Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 13, 2013

Belia ooohhhh Belia ...



Bergambar ramai - ramai di waktu pagi yang ceria

ULU DUSUN, SANDAKAN - Pada 19 sehingga 21 Julai 2013 yang lalu, setelah sekian lama akhirnya satu program Youth Camp telah diadakan di St Paul, Ulu Dusun. Kem yang bertemakan 'Belia ooohhhh Belia' ini telah disertai oleh seramai 50 orang belia berumur diantara 10 sehingga 41 tahun. Ini merupakan inisiatif belia - belia St Paul untuk mengumpulkan kembali belia - belia gereja St. Paul yang sudah tidak aktif dalam pelayanan dan juga mahu membawa belia remaja yang mahu melayani tetapi malu-malu.
 
Selain itu ia juga berfungsi untuk memberi peluang kepada belia mendalami lagi perhubungan peribadi mereka dengan Tuhan, komuniti dan dengan diri mereka sendiri. Ini turut membantu para belia mengenal pasti tanggungjawab mereka sebagai waris Gereja St. Paul dan memahami pentingnya pelayanan dalam gereja terutama sekali kepada para belia yang baru sahaja menerima penguatan. Para belia ini juga dicabar untuk menyahut panggilan Tuhan sempena Tahun Iman dengan mengambil Santo Paulus dan Santo Petrus sebagai contoh yang sanggup berkorban dalam memperjuangkan semangat dan cinta mereka terhadap Yesus.

Objektif program adalah i) Mengumpul dan mengukuhkan hubungan menerusi persahabatan, perkongsian dan pembelajaran dikalangan belia dan ii) mencari semula, memperbaharui dan menghubungkan semula iman mereka sebagai pelayan Tuhan.

Kem ini juga disertai oleh 15 pemimpin belia dari gereja-gereja yang lain yang juga merupakan peserta YLC yang diadakan pada awal Januari 2013 lalu. Kem ini dijadikan sebagai program susulan bagi mereka untuk membantu dan berjalan bersama dengan para belia yang mengikuti Youth Camp ini.

Program di hari pertama di mulakan dengan pendaftaran dan diikuti dengan Ice Breaking iaitu mengenali rakan - rakan anda melalui aktiviti mencari tag nama.
 
Ketibaan para peserta dan pendaftaran
Sesi pertama dimulakan selepas makan malam oleh Puan Florensia Paulus yang merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Ulu Dusun. Beliau telah menyampaikan pesanan Pope Benedict ke-16 sempena dengan Tahun Iman dan mengalakkan para belia untuk mengambil kehidupan Santo Paulus dan Santo Peter sebagai mentor dalam hal kesetiaan dalam pelayanan gereja.
Puan Florensia Paulus
Sesi seterusnya juga disampaikan oleh Puan Florensia berkenaan dengan "Apa yang perlu kita lakukan selepas Penguatan?" Sesi ini dikhaskan bagi para pelajar penguatan sebagai satu pendedahan mengenai tugas-tugas pelayanan dalam gereja.

Program diakhiri dengan taklimat ringkas mengenai aktiviti hari esok diikuti dengan doa penutup yang dipimpin oleh Puan Florensia dan doa Taize.

Hari ke dua dimulakan seawal jam 5.00 pagi dengan senaman pagi yang di ketuai oleh saudari Melissa Micheal dan kemudiannya disusuli dengan doa pagi.
 
Doa Pagi
Senaman Pagi

Sesi yang ketiga kemudiannya diteruskan pada jam 9.00 pagi “Mengapa Belia itu penting dalam Gereja/Apa erti pelayanan dalam Gereja bagi Belia" Sesi ini disampaikan oleh saudari Anna Teresa.
 
Sesi dimulakan dengan sedikit pengenalan oleh saudari Audrey Hendrikus mengenai YLC dan tujuan YLC Club diadakan bersama - sama dengan Youth Camp. Penglibatan secara kerjasama ini membantu pemimpin belia tempatan yakin pada diri sendiri dan secara tidak langsung berani menjadi fasilitator program. Selain itu melalui program ini persahabatan dapat dijalinkan antara sesama.
 
Saudari Audrey Hendrikus memberikan sedikit pengenalan meengenai YLC Club
 
Saudari Anna mengongsikan makna Pelayanan kepada para peserta
Banyak cara yang digunakan untuk penyampaian sesi ini dan salah satunya adalah 'Web - Relationship'. Dapat disimpulkan bahawa belia adalah sebahagian daripada gereja dan gereja memerlukan belia dan begitu juga disebaliknya.

Sesi kemudiannya diteruskan dengan tayangan video bertajuk 'DUTY' yang berkenaan dengan pelayanan. Pelayanan adalah satu panggilan dan pemberian yang percuma dari Tuhan. Siapa lagi yang akan melayani kalau bukan mereka yang dipanggil dan mengatakan 'ya' kepada panggilan itu. Dalam perjanjian lama dan baru, Tuhan memanggil belia - belia seperti Samuel, David, Ruth, Jeremiah, Yohanes pengikut Yesus, Bonda Maria dan ramai lagi untuk mengerjakan misiNya di dunia. Demikian juga para belia, Tuhan memanggil ramai belia untuk melayani dan dengan harapan belia - belia ini dapat menyahut panggilanNya kerana Gereja memerlukan mereka untuk meneruskan misiNya di dunia ini.

Pada jam 11:00 pagi saudara Wilfred Federick membawa belia dalam satu bengkel. Sesi ini bertujuan untuk memberi ruangan bagi para belia untuk merenung sejauh mana mereka memahami sesi-sesi yang disampaikan. Hasil renungan dan perbincangan mereka adakan dibentangkan melalui lakonan yang kreatif dalam kumpulan.
Bengkel Belia
Selesai makan tengahari dan berehat, program diteruskan dengan sesi yang keempat iaitu "Bagaimana memberi kesegaran kepada belia yang sedang melayani, tidak melayani dan akan melayani" yang dikongsikan oleh saudari Anna.

Dalam sesi ini para peserta diajak merenung beberapa petikan dalam Alkitab, seperti Matius 9:37-38, Mat 4:23, 24:14, Mazmur 14:1 dan Yeremiah 17:8. Pada dasarnya 'kesegaran' itu boleh diperolehi sekiranya ada hubungan intim dengan Yesus kerana ajaranNya adalah khabar gembira yang baik. Kesegaran juga boleh diperolehi melalui pengakuan dosa, berdoa, berkongsi perjalanan iman dengan orang lain malah membantu orang yang susah dan selanjutnya.

Pada sebelah petang para peserta dibawa kepada sesi kerja berkumpulan iaitu Running Man yang dikendalikan oleh saudari Marcella Micheal. Para belia diuji sejauh mana komitmen dan kecekalan mereka dalam aktiviti ini. Selain itu mereka juga diajak untuk merenung kehidupan mereka melalui aktiviti 'Perjalananan ke Tanah yang dijanjikan' yang di kendalikan oleh tim fasilitator YLC.
Running Man
Journey to the Promise Land
 Sebelah malam program diteruskan dengan "Family Night Dinner’’ yang bertemakan "Pajama". Pada malam ini semua belia dan Tim penganjur dikehandaki memakai baju tidur (pajama). Sejurus selepas itu mereka dibawa dalam sesi doa dan perdamaian yang bertajuk "Saya dan Yesus" Sesi perdamaian ini mengajak belia dan tim penganjur untuk berdialog dengan Tuhan Yesus dan menyatakan dosa-dosa mereka dalam sekeping kertas dan kemudiannya di paku pada salib Yesus sebagai tanda 'kebebasan'. Diakhir sesi itu semua orang berdamai antara satu dengan yang lain.
'Saya dan Yesus'
 
Dosa - dosa yang dipaku pada kayu salib
Salam damai antara satu dengan yang lain
'Malam masih muda' dan para belia meneruskan aktiviti "Malam Seribu Kenangan" Setiap kumpulan bersungguh - sungguh menyampaikan persembahan lakonan, tarian dan nyanyian. Satu kenangan yang pasti menjadi ingatan bagi para belia ini. Program selesai pada jam 12.20 tengah malam.
Malam Seribu Kenangan
Hari ketiga dimulakan dengan senaman dan diikuti dengan doa pagi. Selesai sarapan pagi sesi terakhir iaitu "Belia dan Yesus, Belia dan Keluarga, Belia dan sesama" disampaikan oleh Puan Airene Gumanas, Koordinator Tim Kerasulan Belia Paroki, Katedral St Mary, Sandakan. Dalam sesi ini peserta diajak berbincang antara sesama mereka tentang hubungan mereka dengan Yesus, keluarga dan sesama. Dalam sesi ini juga peserta dikehandaki membuat pembentangan hasil perbincangan mereka dalam kumpulan.
Puan Airene Gumanas, Koordinator Kerasulan Belia Paroki, Katedral St Mary, Sandakan
Selesai sahaja dengan sesi yang terakhir itu, semua belia dan tim penganjur bergotong-royong mengemas dan membersihkan gereja serta membuat persiapan untuk Misa Kudus yang diselebrankan oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom pada jam 11.00 pagi.

Selesai sahaja Misa kudus semua umat termasuk belia mengambil kesempatan untuk mengikuti upacara yang bersejarah buat Gereja St Paul iaitu upacara pecah tanah oleh Bapa Uskup bagi mendirikan Dewan Serbaguna Gereja St. Paul, Ulu Dusun. Sesudah selesai, upacara ini kemudiannya dirayakan bersama umat dalam fellowship bersama-sama.
Upacara Pecah Tanah oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom
Pada jam 1:30 petang sesi penutupan Youth Camp diadakan. Tim penganjur menyampaikan sagu hati kepada para penceramah dan ucapan syukur oleh pengerusi Tim Penganjur Youth Camp 2013. Syukur kerana Kem Belia ini berjalan dengan baik walaupun terdapat sedikit kecacatan yang pastinya akan diperbaiki dalam penganjuran akan datang. Walau bagaimana pun yang penting mesej yang ingin disampaikan dalam program ini dapat dimanfaatkan oleh para belia yang datang. Sehingga berjumpa lagi. Amen.
 
Saudara George Agustine, Koordinator Tim Kerasulan Belia Katolik, St Paul, Ulu Dusun
 

Gabungan tenaga Tim Penganjur Youth Camp dan YLC Tim Fasilitator

Disediakan oleh,

George Augustine
Koordinator Kerasulan Belia Katolik St Paul, Ulu Dusun /
Youth Camp 2013

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent