Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, April 18, 2012

HARI PASKA DISAMBUT MERIAH BERSAMA PELAJAR -PELAJAR ASRAMA LELAKI ST MARY, SANDAKAN

Pelajar-pelajar Asrama Lelaki St Mary

Sandakan - Pada 8 April 2012 yang lalu para belia Kerasulan Belia Paroki St Mary, Sandakan telah merayakan Hari Paska bersama pelajar-pelajar asrama lelaki St. Mary dan para belia dari St Mark-Kapela St Peter.

Program dimulakan dengan lagu-lagu aksi dan doa pembukaan. Sejurus selepas itu para belia diajak untuk lebih akrab dalam pertemuan masa itu dengan lagu aksi "Dancing Blue Bird". Mereka akan mencari kawan baru dan berkenalan antara sesama. 

"....who will be my new friend..."

Yepo - Yepo
Kemudian program diteruskan dengan 'games' yang dikendalikan oleh saudara Claire Andrew. Permainan yang disediakan lebih membawa setiap belia untuk menghargai apa yang mereka miliki iaitu keluarga, persahabatan dan kehidupan yang mungkin tidak dipunyai oleh belia-belia yang tidak senasib baik seperti mereka. Selain itu mereka juga diajak untuk menjadi seorang belia yang bertanggungjawab sebagai seorang individu, anak, ahli kumpulan dan gereja.

Pasti boleh!

Permainan "Ular Tukar Kulit"
Selepas 'games' belia berehat sambil menjamu minum petang dalam fellowship yang ringkas. Dalam fellowship ini, masing-masing mengongsikan pengalaman mereka dalam 'games' antara satu dengan yang lain. Selain itu, para belia juga mengambil kesempatan untuk merayakan hari jadi kepada belia -belia yang dilahirkan pada bulan April.


Fellowship yang ringkas namun menyelerakan...
Selamat hari jadi!
Perayaan Hari Paska ini diteruskan dengan sedikit input yang dikongsikan oleh Saudari Anna mengenai "The Power of Resurrection."
Yesus berkata:
"Akulah kebangkitan dan hidup; barang siapa percaya kepadaKu, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepadaKu tidak akan mati selama - lamanya. Percayakah engkau hal ini?"
Yoh 11 : 25 -26
Sememangnya sukar untuk mempercayai sesuatu yang tidak dilihat dengan mata sendiri. Namun Yesus mengatakan 'Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya.' Apa yang pasti adalah sekiranya Yesus tidak bangkit dari kematian dan menunjukkan dirinya kepada para rasulnya, kita tidak akan mengetahui Yesus Kristus pada hari ini. Ini yang dikatakan oleh Yohanes sebagai 'Firman yang Hidup' dalam 1 Yohanes : 1 - 4.

"The reality of resurrection is the central fact of the Christian faith. Through the gift of the Holy Spirit, the Lord gives us "eyes of faith" to know him and the power of resurrection." Dipetik dari Don Schwager, Daily Meditation, 8 April 2012
Diakhir sesi input para belia diajak untuk membuat perkongsian peribadi berdasarkan soalan 'What makes you ALIVE today?' Perkongsian mereka kemudiannya diakhiri dengan kesyukuran. Sesi ini dikendalikan oleh saudari Sharon Tan yang baru sahaja kembali dari pembentukan rohani selama 10 bulan di  Institute of Formation Fondacio, Asia (IFFAsia), Philippines.



Dalam sesi ini setiap belia akan mengekpreskan rasa syukur mereka melalui 'tarian' tubuh badan mereka.

Sebelum pulang, para belia memberi salam damai antara satu dengan lain dengan harapan akan bertemu lagi dilain masa.

ds/aa
Gambar - gambar diambil oleh Claire Andrew

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent