Walaupun
saya dilahirkan dalam keluarga Katolik saya hanya dibaptis pada usia 21 tahun.
Saya mengikuti kumpulan pelayanan belia di paroki. Sejurus ketika pemimpin
belia di paroki kami melanjutkan pelajaran, saya telah
dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih tugas sebagai pemimpin belia.
Tanggunjawawab baru ini adalah sesuatu yang cukup mencabar dan saya tidak tahu
bagaimana untuk memimpin. Malah saya
banyak melakukan kesilapan. Saya merasa putus asa. Para belia yang lain juga
sedar dengan keadaan ini tetapi mereka tetap memberi sokongan yang baik. Kami
merasakan bahawa kami seperti domba yang kehilangan gembala. Dan dalam keadaan
ini, saya mulai menyelidiki peribadi saya ‘Apakah yang Allah mahu dari saya?
Apakah panggilan Allah terhadap saya? Ke manakah arah Dia hendak membawa saya?
50
hari selepas pembaptisan saya, iaitu pada hari minggu Pentekosta, seorang teman
menanyakan kepada saya, ‘mahukah kamu menjadi religius’? Soalan ini begitu
besar impaknya. Ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada saya. Selepas satu
tahun dalam pergumulan saya dengan perkumpulan belia dan dalam pencarian saya
ini, saya menyedari bahawa saya mempunyai keinginan untuk menjadi religius
sister, mengabdikan hidup saya sebagai gembala yang lengkap dengan kemahiran
dan pengetahuan untuk membimbing para belia.
Pencarian ini berterusan sehingga 5 tahun. Saya turut menghubungi Kongregasi Religius dari Taiwan dan akhirnya saya bertemu dengan Kongregasi Sister Gembala Baik di Kota Kinabalu. Saya percaya bahawa Allah mempunyai cara untuk menjemput saya mengikuti-Nya. Pada masa yang sama, seorang sahabat saya mengalami krisis dengan kandungannya, dan melalui pengalaman ini, saya dapat melihat dengan jelas pekerjaan pelayanan Sister Gembala Baik yang menjangkau wanita dan kanak-kanak yang tersisih. Perkara ini sangat menarik perhatian saya. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pekerjaan dan keluarga saya untuk memasuki Biara Gembala Baik.
Ketika
dalam peringkat awal merenungkan panggilan saya sebagai pemimpin belia dan memberi
respon terhadap panggilan Tuhan, saya bertekad menjadi gembala yang
baik kepada para belia yang hilang arah tuju agar saya dapat membantu
dan membimbing mereka. Sejak itu, sepanjang perjalanan hidup saya, saya melihat
dan bertemu dengan ‘domba’ yang hilang ~ mereka yang menghadapi kesulitan,
cabaran, kesusahan, hilang harapan dan mereka ini menantikan 'orang Samaria yang baik hati' menghulurkan tangan, sudi
membantu. Ada di kalangan mereka yang terpenjara secara ketidakadilan, merindukan cinta kasih, perhatian,
sokongan moral; tidak kurang juga yang terluka dengan kisah silam mereka yang menghauskan pengampunan dan kasih sayang.
“Tuaian
sangat banyak, tetapi pekerja sedikit”. Kenyataan inilah yang membawa
saya untuk terus melangkah maju ke hadapan dan meyakinkan saya bahawa saya
telah memilih jalan yang terbaik dalam hidup saya.
Sempena
pengikaran kaul kekal saya pada 1 Jun 2013 ini, saya memilih tema dari Yoh
15: 4 “Tinggallah di dalam Aku dan Aku
di dalam kamu”. Selain dari hubungan peribadi saya dengan Allah, tema
ini juga adalah doa saya kepada Allah supaya saya terus setia dengan pengabdian
saya dan menguatkan semangat saya untuk menjangkau umat Allah dengan penuh
cinta kasih. Merenung kembali jawapan ‘Ya’ saya kepada Allah, saya dapat
merasakan pada ketika dalam pelayanan saya, saya menerima berkat Allah yang berlimpah
seperti yang tertulis dalam Yoh 15:1 "Akulah
pokok anggur yang benar dan Bapa-Kulah pengusahanya”
Sr Kelly bersama dengan Sister-sister Gembala Baik |
Semasa
dalam proses pembentukan saya, saya dapat merasakan bahawa Allah telah
mencantas, memperbaiki dan menyembuhkan serta memberkati saya dengan bakat dan
membantu saya melihat potensi diri saya dalam pelbagai keadaan. Saya memohon
kepada Allah, semoga saya lebih mencintai sepenuhnya dan terus berjalan dengan
setia dan gembira menjadi Gembala –
“peribadi yang terluka, pakai sesuai demi pelayanan penyembuhan”
No comments:
Post a Comment