Sandakan – Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan sekali lagi telah mengadakan pertemuan bagi pembentukan iman ahli-ahli Tim pada 17 Mei yang lalu bertemakan ‘I Am Special’. Sesi yang diselenggarakan oleh Sharon Tan, Penolong Pengarah Pejabat Keuskupan Belia ini sedikit sebanyak membantu setiap ahli untuk mengenali diri, memahami dan mendalami panggilan sebagai seorang pelayan belia.
Dalam sesi ‘games’, setiap ahli ‘disedarkan’ betapa pentingnya semangat berpasukan dan kerjasama dalam melaksanakan sesuatu misi pelayanan. Tanpa persetujuan dan kata sepakat, sudah pasti perjalanan untuk berjalan bersama akan mengalami kesukaran yang tidak dijangka berlaku dan menyebabkan adanya perselisihan pendapat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian dan teguran membina dapat membantu pasukan atau pun Tim untuk berkembang maju. Seterusnya, setiap ahli diberikan waktu untuk mencipta sesuatu daripada tanah liat. Rata-rata semua ahli mencipta ‘imej’ peribadi masing-masing sambil merenung bahawasanya setiap peribadi dicipta menurut imej-Nya yang begitu sempurna.
Akhir sekali, ahli-ahli Tim diberi kesempatan untuk menulis kata-kata semangat dan dinyatakan secara spontan kepada setiap ahli. Aktiviti sedemikian dapat merapatkan dan mengenali sesama ahli. Melalui kata-kata semangat yang diberikan semoga ahli-ahli Tim memperolehi semangat baru untuk terus melayani diladang Tuhan.
Its such as you learn my thoughts! You appear to know so much about this, such as you wrote the e book in it or
ReplyDeletesomething. I think that you can do with a few % to power the message house a bit, however instead of that, that is excellent blog.
An excellent read. I'll certainly be back.
My web site: freesat twin tuner recorder