Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 30, 2013

AHLI JAWATAN PELAYANAN BARU KERASULAN WANITA KATOLIK PAROKI KATEDRAL ST. MARY, SANDAKAN (2013-2015)

Oleh:
Brenda De Guzman
Setiausaha, KWK Paroki Katedral St. Mary, Sandakan
Berdiri (Kiri-Kanan):
Anasthasia, Adriana, Joanna, Melanie, Georgina, Linda, Siony dan Merynah
Duduk (Kiri-Kanan):
Helda, Brenda, Annie, Sr Appollonia, Margarette, Dora dan Marayah 
SANDAKAN: Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Paroki Katedral St. Mary, Sandakan telah mengadakan mesyuarat dwi-tahunan bagi sesi baru (sesi 2013-2015) bertempat di Bilik Katekatikal St. Mary pada 24 Ogos 2013. Seramai 53 orang ahli, Ahli Jawatan Pelayanan (AJP) KWK yang hadir, masing-masing 9 orang dari Katedral St. Mary, 6 orang dari Gereja St. Mark, 7 orang dari Kapel St. Petrus, 12 orang dari Gereja St. Paul, 15 orang dari Gereja Our Lady of Fatima, 1 orang dari Kapel St. Emmanuel dan 3 orang dari Kapel St. Anthony. Turut hadir Sr. Appollonia Gumpu, fsic selaku Ahli Kehormat KWK.
Rev. Fr. Thomas Makajil, Paderi Paroki turut serta dalam pentakhtaan alkitab yang diadakan sebelum mesyuarat agung dimulakan. Rev. Fr. Thomas dalam pengajaran singkatnya, memaklumkan akan pentingnya tanggungjawab KWK dalam pembangunan gereja dan paroki. Oleh itu, beliau menggesa KWK akan terus melayani dengan iman dan tanggungjawab yang ikhlas demi untuk mengukuhkan lagi dasar kepercayaan Kerasulan Wanita dalam gereja Katolik dan seterusnya menjangkau mereka yang masih memerlukan dalam pembangunan iman Katolik di paroki ini dan juga di stasi luar.
Perjalanan pemilihan di peringkat Paroki diselenggarakan oleh Paderi Paroki dan Religious Sister. Bagi Paroki St. Martin, Telupid, Penyelarasnya juga turut hadir bersama. Pemilihan dilakukan dengan undian rahsia iaitu kesemua 17 ahli perwakilan daripada setiap stasi luar, sub paroki layak diundi bagi satu penggal iaitu dua tahun. Mereka  juga   layak diundi  untuk dua penggal berturut-turut.
Dalam pemilihan AJP KWK Paroki Katedral St Mary, Sandakan bagi sesi 2013-2015 (dua tahun), penama-penama berikut telah dipilih:-

BARISAN AHLI JAWATAN PELAYANAN:

01) Penyelaras - Puan Annie Rokneh Jalani - Katedral St. Mary, Sandakan

02) Pen. Penyelaras - Puan Cecelia D’Souza - Katedral St. Mary, Sandakan

03) Setiausaha - Puan Brenda De Guzman - Gereja St. Paul, Ulu Dusun, Batu 28, Sandakan

04) Pen. Setiausaha - Puan Helda Laurencius - Gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan

05) Bendahari - Cik Dora Ho - Katedral St. Mary, Sandakan

06) Pen. Bendahari - Puan Siony Fiel - Katedral St. Mary, Sandakan

BARISAN AHLI KOMITI:

07) Puan Ferdee Mariano - Katedral St. Mary, Sandakan (Dilantik)

08) Puan Juliana Kimin - Gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan

09) Puan Margarette Sikuit - Gereja St. Paul, Ulu Dusun, Batu 28, Sandakan

10) Puan Joanna Lim - Gereja Our Lady of Fatima, Beluran

11) Puan Anasthasia Mathew - Kapel St. Petrus, Sg. Manila

12) Puan Merynah Kaong - Kapel St. Emmanuel, Jaya Bakti

13) Puan Marayah Undin - Kapel St. Anthony, Bukit Garam

14) Puan Adriana Lina Sampog - Gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan

15) Puan Melanie Michael - Gereja St. Paul, Ulu Dusun, Batu 28, Sandakan (Dilantik)

16) Puan Georgina R. Casiple - Katedral St. Mary, Sandakan

17) Puan Linda Tan - Katedral St. Mary, Sandakan
Berikut pula merupakan keputusan Mesyuarat Agung Pemilihan Ahli Jawatan Pelayanan (AJP) sesi 2013 -2015 bagi Kerasulan Wanita Katolik pada peringkat keempat-empat Paroki di Kuskupan Sandakan dan juga peringkat sub Paroki Katedral St Mary, Sandakan yang telah dijalankan seperti pada tarikh-tarikh berikut:-
Bil.
Paroki
Tarikh Pemilihan 
Penyalaras
01.
Paroki Holy Trinity, Tawau
11hb Mei, 2013
Pn. Theresita Ortiz
02.
Paroki St. Martin, Telupid
22hb Jun, 2013
Pn. Nora Nicholas
03.
Paroki St. Dominic Lahad Datu
27hb Julai, 2013
Pn. Evelyn Watson
04.
Paroki Katedral St.Mary, Sandakan
24hb Ogos, 2013
Pn. Annie Rokneh J.

Bil.
Sub Paroki
Tarikh Pemilihan 
Pengerusi
01.
St. Emmanuel, Jaya Bakti
18hb Mei, 2013
Pn. Meryna Kaong
02.
Katedral St. Mary, Sandakan
23hb Jun, 2013
Pn. Ferdee Mariano
03.
Our Lady Of Fatima, Beluran
06hb Julai, 2013
Pn. Joanna Lim
04.
St. Mark, Batu 12
21hb Julai, 2013
Pn. Juliana Kimin
05.
St. Petrus, Sg. Manila
28hb Julai, 2013
Pn. Anasthasia Mathew
06.
St. Paul, Ulu Dusun
28hb Julai, 2013
Pn. Margarette Sikuit
07.
St. Anthony, Bukit Garam
04hb Ogos, 2013
Pn. Marayah Undin                                                     
KWK Katedral St. Mary, Sandakan 
KWK Gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan  
 KWK Kapel St. Petrus, Sg. Manila
 KWK Kapel St. Anthony, Bukit Garam
KWK Kapel St. Emmanuel, Jaya Bakti
KWK Gereja St. Paul, Ulu Dusun, Batu 28 
KWK Gereja Our Lady of Fatima, Beluran
Puan Annie Rokneh Jalani sekali lagi telah diberi mandat untuk menyelaras Kerasulan Wanita Katolik Paroki Katedral St. Mary, Sandakan bagi sesi 2013-2015. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan terhadap beliau untuk terus melayani dalam kerasulan ini. Beliau berharap komiti yang baru dipilih akan terus memberi sumbangan dan kerjasama dalam melaksanakan keperluan paroki dan keuskupan. Bagi ahli-ahli yang tidak terpilih, beliau menegaskan bahawa mereka terus menjadi penyokong-penyokong yang setia dan yang sentiasa memberi kerjasama yang tidak berbelah-bagi.
Mesyuarat berakhir dengan makan tengah hari bersama sebelum bersurai.

Thursday, August 29, 2013

"Tambahkanlah Iman Kami" Belia Lahad Datu

Oleh Shirley Yong
Lahad Datu - "Tambahkanlah Iman Kami" merupakan tema bagi Khemah Belia 2013 paroki St Dominic Lahad Datu yang telah berlangsung pada 23 - 25 August 2013 bertempat di Gereja St Dominic anjuran Tim Kerasulan Belia St Dominic. Seramai 200 orang belia yang datang dari outstasi-outstasi seperti Kunak, Madai, Tungku, Felda, Tampinau dan juga dari pusat paroki telah menyertai khemah ini.
Khemah ini dimulai dengan Misa harian di gereja, dan seterusnya pengtakhtaan Alkitab dilakukan. Para belia diajak untuk merenungkan pembacaan Injil pada hari tersebut dan menjadikan Injil tersebut sebagai pusat dalam sepanjang aktiviti khemah berlangsung. Setelah itu, sesi 'Praise and Wordship' dilakukan bagi memuji Tuhan.
Pada hari kedua, sesi pertama dengan tajuk "Tahun Iman" disampaikan oleh Sister Marysia fsic. Dalam sesi ini, Sister Marysia lebih menyentuh akan pengenalan mengenai Tahun Iman, keistimewaan tarikh Tahun Iman (11 Oct 12 - 24 Nov 13) dan harapan Bapa Suci Sri Paus Emeritus Benedict XVI dalam Tahun Iman ini."Iman kita haruslah dinyatakan, dirayakan, dihidupi dan sentiasa didoakan" itulah kata-kata Sister Marysia dalam akhir sesi beliau. Para belia diberi peluang untuk memperkongsikan tentang Iman.
"Iman dan Doa" adalah sesi kedua yang disampaikan oleh Rev Fr Simon Kontou. Dalam sesi ini, Fr Simon mengatakan kepada belia bahawa iman kita adalah datangnya dari Allah sendiri dan iman itu berkaitan dengan keselamatan kita, pengetahuan kita dan inti iman kita adalah Tritunggal Kudus."Iman tanpa perbuatan adalah mati" (Yak 2:17) maka dengan itu, pentingnya berdoa untuk menyegarkan iman kita. 



Di sebelah petang, para belia mengikuti 'Games' yang telah disediakan oleh tim yang memerlukan kerjasama dan kesatuan mereka. Sebanyak tujuh station permainan yang harus mereka lalui seperti sarang labah-labah, the bridge, keretapi belon, angin ribut dan ular. Pada sebelah malam, para peserta dibahagi-bahagi 8 kumpulan dan mereka dikehendaki untuk menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu membuat persembahan berkaitan dengan tema khemah belia. Seterusnya, semua belia berkumpul di Gereja St Dominic untuk berdoa bersama doa Taize.
Sesi terakhir iaitu "Iman, Keluarga dan Gereja" disampaikan oleh saudara Teodolfo Rosalia pada hari terakhir khemah ini. Dalam sesi ini, beliau lebih menyentuh tentang iman yang bermula daripada keluarga. "Setiap keluarga adalah gereja yang diketuai oleh ibubapa. Perkara pertama yang harus dilakukan oleh ibubapa adalah penyelamatan anak-anak. Keluarga adalah pendidik utama dalam pertumbuhan iman." kata saudara Teodolfo.
Khemah belia ini diakhiri dengan sesi pengulungan di mana para belia diberi peluang untuk mengongsikan pendapat dan pengalaman mereka perolehi dari khemah belia ini dan cadangan untuk memperbaiki anjuran khemah belia akan datang. Setelah itu, sesi bergambar bersama-sama dilakukan. 

PENYATAAN MEDIA CFM - Hari Merdeka & Hari Malaysia (bertarikh 26 Ogos 2013)





Please click for the statement in English. Thank you.

Monday, August 26, 2013

KONVENSYEN WANITA KATOLIK SABAH KALI KE–2, 2013

Oleh Annie R.J.

KENINGAU: Konvensyen Wanita Katolik peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal pada 10hb – 14hb Ogos, 2013  dengan Tema 'Wanita Katolik dan Keluarga yang Bersatu dengan Kristus, Berakar dalam Dia, Dibangun di atas Dia ke arah Pemantapan Iman'. Seramai 334 orang peserta dari ketiga-tiga keuskupan di Sabah telah menyertai konvensyen tersebut. 
Sesi Pendaftaran sedang berjalan

Konvensyen Wanita Katolik Sabah diadakan sekali bagi setiap tiga tahun secara bergilir-gilir di antara ketiga-tiga keuskupan.  Tuan rumah pada kali ini adalah Keuskupan Keningau. Keuskupan Agung Kota Kinabalu  telah menjadi tuan rumah yang pertama pada 6hb – 10hb September, 2010 bertempat di Pusat Retret Bundu Tuhan, Ranau.
Pn. Anita Tunggolou dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu adalah selaku Pengasas kepada konvensyen ini. Ia bertujuan untuk memperkembangkan aktiviti kerohanian dan mengukuhkan perpaduan  di kalangan wanita Katolik di negeri Sabah.


Pn. Anita Tunggolou

Konferensi ke - 8 Wanita Katolik Malaysia Timur yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan diadakan pada 25 – 29 Ogos 2014. Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Keuskupan Sandakan akan menganjurkan konferensi tersebut bertemakan 'Women Of God 2'. 
Konvensyen kali ke–2 ini dipengerusikan bersama oleh Pn. Helena Koh sebagai Pengerusi Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Keningau merangkap Pengerusi tuan rumah, Pn. Anita Tunggolou sebagai Ketua Komisi Wanita Katolik Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan Pn. Annie Rokneh Jalani sebagai Ketua Penyelaras Wanita Katolik Keuskupan Sandakan.

60 orang ahli yang hadir bagi mewakili Keuskupan Sandakan adalah terdiri dari Paroki Katedral St. Mary, Sandakan seramai 18 orang, Paroki St. Dominic, Lahad Datu seramai 11 orang termasuk Sr. M. Sylvia Imbun fsic, Paroki Holy Trinity, Tawau, seramai 5 orang termasuk Sr.M. Liza Gamat fsic dan Paroki St. Martin, Telupid seramai 25 orang.
(KEUSKUPAN SANDAKAN)

Konvensyen sepanjang  lima hari ini telah dimulakan pada 10hb Ogos, 2013 (Sabtu) dengan Majlis Perasmian. Ia didahului dengan ucapan alu–aluan oleh Pn. Helena Koh disusuli dengan ucapan dan acara perasmian oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Uskup Keuskupan Keningau dengan paluan gong sebanyak dua kali. Seterusnya, acara diikuti dengan pemotongan kek dan juga persembahan pentas dari ketiga-tiga keuskupan.

Pn. Helena Koh


Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong


Hari ke–2 ~ 11hb Ogos, 2013 (Ahad) pada jam 7.00 pagi dimulakan dengan perayaan Ekaristi oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Beliau telah menyampaikan kupasan tema konvensyen ke -2 tersebut.

Sesi ke–2 ~ Penyampaian ceramah daripada Rev. Fr. Dr. Charles Chiew dengan tajuk, “Wanita dalam Imej / Model Gereja".

Fr. Dr. Charles Chiew

Sesi ke-3 ~ ceramah disampaikan olen Sdra. John Lainsin bertajuk, “ Peranan Wanita dalam keluarga”.

Sdra. John Lainsin

Pada jam 7.00 malam, sesi Saat Teduh oleh Rev. Fr. Claudius Andrew disertakan dengan sesi pertobatan /pengakuan dosa individu oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, Rev. Fr. Claudius Andrew juga dua lagi paderi dari Keuskupan Keningau.

Hari Ke–3 ~ 12hb Ogos 2013 (Isnin) 7.00 pagi, doa pagi telah dikendalikan oleh Sr.M.Clarice Jomitin fsic
Sr. M. Patricia Limun fsic

Sesi ke–4 ~ ceramah disampaikan oleh Sr.M. Patricia Limun fsic bertajuk, “Bagaimana yang dikatakan sebagai Wanita Katolik”.

Sesi ke–5 ~ ceramah disampaikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom bertajuk, “ Wanita dan Penginjilan”.
Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Uskup Keuskupan Sandakan.

Perayaan Ekaristi oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom.

Sesi ke–6 disampaikan olen Rev. Fr. Rudolf Joannes  bertajuk, “Cabaran–cabaran yang dihadapi Wanita dan Keluarga dalam Usaha Memantapkan Iman”.  Doa Rosari dipimpin oleh  Sr. M. Liza Jamat fsic dan Sr.M. Sylvia Imbun fsic dari Keuskupan Sandakan.


Fr. Rudolf Joannes


Hari Ke–4 ~ 13hb Ogos, 2013 ( Selasa) jam 7.00 pagi, Perayaan Ekaristi dirayakan oleh Rev. Fr. Claudius Andrew. 


Fr Claudius Andrew

Kemudian acara disusuli dengan  perkongsian penyampaian laporan misi daripada ketiga-tiga Pengerusi KWK Keuskupan dimulai oleh Pn. Anita Tunggolou untuk Keuskupan Agung Kota Kinabalu, seterusnya Pn. Annie Rokneh Jalani untuk Keuskupan Sandakan dan diikuti oleh Pn. Helena Koh untuk Keuskupan Keningau.




Pn. Annie Rokneh Jalani


Seterusnya sesi forum terbuka diadakan bagi semua peserta.


Forum terbuka


Sesi Doa Kerahiman Ilahi dijalankan di bawah pimpinan Sdri. Evelyn Gining. 


Sementara doa tersebut berjalan, pada masa yang sama, mesyuarat di antara ketiga-tiga Pengerusi  keuskupan Sabah diadakan yang turut dihadiri  oleh Rev. Fr. Claudius Andrew dan Sr. M. Julita Joseph fsic. Mesyuarat bertujuan untuk menetapkan giliran tuan rumah konvensyen seterusnya. Tuan rumah Penganjur Konvensyen ke-3  adalah dari Keuskupan Sandakan pada 2016 dan tema yang telah dipilih oleh Pn. Annie Rokneh Jalani adalah “Wanita Katolik dan Penginjilan”. Mesyuarat akan dijalankan sekurang-kurangnya tiga kali sebelum konvensyen diadakan.

Selesai mesyuarat, maka keputusan disampaikan melalui  rumusan oleh Pn. Helena Koh sebagai hasil daripada tema serta tajuk – tajuk ceramah yang telah disampaikan;

01-Membantu memantapkan iman dan mengenali identiti sebagai wanita Katolik, memahami tanggungjawab dan menyedari bahawa dalam segala hal harus berpusatkan kepada KRISTUS.

02-Wanita Katolik memainkan peranan yang sangat penting dan utama di dalam kekeluargaan, Gereja dan teguh menghadapi cabaran zaman globalisasi masa kini.

03-Berlandaskan kepada teladan Bonda Maria menjadi model wanita Katolik yang harus mempunyai kekuatan, kebebasan dan berupaya untuk menentukan hala tuju tanpa terikat kepada norma sosial.

04-Wanita Katolik Sabah akan berkerjasama untuk memantapkan hidup kerohanian dan status sosial dengan membantu dan berkongsi kemahiran, bila dan jika diperlukan.

05-Bilangan perserta yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

-Komisi Wanita Katolik Keuskupan Agung KK          : 100
-Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Keningau      : 100
-Kerasulan Wanita Keuskupan Sandakan                  : 100
                         Jumlah keseluruhan perserta              : 300
(KEUSKUPAN AGUNG KOTA KINABALU)


Pada hari ke-4 juga telah diadakan lawatan amal ke KKD Kg. Toboh Laut. Rombongan pelawat telah disambut dengan majlis makan tengahari. Kemudian setiap Penyelaras Wanita Katolik Sabah telah menyampaikan sumbangan wang kepada mangsa kebakaran. Mereka turut melawat 10 tapak rumah yang terbabit dalam kebakaran tersebut.


Majlis Penutupan / Malam Kebudayaan diadakan di dataran Keuskupan Keningau disertakan dengan ucapan daripada Yang Termulia Bapa Uskup Agung John Wong. Pennant penganjuran konvensyen telah diserahkan kepada Ketua Penyelaras Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan selaku tuan rumah konvensyen ke–3 pada 2016. Ianya diteruskan dengan acara  pemotongan kek juga penyampaian cenderakasih antara pengerusi setiap keuskupan disusuli persembahan tarian tradisi kaum di Sabah.  Bagi persembahan KWK keuskupan Sandakan, tarian ‘MENGALAI’ suku kaum Dusun Labuk dipersembahkan oleh KWK dari Paroki St. Martin, Telupid.


Penyerahan Pennant


Hari Ke–5 ~ 14hb Ogos 2013 ( Rabu)  Jam 7.00 pagi, Perayaan Ekaristi dan penutupan dirayakan oleh Yang Termulia Uskup Agung John Wong, Uskup Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Selepas bersarapan, maka rombongan peserta pulang ke tempat masing-masing dengan membawa buah iman yang telah diterima dari hasil penyampaian penceramah – penceramah dengan tajuk-tajuk yang sangat menarik dan relevan pada kehidupan kaum Wanita Katolik di Sabah. 


Yang Termulia Bapa Uskup Agung John Wong




CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent