, peserta dibawa untuk mengimbas kembali apa yang telah berlaku sepanjang sesi ini berlangsung. Para peserta diberi peluang untuk berkongsi bersama apa yang mereka pelajari. Ada peserta yang menyatakan bahawa pada sesi ke-3 ini, walaupun sebagai ketua, dia tidak dapat merasakan peranannya. Bagi ketua yang agak jarang sekali memberi arahan, ia menyukarkan lagi peserta bergerak dalam 1 kumpulan dalam acara permainan mata tertutup.
Namun, melalui acara inilah mereka dapat mengenali kawan baru dan mereka berharap agar hubungan ini berkekalan walaupun selepas program ini. Bagi fasilitator yang memerhati kumpulan ini bergerak dalam 1 kumpulan, ada yang berharap agar mereka menyemai perasaan sayang akan kumpulan masing-masing. Hal ini bertujuan bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam kumpulan kerana terdapat juga kumpulan yang kurang memberi kerjasama yang optimum kepada ahli kumpulan masing-masing. Ada yang meninggalkan kawan yang masih teraba-raba dalam kegelapan dan ini tidak seharusnya berlaku untuk menyempurnakan peranan sebagai 1 kumpulan. Selain itu, belia masih lagi suka menolak tugas terutamanya apabila didenda. Namun, positif dari aktiviti tersebut walau sesukar mana cabaran dalam aktiviti bagi sesi ke-3, walaupun takut untuk mencuba mereka tetap tempuhi cabaran itu.
Bagi sesi seterusnya, penceramah yang telah dijemput ialah Seminarian Marthin Steven. Sem. Marthin mengajak peserta untuk mengimbau kembali siapa diri mereka. Selain itu, beliau mengajak mereka untuk menadi pengutus Yesus. Menurut Sem. Marthin, beliau percaya bahawa terdapat banyak cabaran yang bakal mereka tempuhi namun semua itu haruslah dihadapi dengan kegembiraan. Oleh itu, mereka harus merenung dan mendengar apa jua yang mereka dikhabarkan mengenai Yesus bagi mencetuskan perasaan pemimpin muda untuk memiliki hati seperti misionari. Untuk menyebarkan khabar mengenai Yesus, kita perlulah mengenal siapa Yesus. Perkara ini dapat dicapai melalui pertobatan/perubahan dengan diri kita agar kita dapat bersatu dengan Yesus Kristus.
 Salah satu gambar semasa sesi "team buidling" - "Seminarian Christopher on Fire!"
Aktiviti team building dikendalikan oleh Rikkie Teneros, dimana para peserta diminta berkumpul mengikut paroki masing-masing dan mereka diarahkan untuk mengambil 3 gambar terbaik mengikut tema yang diberikan. Ini adalah untuk menggalakkan para belia berfikir secara kreatif dan juga memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain.
Sesi yang dikendalikan oleh Sdra Theodolfo, meminta kita agar teguh di dalam iman kerana sesungguhnya Ekaristi itu merupakan sesuatu yang sangat suci dan kita harus menghayatinya di setiap detik kehidupan harian kita. Belia seharusnya mengutamakan iman mereka bukannya duniawi dan menjadikan Kristus sebagai pusat dalam kehidupan mereka. Sakramen adalah penting kerana melaluinya kita dapat bertemu dengan Yesus. Ianya adalah pemberian Kristus kepada GerejaNya dan haruslah dijaga melalui pelayanan kita. Sakramen juga memberi kita penyembuhan. Kehadiran Tuhan menguatkan kita dan memampukan umat membalas dengan mengasihi Tuhan. Komuni yang kita terima juga merupakan peringatan kita terhadap Yesus. Oleh itu, kita perlu ada liturgi kerana konsekrasi adalah mukjizat dan waktu yang suci yang berlaku setiap kali kita menerima tubuh dan darah Kristus. Kita perlu menghormatinya. Ingatlah bahawa sesungguhnya kita hendaklah mengasihi Tuhan yang terlebih dahulu mengasihi kita. Inilah caranya untuk menghidupkan Gereja kita.
Sesi akhir, ‘The Light of faith illumines Darkness’ adalah masa di mana para peserta menyiapkan diri dalam menghayati ajaran Yesus di dalam kehidupan harian masing-masing. Mata peserta ditutup sebelum melalui terowong gelap yang juga merupakan simbolik bagi mereka yang hidup dalam kegelapan. Terowong itu juga merupakan gambaran bagaimana Yesus tetap menunjukkan kita jalan walau sesukar mana kehidupan yang bakal kita tempuhi di dunia masa kini. Selepas itu, para peserta diminta untuk menulis apakah yang mereka syukuri pada waktu itu selepas renungan mereka tentang halangan yang telah disediakan dan juga perkongsian yang telah mereka berikan. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent