Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 4, 2013

KNOWLEDGE IS POWER ~ ( Stay In Touch Always : S.I.T.A )

James Joseph dan Esther Albert

Program SITA di Tawau, 11hb Mei 2013
TAWAU : 11 Mei 2013 (Sabtu), satu program singkat mengenai Stay In Touch Always atau lebih dikenali sebagai S.I.T.A telah diadakan di Gereja Katolik Holy Trinity. Program ini telah dikendalikan oleh saudari Sharon Tan, dari Pejabat Belia Diosis Sandakan bersama saudari Jellferlyne Joseph, Kordinator Program dari Seri Murni Crisis Centre Sandakan kelolaan Pusat Kebajikan Good Shepherd dan juga saudari Cherril Mitchell Henry, bekas Ketua Pelajar Katolik Kolej Matrikulasi Labuan sesi 2012-2013. Seramai 14 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada belia dan juga ibubapa  .
Sesi yang disampaikan ialah :
a) Pengenalan kepada program SITA
b) Kehidupan Sebagai Pelajar Kolej / Universiti-Realiti
c) Hak dan Tanggungjawab Pelajar / Belia di Kolej / Universiti

Program penuh informasi ini dimulakan dengan doa, dan seterusnya dilanjutkan dengan ice breaking - Lost On Deserted Island, yang dikendalikan oleh saudari Cherril. Selain dari berkenalan, sesi  ice-breaking ini juga memberi mesej tentang kerjasama mampu dilaksanakan melalui perbincangan kumpulan tanpa sebarang pertelingkahan.
Saudari Sharon Tan menyampaikan pengenalan berkenaan SITA,  satu program persiapan belia ke institusi pengajian tinggi yang dapat membantu para belia untuk berhubung dengan gereja dan Campus Ministry setempat.  Program SITA di Sabah adalah dibawah kendalian Pusat Belia YouthPrep Centre di Alam Mesra, Kota Kinabalu dengan kerjasama ; Campus Ministry Diosis Sandakan, Komisi Kerasulan Belia Katolik Diosis Keningau dan Sabah Catholic Campus Ministry, Diosis Kota Kinabalu.
Program SITA di Sandakan pada 15hb Mei 2013
Saudari Jefferlyne Joseph dalam sesinya “Kehidupan Sebagai Pelajar Kolej dan Universiti”, memulakan sesi dengan mengajukan soalan kepada para peserta, apakah jangkaan mereka dalam aspek akademik, kokurikulum, sosial dan kerohanian apabila melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti kelak.
Manakala saudari Cherril memberikan sedikit perkongsian mengenai realiti kehidupan di kolej melalui keempat-empat aspek tersebut. Perkongsian diakhiri dengan memberikan beberapa cara untuk menghadapi cabaran atau krisis sewaktu tempoh pembelajaran berlangsung. 
Program SITA di Sandakan pada 15hb Mei 2013
Selesai perkongsian ringkas, saudari Jellferlyne menyatakan bahawa keadaan mengalami kejutan budaya dan terpaksa berhadapan dengan isu-isu sosial merupakan perkara yang akan dialami oleh para belia. Oleh itu setiap belia yang berjauhan daripada ahli keluarga perlu mewujudkan  sistem sokongan masing-masing  yang terdiri dari  : 1) Sokongan daripada individu terdekat ---Si pelajar perlu mempunyai / menyenaraikan  5 orang individu yang akan dihubunginya sewaktu berada di dalam krisis, contohnya ibubapa,rakan sekampung, adik beradik, teman rapat dsb;  2). Sokongan dalam komuniti -  pelajar perlu mempunyai hubungan dengan rakan sepengajian yang seagama, komuniti kristian di kolej (termasuk  mengenali pensyarah Kristian), Komuniti Gereja setempat dan komuniti  Campus Ministry / Kerasulan Belia Diosis. 
Sesi ini telah diselitkan tayangan video pendek mengenai Yesus dan Petrus sebagai pengajaran betapa pentingnya berusaha dalam meneguhkan iman sendiri dan bahawa kita perlu senantiasa mencari Tuhan dimana-mana pun kita berada kerana keteguhan iman sangat penting sebagai ‘bekalan rohani paling berharga ’ yang akan sentiasa membimbing  kita kearah kebenaran. 
Selain itu, sesi menyediakan “Perisai Iman’ sendiri benar-benar menyentuh para peserta untuk menyedari betapa pentingnya untuk mempunyai strategi dan menetapkan matlamat yang ingin dicapai semasa pengajian dan kepentingan mempunyai keseimbangan dalam keempat-empat aspek ( akademik, sosial,rohani dan kokurikulum )  semasa dalam pengajian mahupun bekerja.


Seperkara yang menarik, saudara Mario Domingo selaku pengerusi MPP turut hadir dan berkongsi pengalaman beliau menghadapi cabaran iman semasa belajar dahulu dan juga mengucapkan terima kasih kepada rombongan dari Sandakan yang sanggup turun ke Tawau untuk berkongsi berkaitan SITA ini. Tambah beliau, info kesedaran seperti ini perlu dibuat kerap kerana info sebegini sangat penting diketahui oleh pelajar dan ibubapa.




Tidak ketinggalan memberi perkongsian, ialah Pn Julita Kantod, isteri kepada pengerusi MPP HTC yang turut memberi perkongsian pengalaman peribadi beliau sewaktu di zaman persekolahan. Menurut beliau , pelajar atau belia harus tidak takut-takut untuk mempertahankan dan menonjolkan iman mereka, disamping harus berusaha melibatkan diri dalam aktiviti gereja.



Program SITA di Telupid pada 26hb Mei 2013
Sesi dilanjutkan dengan penerangan mengenai ‘Hak dan Tanggungjawab Saya’ oleh saudari Jell, sesi ini disasarkan untuk memberi kesedaran akan hak dan tanggungjawab pelajar atau belia. Sesi ini juga menyatakan bahawa terdapat tiga perkara yang penting dalam kehidupan kita sebagai umat Katolik  iaitu Scripture (mendengarkan Firman Tuhan), Sacrament (hidup berdoa)  dan Social Action (bertindak demi keadilan social).

Program SITA di Telupid, 26hb Mei 2013
Sebelum berakhir , satu sesi aktiviti singkat  dilangsungkan iaitu mengenai pendedahan tentang Hak-hak sebagai seorang manusia dan seorang Kristian serta menyatakan perlunya sentiasa berhati-hati dalam perkara yang kita lakukan dalam hidup. 
Program SITA di Telupid, 26hb Mei 2013
Saudari Jell mengakhiri program SITA ini dengan memberi peringatan bahawa setiap belia Katolik perlu memperlengkapkan diri dengan pengetahuan tentang akta-akta dan hak-hak asasi manusia sejagat  agar tidak mudah diperlekehkan dan mempunyai keyakinan untuk bertindak demi keadilan sosial apabila diperlukan.  Sesi diakhiri dengan doa dan makan bersama .

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent