Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 13, 2013

CERAMAH “TAMBAHKAN IMAN KAMI” - LUKAS 17:5

Oleh : Dalius L.L.
Gambar : Bellyok  

Sandakan: Umat Katolik St. Mary Katedral berpeluang menghadiri satu lagi program yang dianjurkan sempena Tahun Iman di Paroki ini pada 10 Jun 2013 masa 8.00 malam – 10.00 malam di dewan Paroki, yang bertajuk “Tambahkan Iman Kami”. Lebih kurang 400 umat hadir ke ceramah ini yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Fr. Lukas Jua SVD, yang didatangkan khas atas undangan Bapa Uskup Julius Gitom ke Diosis Sandakan.
Fr. Lukas Jua adalah Paderi dari Indonesia dari Society of Divine Word (SVD) yang berkelulusan ijazah kedoktoran di dalam Teologi di Gregorian University of Rome. Beliau adalah pensyarah di St. Paul Major Seminary Ledalero Flores Indonesia dan memegang jawatan sebagai Generalate Coordinator of the Biblical Apostolate of the Society of Divine Word dan aktif didalam pelayanan kursus-kursus Alkitab, seminar, workshop dan retreat kepada para paderi, religius dan umat awam.
Di dalam ceramah 2 jam tersebut yang berdasarkan tema Luk 17:5, Fr. Lukas telah membahagikan ceramah beliau kepada 3 topik perbincangan iaitu; (1). Tahun Iman, (2). Iman dan Doa, (3). Iman dan Perutusan. Beliau menegaskan, “Doa itu adalah ungkapan iman kita, tidak mungkin orang berdoa kepada Tuhan kalau dia tidak percaya Tuhan itu ada. Orang yang berdoa itu bersaksi dia punyai iman dan orang yang tekun rajin berdoa, imannya akan makin kuat dan dia mampu menghadapi pelbagai cabaran dan penderitaan hidup”. 
Ceramah beliau mengenai Iman adalah padat dan ringkas dengan rujukan kepada petikan-petikan Alkitab. Pada akhir sesi ceramah, Fr. Lukas menyeru para hadirin untuk terus mengikut jejak para Rasul di dalam peranan membuka pintu iman dan bersaksi akan iman Kristiani kepada seluruh dunia. Program berakhir dengan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Saudara Patrick Seah dan wakil daripada umat Keluarga Besar Katolik Indonesia di St. Mary Katedral Saudara Klemens menyerahkan sumbangan daripada umat kepada Fr. Lukas Jua.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent