Disediakan oleh – Fettwinda Sipaan
TAWAU - Pada 26–27 Julai 2013, satu program susulan selepas Youth
Leader’s Camp II yang telah dijalankan pada 23-27 Januari yang lalu telah
diadakan bersama dengan para belia dari St Stephen Tass. Program ini dikenali
sebagai YLC Club. YLC Club ini telah dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki
Holy Trinity Tawau dengan kerjasama Saudari Sharon Tan dari Pejabat Belia
Keuskupan Sandakan. Objektif program ini adalah untuk berjalan
bersama dengan pemimpin belia secara berterusan, membina hubungan persahabatan
dengan belia tempatan dan mengajak belia untuk merenung 'Perjalanan Ke Tanah Yang
Telah Di Janjikan' dalam kehidupan mereka sebagai individu dan pemimpin belia
gereja pada masakini. Seramai 30 orang belia yang berasal dari sekitar Gereja St Stephen Tass bersama dengan beberapa orang ahli Tim Kerasulan Belia Paroki serta Catholic Student Association (CSA) telah menyertai program tersebut.
Program dimulai pada petang, 26hb Julai dengan makan malam dan diikuti dengan sesi Time Of Life (TOL) dengan menyelitkan beberapa 'action song' untuk menghilangkan perasaan kekok agar para peserta dapat berpartisipasi penuh sepanjang program ini diadakan. Seterusnya, di dalam sesi 'Expectation Check' peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan perlu berbincang tentang harapan dan tindakan yang mereka perlu ambil bagi merealisasikan harapan yang telah mereka senaraikan. Sebelum mengakhiri program pada malam tersebut, setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk berkongsi 'expectation' mereka dengan kumpulan yang lain dan mengakhirinya dengan doa malam.
Hari kedua, 27hb Julai, program dimulakan dengan ‘Lectio Divina’ sebagai doa pagi. Sebelum bermula, penerangan ringkas langkah menggunakan ‘Lectio Divina’ diberikan sebagai perkongsian dan pengetahuan baharu kepada para peserta. Selepas itu, para peserta bersarapan dengan juadah yang telah disediakan oleh Komiti Catholic Women's Apostolate (CWA) Gereja St Stephen Tass.
Selepas sahaja bersarapan, para peserta berbincang tentang persembahan yang akan mereka persembahkan pada malam Celebration dengan bantuan beberapa orang fasilitator. Manakala sebahagian fasilitator pula mula bergerak meninjau kawasan untuk menjalankan aktiviti Journey To The Promised Land.
Saudari Sharon Tan |
Para peserta dibawa untuk menghayati dan merenung frasa “ I am Special because..” pada sesi yang kedua yang dikendalikan oleh Saudari Sharon Tan selepas aktiviti TOL. Melalui sesi ini, peserta dapat menilai diri masing-masing dengan karunia yang telah Tuhan berikan. Setiap coretan mahupun lakaran yang ditunjukkan oleh peserta menggambarkan betapa istimewanya mereka (setiap peserta) di mata Tuhan.
Selesai sahaja sesi tersebut, aktiviti diteruskan dengan sesi "Journey To The Promised Land.' Para peserta perlu menempuh pelbagai dugaan dan rintangan yang ada. Aktiviti yang
mencabar ini dapat mengajak para peserta untuk merenung perjalanan pelayanan
mereka sebagai seorang belia dan meningkatkan lagi motivasi kepimpinan,
sekaligus memantapkan iman di kalangan peserta.
Setelah penat menjalani aktiviti Journey To The Promised Land peserta menikmati
makan tengahari. Kemudian diteruskan dengan Sesi 'Proses dan Sintesis'. Melalui
sesi ini, para peserta dapat berkongsi pengalaman mereka sepanjang mengikuti
aktiviti Journey To The Promised Land.
Selain itu, Saudari Sharon turut mengongsikan peranan bagi setiap cabaran yang
telah mereka lalui dan mengaitkannya dengan realiti kehidupan belia pada masa
kini.
Seterusnya Sesi Sharing
and Experience - Letter from me to God diteruskan, para peserta dikehendaki menulis surat kepada Yesus serta
berkongsi isi hati mereka dengan fasilitator yang telah mereka pilih dan mengakhiri
perkongsian tersebut dengan berdoa bersama. Sebelum berehat dan membuat persiapan diri bagi
acara Celebration pada waktu malam,
para peserta dan fasilitator bersama-sama mengisi Borang Evaluasi yang telah
disediakan oleh Saudari Sharon.
Pada malam hari terakhir program itu pula, para
peserta meraihkan Sesi Celebration
sebagai acara kemuncak program YLC Club. Setiap kumpulan mempersembahkan
persembahan mereka dengan begitu kreatif. Dalam sesi ini, peserta dapat
mencungkil dan menunjukkan bakat-bakat yang terpendam. Barisan tim fasilitator juga
turut tidak ketinggalan untuk menyampaikan persembahan mereka iaitu Cupid Dance untuk bersama-sama berhibur
dengan para peserta yang hadir. Program YLC Club diakhiri dengan doa malam
sebagai doa penutup Program YLC Club dan berakhir pada jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment