Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 19, 2013

Retret Dan Perhimpunan Agung KWK Keuskupan Sandakan

Disediakan oleh;
Victoria Salati
Pencatit Laporan Aktiviti Perhimpunan

SANDAKAN: Paroki Katedral St Mary, Sandakan telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Retret dan Perhimpunan Agung Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Keuskupan Sandakan kali ke-4 pada 06-09 Jun 2013.


Pendaftaran bermula jam 2.00 petang pada 06 Jun 2013. Seramai 75 ahli telah mendaftarkan diri bagi menjayakan program ini. Mereka adalah antara wakil-wakil dari 4 Paroki iaitu dari St. Dominic, Lahad Datu – 4 orang, St. Martin, Telupid - 33 orang, Holy Trinity, Tawau-14 orang dan tuan rumah sendiri seramai 24 orang. Penyertaan agak kurang menggalakkan jika dibandingkan dengan Retret dan Perhimpunan Agung kali-2 pada tahun 2011 di Paroki St. Martin, Telupid. Pada tahun tersebut terdapat 132 penyertaan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh musim cuti sekolah. Ramai di kalangan ahli mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga masing-masing.

Misa Pembukaan telah dirayakan oleh Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom. Seterusnya sesi suaikenal dijalankan pada malam 06 Jun 2013.

Sesi pertama pada 07 Jun 2013 dimulai dengan ceramah oleh Yang Mulia Bapa Uskup. Para penceramah yang telah menjayakan program ini ialah Rev. Fr. Thomas Makajil, Rev. Fr. Anthony Mikat dan Sr. Appollonia Gumpu, FSIC. Antara input yang diberikan oleh para penceramah ialah:-

  • Menyentuh tentang perjalanan iman dalam kehidupan seorang Kristian dan sebagai ahli Kerasulan Wanita Katolik. 
  • Menyarankan ahli KWK untuk mendalami iman dengan banyak membaca kitab suci, mempelajari dan mengikuti teladan perjalanan hidup Kristus dalam kehidupan sehari-hari dan mengongsikan kepada keluarga dan komuniti.
  • Mengamalkan sikap penyabar dalam pelayanan serta selalu berdoa di masa senang dan susah.
  • Memberi kesedaran kepada semua peserta tentang peranan sebagai KWK sejajar dengan garis panduan KWK.
Penyertaan dan komitmen para peserta kepada semua aktiviti yang dijalankan amat memuaskan terutama sekali sesi perkongsian tentang perjalanan iman. Ramai peserta menyuarakan rasa syukur mereka kerana dapat menyertai retret ini terutamanya daripada ahli KWK yang baru pertama kali menyertai retret tersebut, walaupun banyak cabaran pada sebelum dan semasa retret ini dijalankan. Mereka dapat merasakan bahawa kehadiran Tuhan ada tanpa dijangka dalam perjalanan hidup mereka. Tuhan hadir apabila mereka memerlukanNya.





Majlis penutup dijalankan pada malam 08 Jun 2013 selepas Misa Kudus 'Sunset.' Selepas ucapan, acara pemotongan kek, penyampaian cenderahati, JasaMu Dikenang dan penyampaian patung Bonda Maria kepada Paroki Holy Trinity, Tawau yang akan menjadi tuan rumah pada tahun 2014. Majlis diteruskan dengan persembahan pentas dari 4 paroki.





 

Majlis penutup diserikan dengan persembahan oleh Juara Kilauan Emas Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Paroki St. Martin, Telupid 2013 iaitu Saudara Joseph Maradan.


Selepas doa penutup acara tari-menari diteruskan sehingga jam 10.30 malam. 


Hari terakhir, 09 Jun 2013 dimulai dengan Doa Pagi oleh Sister Appollonia dan bersarapan bersama-sama sebelum bersurai.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent