Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 26, 2013

KONVENSYEN WANITA KATOLIK SABAH KALI KE–2, 2013

Oleh Annie R.J.

KENINGAU: Konvensyen Wanita Katolik peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal pada 10hb – 14hb Ogos, 2013  dengan Tema 'Wanita Katolik dan Keluarga yang Bersatu dengan Kristus, Berakar dalam Dia, Dibangun di atas Dia ke arah Pemantapan Iman'. Seramai 334 orang peserta dari ketiga-tiga keuskupan di Sabah telah menyertai konvensyen tersebut. 
Sesi Pendaftaran sedang berjalan

Konvensyen Wanita Katolik Sabah diadakan sekali bagi setiap tiga tahun secara bergilir-gilir di antara ketiga-tiga keuskupan.  Tuan rumah pada kali ini adalah Keuskupan Keningau. Keuskupan Agung Kota Kinabalu  telah menjadi tuan rumah yang pertama pada 6hb – 10hb September, 2010 bertempat di Pusat Retret Bundu Tuhan, Ranau.
Pn. Anita Tunggolou dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu adalah selaku Pengasas kepada konvensyen ini. Ia bertujuan untuk memperkembangkan aktiviti kerohanian dan mengukuhkan perpaduan  di kalangan wanita Katolik di negeri Sabah.


Pn. Anita Tunggolou

Konferensi ke - 8 Wanita Katolik Malaysia Timur yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan diadakan pada 25 – 29 Ogos 2014. Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Keuskupan Sandakan akan menganjurkan konferensi tersebut bertemakan 'Women Of God 2'. 
Konvensyen kali ke–2 ini dipengerusikan bersama oleh Pn. Helena Koh sebagai Pengerusi Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Keningau merangkap Pengerusi tuan rumah, Pn. Anita Tunggolou sebagai Ketua Komisi Wanita Katolik Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan Pn. Annie Rokneh Jalani sebagai Ketua Penyelaras Wanita Katolik Keuskupan Sandakan.

60 orang ahli yang hadir bagi mewakili Keuskupan Sandakan adalah terdiri dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan seramai 18 orang, Paroki St. Dominic, Lahad Datu seramai 11 orang termasuk Sr. M. Sylvia Imbun fsic, Paroki Holy Trinity, Tawau, seramai 5 orang termasuk Sr.M. Liza Gamat fsic dan Paroki St. Martin, Telupid seramai 25 orang.
(KEUSKUPAN SANDAKAN)

Konvensyen sepanjang  lima hari ini telah dimulakan pada 10hb Ogos, 2013 (Sabtu) dengan Majlis Perasmian. Ia didahului dengan ucapan alu–aluan oleh Pn. Helena Koh disusuli dengan ucapan dan acara perasmian oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Uskup Keuskupan Keningau dengan paluan gong sebanyak dua kali. Seterusnya, acara diikuti dengan pemotongan kek dan juga persembahan pentas dari ketiga-tiga keuskupan.

Pn. Helena Koh


Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong


Hari ke–2 ~ 11hb Ogos, 2013 (Ahad) pada jam 7.00 pagi dimulakan dengan perayaan Ekaristi oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Beliau telah menyampaikan kupasan tema konvensyen ke -2 tersebut.

Sesi ke–2 ~ Penyampaian ceramah daripada Rev. Fr. Dr. Charles Chiew dengan tajuk, “Wanita dalam Imej / Model Gereja".

Fr. Dr. Charles Chiew

Sesi ke-3 ~ ceramah disampaikan olen Sdra. John Lainsin bertajuk, “ Peranan Wanita dalam keluarga”.

Sdra. John Lainsin

Pada jam 7.00 malam, sesi Saat Teduh oleh Rev. Fr. Claudius Andrew disertakan dengan sesi pertobatan /pengakuan dosa individu oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, Rev. Fr. Claudius Andrew juga dua lagi paderi dari Keuskupan Keningau.

Hari Ke–3 ~ 12hb Ogos 2013 (Isnin) 7.00 pagi, doa pagi telah dikendalikan oleh Sr.M.Clarice Jomitin fsic
Sr. M. Patricia Limun fsic

Sesi ke–4 ~ ceramah disampaikan oleh Sr.M. Patricia Limun fsic bertajuk, “Bagaimana yang dikatakan sebagai Wanita Katolik”.

Sesi ke–5 ~ ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom bertajuk, “ Wanita dan Penginjilan”.
Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup Keuskupan Sandakan.

Perayaan Ekaristi oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom.

Sesi ke–6 disampaikan olen Rev. Fr. Rudolf Joannes  bertajuk, “Cabaran–cabaran yang dihadapi Wanita dan Keluarga dalam Usaha Memantapkan Iman”.  Doa Rosari dipimpin oleh  Sr. M. Liza Jamat fsic dan Sr.M. Sylvia Imbun fsic dari Keuskupan Sandakan.


Fr. Rudolf Joannes


Hari Ke–4 ~ 13hb Ogos, 2013 ( Selasa) jam 7.00 pagi, Perayaan Ekaristi dirayakan oleh Rev. Fr. Claudius Andrew. 


Fr Claudius Andrew

Kemudian acara disusuli dengan  perkongsian penyampaian laporan misi daripada ketiga-tiga Pengerusi KWK Keuskupan dimulai oleh Pn. Anita Tunggolou untuk Keuskupan Agung Kota Kinabalu, seterusnya Pn. Annie Rokneh Jalani untuk Keuskupan Sandakan dan diikuti oleh Pn. Helena Koh untuk Keuskupan Keningau.




Pn. Annie Rokneh Jalani


Seterusnya sesi forum terbuka diadakan bagi semua peserta.


Forum terbuka


Sesi Doa Kerahiman Ilahi dijalankan di bawah pimpinan Sdri. Evelyn Gining. 


Sementara doa tersebut berjalan, pada masa yang sama, mesyuarat di antara ketiga-tiga Pengerusi  keuskupan Sabah diadakan yang turut dihadiri  oleh Rev. Fr. Claudius Andrew dan Sr. M. Julita Joseph fsic. Mesyuarat bertujuan untuk menetapkan giliran tuan rumah konvensyen seterusnya. Tuan rumah Penganjur Konvensyen ke-3  adalah dari Keuskupan Sandakan pada 2016 dan tema yang telah dipilih oleh Pn. Annie Rokneh Jalani adalah “Wanita Katolik dan Penginjilan”. Mesyuarat akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum konvensyen diadakan.

Selesai mesyuarat, maka keputusan disampaikan melalui  rumusan oleh Pn. Helena Koh sebagai hasil daripada tema serta tajuk – tajuk ceramah yang telah disampaikan;

01-Membantu memantapkan iman dan mengenali identiti sebagai wanita Katolik, memahami tanggungjawab dan menyedari bahawa dalam segala hal harus berpusatkan kepada KRISTUS.

02-Wanita Katolik memainkan peranan yang sangat penting dan utama di dalam kekeluargaan, Gereja dan teguh menghadapi cabaran zaman globalisasi masa kini.

03-Berlandaskan kepada teladan Bonda Maria menjadi model wanita Katolik yang harus mempunyai kekuatan, kebebasan dan berupaya untuk menentukan hala tuju tanpa terikat kepada norma sosial.

04-Wanita Katolik Sabah akan berkerjasama untuk memantapkan hidup kerohanian dan status sosial dengan membantu dan berkongsi kemahiran, bila dan jika diperlukan.

05-Bilangan perserta yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

-Komisi Wanita Katolik Keuskupan Agung KK          : 100
-Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Keningau      : 100
-Kerasulan Wanita Keuskupan Sandakan                  : 100
                         Jumlah keseluruhan perserta              : 300
(KEUSKUPAN AGUNG KOTA KINABALU)


Pada hari ke-4 juga telah diadakan lawatan amal ke KKD Kg. Toboh Laut. Rombongan pelawat telah disambut dengan majlis makan tengahari. Kemudian setiap Penyelaras Wanita Katolik Sabah telah menyampaikan sumbangan wang kepada mangsa kebakaran. Mereka turut melawat 10 tapak rumah yang terbabit dalam kebakaran tersebut.


Majlis Penutupan / Malam Kebudayaan diadakan di dataran Keuskupan Keningau disertakan dengan ucapan daripada Yang Termulia Bapa Uskup Agung John Wong. Pennant penganjuran konvensyen telah diserahkan kepada Ketua Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan selaku tuan rumah konvensyen ke–3 pada 2016. Ianya diteruskan dengan acara  pemotongan kek juga penyampaian cenderakasih antara pengerusi setiap keuskupan disusuli persembahan tarian tradisi kaum di Sabah.  Bagi persembahan KWK keuskupan Sandakan, tarian ‘MENGALAI’ suku kaum Dusun Labuk dipersembahkan oleh KWK dari Paroki St. Martin, Telupid.


Penyerahan Pennant


Hari Ke–5 ~ 14hb Ogos 2013 ( Rabu)  Jam 7.00 pagi, Perayaan Ekaristi dan penutupan dirayakan oleh Yang Termulia Uskup Agung John Wong, Uskup Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Selepas bersarapan, maka rombongan peserta pulang ke tempat masing-masing dengan membawa buah iman yang telah diterima dari hasil penyampaian penceramah – penceramah dengan tajuk-tajuk yang sangat menarik dan relevan pada kehidupan kaum Wanita Katolik di Sabah. 


Yang Termulia Bapa Uskup Agung John Wong




1 comment:

  1. Ingin menyimpan gambar-gambar di internet?
    Klik Referral link: http://www.123rf.com/#sandakan

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent