Lahad Datu - "Tambahkanlah Iman Kami" merupakan tema bagi Khemah Belia 2013 paroki St Dominic Lahad Datu yang telah berlangsung pada 23 - 25 August 2013 bertempat di Gereja St Dominic anjuran Tim Kerasulan Belia St Dominic. Seramai 200 orang belia yang datang dari outstasi-outstasi seperti Kunak, Madai, Tungku, Felda, Tampinau dan juga dari pusat paroki telah menyertai khemah ini.
Khemah ini dimulai dengan Misa harian di gereja, dan seterusnya pengtakhtaan Alkitab dilakukan. Para belia diajak untuk merenungkan pembacaan Injil pada hari tersebut dan menjadikan Injil tersebut sebagai pusat dalam sepanjang aktiviti khemah berlangsung. Setelah itu, sesi 'Praise and Wordship' dilakukan bagi memuji Tuhan.
Pada hari kedua, sesi pertama dengan tajuk "Tahun Iman" disampaikan oleh Sister Marysia fsic. Dalam sesi ini, Sister Marysia lebih menyentuh akan pengenalan mengenai Tahun Iman, keistimewaan tarikh Tahun Iman (11 Oct 12 - 24 Nov 13) dan harapan Bapa Suci Sri Paus Emeritus Benedict XVI dalam Tahun Iman ini."Iman kita haruslah dinyatakan, dirayakan, dihidupi dan sentiasa didoakan" itulah kata-kata Sister Marysia dalam akhir sesi beliau. Para belia diberi peluang untuk memperkongsikan tentang Iman.
"Iman dan Doa" adalah sesi kedua yang disampaikan oleh Rev Fr Simon Kontou. Dalam sesi ini, Fr Simon mengatakan kepada belia bahawa iman kita adalah datangnya dari Allah sendiri dan iman itu berkaitan dengan keselamatan kita, pengetahuan kita dan inti iman kita adalah Tritunggal Kudus."Iman tanpa perbuatan adalah mati" (Yak 2:17) maka dengan itu, pentingnya berdoa untuk menyegarkan iman kita.
Di sebelah petang, para belia mengikuti 'Games' yang telah disediakan oleh tim yang memerlukan kerjasama dan kesatuan mereka. Sebanyak tujuh station permainan yang harus mereka lalui seperti sarang labah-labah, the bridge, keretapi belon, angin ribut dan ular. Pada sebelah malam, para peserta dibahagi-bahagi 8 kumpulan dan mereka dikehendaki untuk menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu membuat persembahan berkaitan dengan tema khemah belia. Seterusnya, semua belia berkumpul di Gereja St Dominic untuk berdoa bersama doa Taize.
Sesi terakhir iaitu "Iman, Keluarga dan Gereja" disampaikan oleh saudara Teodolfo Rosalia pada hari terakhir khemah ini. Dalam sesi ini, beliau lebih menyentuh tentang iman yang bermula daripada keluarga. "Setiap keluarga adalah gereja yang diketuai oleh ibubapa. Perkara pertama yang harus dilakukan oleh ibubapa adalah penyelamatan anak-anak. Keluarga adalah pendidik utama dalam pertumbuhan iman." kata saudara Teodolfo.
Khemah belia ini diakhiri dengan sesi pengulungan di mana para belia diberi peluang untuk mengongsikan pendapat dan pengalaman mereka perolehi dari khemah belia ini dan cadangan untuk memperbaiki anjuran khemah belia akan datang. Setelah itu, sesi bergambar bersama-sama dilakukan.
No comments:
Post a Comment