Peserta dari Katedral St. Mary, Sandakan
Pendaftaran |
LAHAD DATU : Youth Leaders' Camp yang ketiga telah bermula pada 6 Febuari 2014 bertempat di Gereja St. Dominic, Lahad Datu. Pendaftaran peserta dibuka pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Peserta dari Paroki St. Martin, Telupid tiba pada jam 2.30 petang, peserta dari Katedral St. Mary, Sandakan pula tiba pada pukul 3.00 petang, diikuti dengan Paroki Holy Trinity, Tawau pada 4.00 petang.
Misa pembukaan bermula pada jam
7.00 malam dan Rev. Fr. Simon Kontou, paderi paroki St. Dominic, Lahad Datu, merupakan selebran pada perayaan tersebut. Khotbah Fr. Simon, cenderung kepada sifat para belia masa kini yang lebih gemar untuk mencari kesenangan bagi diri sendiri. Ini dapat dibuktikan melalui sifat belia yang lebih berminat untuk melayan ‘handphone’, komputer dan lebihkan masa diluangkan melayani ‘Facebook’ tetapi unsur rohani kurang mendapat perhatian. Persoalannya disini, apakah sebenarnya realiti belia berkumpul disini? Apa yang disampaikan oleh Fr. Simon cukup realistik dan jelas bahawa kita perlu mengenal siapakah Yesus. Hanya dengan mengenali dan mengasihi Dia maka kita akan terdorong untuk melayani dalam KerajaanNya dengan lebih sungguh.
Selain itu, kita perlu mengenal iman di dalam diri kita kerana melalui imanlah kita dapat mengasihi Dia. Yesus pernah bertanya kepada murid-muridNya “Apakah yang kamu mahu?”, lalu murid-muridNya pula bertanya kepadaNya “Guru, dimanakah Engkau tinggal?”. Sejurus selepas itu mereka pun mengikut Yesus. Kita berdoa 'Doa Aku Percaya' namun tidak pernah menghayati apakah yang dimaksudkan dalam doa tersebut. Apabila kita disoal tentang apa itu Gereja pun, masih ramai yang kurang mengetahuinya. Diosis Sandakan telah menjalankan program seperti ini tetapi selepas program ini arah tuju yang seterusnya mudah dilupakan. Oleh itu, belia perlulah terus melayani Tuhan melalui iman mereka. Jangan amalkan prinsip ‘Hit and Run’ dan akhirnya terpesong arah tuju yang sebenarnya
Sesi yang pertama telah dikendalikan oleh Sharon Tan iaitu ‘Expectation Check’. Para peserta diminta untuk membuat papan visi mereka tentang apa yang mereka jangkakan dan mahukan semasa dan selepas program YLC-3. Salah seorang peserta dari St. Dominic, Lahad Datu mengongsikan bahawa beliau ingin menyebarkan Khabar Gembira mengenai Yesus ke seluruh dunia agar dapat menggandakan lagi pengikut-pengikutNya. Dalam doa malam, para peserta mengelilingi salib Yesus mengikut Paroki masing-masing. Hal ini bertujuan bagi merenungkan pengalaman yang mereka alami sepanjang program dijalankan pada hari pertama YLC3.

No comments:
Post a Comment