Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 21, 2013

Seminar Katekatikal bagi Pembimbing - Pembimbing Sekolah Minggu, Paitan

Sr. Veronica Kandaung, fsic bersama pembimbing - pembimbing sekolah minggu Paitan

SANDAKAN - Pelayanan Katekatikal Diosis Sandakan telah mengadakan seminar bersama lebih kurang 20 pembimbing - pembimbing Sekolah Minggu bertempat di St. Francis dari Asisi, Sukang Paitan pada 11 sehingga 14 Jun 2013 yang lalu.
 
Pembimbing-pembimbing sekolah minggu yang menyertai seminar ini kebanyakkannya terdiri dari para belia yang datang dari Kampung Pulau, Kampung Rakanan, Kampung Tigawi, Kampung Pinangkau, Estate IJM Sugud dan dari Kampung Sukang itu sendiri.
 
Dalam empat hari seminar tersebut Sr. Veronica Kandaung, fsic, yang juga Koordinator Komisi Katekatikal Diosis Sandakan telah mengongsikan ilmu dan maklumat yang berguna bagi para pembimbing dalam pelayanan mereka sebagai pembimbing sekolah  minggu. Antaranya adalah mendalami iman dan berdoa secara Katolik, berdoa dengan menggunakan 3 langkah dengan Alkitab, informasi - informasi berkenaan Misi Paitan, menjelaskan cabaran-cabaran orang Katolik di Malaysia dan pendedahan sebagai pembimbing sekolah minggu.
 
Salah seorang peserta menyampaikan hasil dari perbincangan kumpulan
 
Saudara Peter Saimin, katekis St Francis dari Asisi, Sukang, menerangkan serba sedikit sejarah kewujudan Kristian Katolik di Paitan.
 
Pengerusi KUK Estate IJM, Saudara Willie, turut menyertai seminar ini dan beliau berharap agar Sr. Veronica Kandaung dapat membuat lawatan di Estate IJM, Sugud, Paitan
 
Selain itu Anna Teresa, dari Pejabat Belia Diosis telah turut serta dalam membantu seminar ini dengan mengongsikan kepentingan untuk meletakkan Tuhan sebagai yang terutama dalam pelayanan. Ini adalah kerana Dia adalah penyuntik utama semangat dalam pelayanan. Saudari Anna juga mengongsikan maklumat dan statistik umat Katolik  di Diosis Sandakan secara keseluruhan dan Paroki Sandakan secara khususnya. Melihat kepada statistik yang disampaikan ternyata seperti yang tertulis dalam Matius 9: 37 "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit". Maka dengan itu para pembimbing perlu melihat pelayanan mereka sebagai satu panggilan dalam membantu gereja terutamanya umat Paitan dalam mengenali Yesus lebih mendalam agar iman mereka diperkuatkan.
 
Seminar ini diharapkan dapat memberikan pendedahan yang sebaik - baik yang mungkin kepada peserta - peserta yang hadir. Sr. Veronica juga berharap agar para pembimbing akan mengongsikan dan mempraktikkan apa yang mereka perolehi ini dalam pelayanan mereka. Beliau juga berharap agar mereka melayani bukan atas dasar mereka dipilih untuk menjadi pembimbing semata-mata akan tetapi melayani lebih sungguh dan ke dalaman hati untuk menyebarkan kasih Tuhan Yesus kepada semua.
 
"Sekiranya kamu merasa terpaksa melakukan pelayanan ini, kamu akan merasa penat, bosan dan terbeban. Melayanilah dengan penuh cinta kasih dan sukacita...."
~Sr. Veronica Kandaung~
 
Seminar diakhiri dengan perkongsian harapan dan berkat yang diterima oleh para peserta serta doa penutup dan kemudiannya bersama-sama menjamu selera makan tengah hari sebelum Sr. Veronica dan rombongan kembali ke Sandakan.
 
 ~ds/aa~ 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent