Bagi pihak Sister-sister Gembala Baik, saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada Bapa Uskup Rt Rev Datuk Julius
kerana merayakan Ekaristi Pengikraran Kaul Kekal Sister Kelly pada hari yang
istimewa ini.
Ribuan terima kasih juga kepada Komiti
Pastoral Gereja St. Mark, Komiti Khas Perayaan Majlis Pastoral Paroki St.
Mary’s, Sandakan, Komiti-komiti yang lain serta pihak-pihak dari Sister-sister Gembala
Baik, Good Shepherd Partners dan ahli-ahli keluarga Sr Kelly yang bertungkus lumus
menjayakan persiapan untuk hari ini.
Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih dari hati saya yang paling dalam kerana kehadiran anda semua yang
datang dari jauh dan dekat untuk merayakan hari ini bersama Sister Kelly. Untuk pengetahuan anda, Sr Kelly merupakan
Sister Gembala Baik yang pertama yang berasal dari Diocese Sandakan.
Hari ini adalah hari yang istimewa kerana Sister Kelly, salah seorang anak Diocese
Sandakan telah membuat pilihan untuk mengikuti jejak Yesus Gembala Baik melalui
pengikraran kaul kekalnya dan melayani dalam misi Gembala Baik: iaitu
menjangkau mereka yang disisihkan dalam masyarakat supaya membolehkan mereka
mengalami belas kasihan Tuhan.
Mungkin ada sebahagian daripada anda yang
berada disini; khususnya muda mudi yang juga
merasa dipanggil oleh Tuhan untuk melayani di ladang Tuhan seperti Sr Kelly.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Misi Gembala Baik sila berjumpa
dengan Sister-sister Gembala Baik dan Rakan
sepelayanan / Good Shepherd Partners kami yang berada di sini pada hari ini.
Saya harap setiap anda yang hadir dalam pengikraran
kaul kekal ini akan merenungi panggilan Tuhan kepada anda secara peribadi; samaada
untuk melayani di dalam keluarga sebagai ibu-bapa, hidup membujang ataupun sebagai paderi / religious, kerana setiap kita
di sini dipanggil oleh Tuhan dengan suatu tujuan yang istimewa dan dijemput
setiap hari untuk memenuhi tujuan panggilan kita ini.
No comments:
Post a Comment