Pada 14 April 2012, sekali lagi para belia dari Paroki St. Martin, Telupid bersama-sama saudari Anna Teresa dan Sharon Tan wakil dari Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) dan dua belia dari Katedral St Mary, Sandakan iaitu Michelle Cornelius dan Varellene Julian telah mengadakan satu perjumpaan kembali atau ‘Hang Out’ bersama yang pertama bagi tahun 2012 yang bertemakan “What’s up? How are you doing?”
Lawatan persahabatan ini merupakan kesinambungan dari lawatan-lawatan yang telah diadakan tahun yang lalu dan juga merupakan program susulan dari Youth Leader's Camp (YLC) yang telah diadakan pada Februari 2012 yang lalu.
Aktiviti ini bermula pada pukul 2 petang iaitu ‘Welcoming’ dengan lagu-lagu pujian, penyembahan dan juga ‘action song’ yang dipimpin oleh ahli Kerasulan Belia Paroki (KBP) iaitu saudari Nellysia Nandau dan saudara Gibson Yahan dengan diiringi pemain gitar iaitu saudara Carlson Robert Fong.
Puji-pujian |
Doa pembukaan |
Pada jam 2.30 petang, belia mengadakan program ‘FUN’ iaitu aktiviti-aktiviti yang mampu mengeratkan lagi hubungan sesama belia di mana ianya membantu belia untuk membina kepercayaan kepada diri - sendiri, mempercayai orang lain, bekerjasama dan yang paling penting adalah mengaitkan bagaimana aktiviti pada hari itu mampu meneguhkan lagi semangat pelayanan dalam diri masing-masing.
Aktiviti pertama di mana para belia di bahagikan kepada 3 kumpulan dan akan menghadapi cabaran di setiap stesen iaitu sebanyak 5 stesen dengan cabraan-cabaran yang berlainan.
Aktiviti pertama di mana para belia di bahagikan kepada 3 kumpulan dan akan menghadapi cabaran di setiap stesen iaitu sebanyak 5 stesen dengan cabraan-cabaran yang berlainan.
Pastikan belon disambut dengan baik dan tidak pecah |
Astagaaaa.... wajahku! |
Jalan atas bata... |
Aktiviti seterusnya, bersama dengan belia dari tim KBK Sandakan dengan ‘games’ yang sangat menarik pada petang itu.
Permainan 'Kuih Lapis' |
Aduh aduh aduh... |
Permainan 'Ular Tukar Kulit' |
Pada jam 3.30 petang para belia dijamukan dengan fellowship yang ringkas sambil merehatkan diri selepas permainan yang menyeronokkan tadi.
Hildy Albert, Kordinator KBP St Martin Telupid dan Anna Teresa |
Tepat pada jam 4 petang, program diteruskan dengan ‘Sharing and Learning’. Para belia telah disajikan ‘slide-show’ ringkas untuk mengimbas kembali perjalanan dan aktiviti yang telah diadakan semasa Youth Leader's Camp (YLC) yang telah diadakan pada Febuari yang lalu.
Belia-belia Paroki St Martin, Telupid |
Mengimbas kembali |
Tayangan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada para belia yang tidak berpeluang mengikuti Kem tersebut untuk setidak-tidaknya dapat merasai sendiri suasana pada waktu itu. Setelah itu, sesi perkongsian telah diadakan di mana belia-belia di minta untuk mengekspresikan perasaan mereka pada waktu itu dan apa yang telah dipelajari melalui pengalaman pada hari itu.
Secara kesimpulannya, ramai belia pada hari itu berasa sangat gembira dengan pengalaman baru yang mereka peroleh pada hari itu di mana ianya banyak mengajar para belia untuk lebih yakin pada diri untuk keluar daripada ‘zon selamat/ zon selesa’ dan berani untuk tampil sama seperti di dalam pelayanan.
Pada jam 5 petang, acara kemuncak iaitu ‘Spiritual Time’ yang dipimpin oleh saudari Sharon Tan. Dalam sesi ini para belia diajak untuk mengungkapkan rasa terima kasih dan rasa bersyukur mereka melalui ekpresi tubuh badan mereka .
Sharon Tan berbaju ungu, menerangkan kepada para belia perjalanan sesi |
Seterusnya, aktiviti pada disebelah malam diteruskan dengan Easter Thanksgiving Party bersama ahli koir belia gereja St. Martin bersama - sama dengan tim KBK. Semua belia bekerjasama untuk masak bersama sempena kesyukuran ini.
Fr. Jasery G. Emmanuel yang menjadi tetamu khas pada majlis ini mengucapkan rasa syukur beliau diatas perjalanan Misa Kudus yang bermula dari Hari Minggu Palma, sepanjang minggu suci dan Perayaan Minggu Paska yang berjalan dengan baik. Beliau juga memperkongsikan rasa syukurnya kerana mempunyai belia- belia yang komited dalam pelayanan terutama sekali dalam koir yang mana telah memberi kesan yang baik terhadap umatnya.
Fr. Jasery G. Emmanuel yang menjadi tetamu khas pada majlis ini mengucapkan rasa syukur beliau diatas perjalanan Misa Kudus yang bermula dari Hari Minggu Palma, sepanjang minggu suci dan Perayaan Minggu Paska yang berjalan dengan baik. Beliau juga memperkongsikan rasa syukurnya kerana mempunyai belia- belia yang komited dalam pelayanan terutama sekali dalam koir yang mana telah memberi kesan yang baik terhadap umatnya.
Kerasulan Belia Paroki
St Martin, Telupid
No comments:
Post a Comment