Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translate

Wednesday, April 4, 2012

SEMINAR PARA REMAJA


Gambar Kenang - kenangan
Seminar untuk remaja di Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah diadakan pada 10hb & 11hb Mac 2012. Seminar yang bertemakan “Berakar dan Dibangun dalam Yesus Kristus Teguh dalam iman” (Kol 2:7) sempena tema SYD ke-3 2012 ini telah dihadiri oleh 188 orang remaja dari Paroki dan stasi-luar Gereja St. Dominic. Ikut serta adalah 11 orang ahli dari Tim Kerasulan Belia Paroki (TKBP) dan 12 orang ahli dari Komuniti Keluarga Kristian (KKK). Seminar ini dikendalikan sepenuhnya oleh Saudara Derek Chong penceramah utama dari Kota Kinabalu. Beliau dibantu oleh 4 rakannya iaitu Brenda Phang, Emmanuel Chan, Jessie Aileen dan Yvonne Lim.

Seminar ini bertujuan untuk menjelaskan kepada  para remaja mengenai siapakah mereka dan mengenali diri mereka yang sebenarnya melalui topik-topik yang diberi, iaitu Panggilan Komunikasi kita dalam keluarga, Panggilan kita sebagai anak-anak dalam keluarga, Seksualiti & Tubuh kita dan perhubungan lelaki dan perempuan.

Seminar ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rohani yang telah dikendalikan oleh TKBP dan seterusnya doa pembukaan dan disusuli dengan pengenalan oleh penganjur dan penceramah utama, saudara Derek serta rakan rombongan beliau.
Action Song "Yepo Yepo"
Action Song
Games

Sepanjang seminar ini, para peserta berasa amat seronok dan dapat memahami setiap sesi yang disampaikan. Sesi ini menyelitkan kesaksian empat orang rakan penceramah bersesuaian dengan topik ceramah yang diberikan. Soal jawab juga telah diadakan melalui penulisan yang diedarkan agar para peserta dapat menyoal dengan lebih terbuka tentang perkara-perkara yang mereka tidak pasti yang berkaitan dengan topik-topik yang telah diberikan. Ada juga beberapa remaja yang memberanikan diri tampil di hadapan bertanyakan soalan. Terdapat juga peserta termasuk wakil dari ibubapa dijemput untuk mengongsikan pendapat mereka mengenai komunikasi dalam keluarga. 

Rev Fr Simon Kontou turut memberi sokongan

Derek Chong

Brenda Phang

Emmanuel Chan

Jessie Aileen

Yvonne Lim
Pada keseluruhannya, semua aktiviti dalam seminar ini berjalan dengan lancar dan difahami kerana amat berkaitan dengan kehidupan sebenar sebagai seorang remaja.

Laporan disediakan oleh:
MARIA LORNA S. LASAY
Pengerusi KKK
Gambar oleh Shirley Yong

No comments:

Post a Comment

Solemn Charge ~ Year of Faith - Read the Catechism Of the Catholic Church in a Year

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.

Mengikuti Jejak Kristus

Mengetahui dan Mengasihi iman Katolik

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent