Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 20, 2014

Hari Ketiga - Youth Leaders' Camp III ~ 2014

Tim Dokumentasi YLC-3


LAHAD DATU : 130 peserta YLC3 hadir ke misa pada hari ketiga, 8hb Februari bermula pada jam 7.00 pagi. Rev. Fr. David Garaman merupakan selebran misa tersebut. Rev. Fr. David mengajak kita untuk membuka hati kita melalui teguran / pengajaran termaktub dalam Injil bagi membentuk diri kita. Kesan positifnya, kita dapat memperbaiki diri kita dan menjadikan ia sebagai sumber kekuatan kita dalam perjalanan kita sebagai seorang pemimpin. Tuhan sentiasa ingin melakukan sesuatu bagi kita semua kerana Yesus mencari kita untuk memuliakan kerajaan Tuhan.
Weather check pada hari kedua dikendalikan oleh Esther Albert, di mana para peserta diberi dua soalan untuk direnungkan dan dikongsikan dengan kumpulan ahli mereka. 
(a) Apakah yang paling menyentuh saya bermula dari sesi 'Sakramen' sehingga akhir semalam?
(b) Merujuk kepada ekspektasiku, apakah yang telah tercapai di dalam papan visi saya?
Problem Tree
Penceramah kita pada pagi ini ialah Charles Bertille yang merupakan seorang naib presiden Fondacio International. Sesi ini diberi nama "The Happy Frog". Charles mengajak kita untuk belajar peka terhadap apa yang berlaku disekeliling kita (SEE) dan belajar untuk mendengar (LISTEN) sama ada dalam aspek budaya, ekonomi, politik dan ekologi. Jadikanlah diri kita ini sebagai penggerak Gereja dan bukannya Gereja yang menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu (Don’t go to Church but be the church). Kita juga harus komited dalam pelayanan kita sama ada dalam impian dan juga harapan. Charles menyatakan bahawa belia masa kini kekurangan iman, terpengaruh dalam Non God Organization (NGO). Hal ini perlu diubah melalui:
(a) Pengalaman – Apa terjadi?
(b) Analisis – Kenapa terjadi?
(c) Renungan – Apa maksudnya?
(d) Tindakan – Respon kita?
Cara yang disarankan juga melibatkan istilah See-Judge-Act. Ini memudahkan kita untuk lebih memahami secara mendalam iman kita terhadap Yesus.

Sesi seterusnya yang bertajuk, "Jadikanlah semua bangsa murid-Ku" - Matius 28:19 disampaikan oleh Rev. Fr. David Garaman. Beliau menceritakan kisah sebelum dan selepas kematian Yesus pada umurnya yang ke-33 tahun. 
Sebelum wafat Kristus, Yesus telah memilih 12 orang pengikutnya termasuklah Yudas Iskariot yang telah mengkhianatinya. Persoalan disini, adakah Yesus telah tersilap memilh Yudas sebagai pengikutnya? Sesungguhnya Yesus tidak silap memilih Yudas namun Yudas hanyalah manusia biasa; dia telah memilih cara duniawi dan mengkhianati Yesus iaitu gurunya sendiri. 
Fr. David Garaman turut menerangkan bahawa pengikut bermaksud "yang belajar" manakala Rasul bermaksud ‘Yang di utus’. Yesus mengajak kita untuk tidak takut bagi menjala manusia dalam menyebarkan ajarannya (Lukas 5:10). Bergeraklah dalam iman kerana imanlah yang akan membawa kita untuk menjadi orang yang percaya akan Dia. Melalui iman juga kita akan komited dalam pelayanan kita dalam menjadikan Kerajaan Tuhan itu sesuatu yang indah.

Selepas sahaja sesi Fr. David, para peserta di bawa untuk berdoa Taize di dalam gereja dan mendalami erti iman melalui doa-doa dan lagu-lagu kesyukuran dalam memuliakan Tuhan. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent