Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 14, 2013

Ceramah 'Tambahkan Iman Kami' ~ Lukas 17 : 5


SOCCOM Telupid, Lahad Datu dan Tawau

Telupid : Seramai 120 umat awam dari persekitaran Paroki Santo Martin Telupid telah hadir ke ceramah 'Tambahkan Iman Kami' Lukas 17 : 5. Ceramah ini, di sampaikan oleh Fr Lukas Jua dari Maumere, Flores, Indonesia, telah diadakan pada Selasa, 11hb Jun 2013 dari 7.30 malam - 9.45 malam di Gereja Santo Martin. Sebelum itu, ceramah yang sama telah diadakan di Katedral St Mary, Sandakan pada 10hb Jun 2013.
Fr Simon mengalu-alukan kehadiran Fr Lukas serta menyampaikan sumbangan kepada beliau
Lahad Datu : Selesai sahaja sesi ceramahnya di Telupd, Fr Lukas Jua pada keesokannya, 12hb Jun 2013 telah pun mengadakan sesi yang sama di Paroki St Dominic, Lahad Datu. Seramai 300 umat telah menghadiri sesi tersebut dan turut serta ialah Fr Simon Kontou, Paderi Paroki, Fr Marcellinus Pongking, Pembantu Paderi Paroki, para religius dan wakil-wakil MPP.
Tawau : Pada 13hb Jun 2013, ceramah yang sama yang disampaikan oleh Fr Lukas Jua, telah berlangsung di Dewan Paroki Holy Trinity dari pukul 7.30 malam hingga 9.45 malam. Lebih dari 400 umat mewakili pelbagai komuniti termasuk KKD dan stasiluar hadir ke ceramah tersebut. Turut hadir bersama ialah Msgr Nicholas Ong, para religius dan Sdra Mario, pengerusi MPP. Satu slot singkat soal jawab diadakan sebaik selesai sesi input.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent