Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 5, 2012

Program YouthPREPlink Kembali ke OLOF

YouthPREPLink - Batch 2
Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran - Program YouthPREPLink (YPL) kembali lagi diOLOF selepas pertama kalinya dianjurkan pada Oktober tahun lalu. Program YPL ini merupakan module khusus buat para belia sebagai satu persediaan bagi mereka sebelum melanjutkan pelajaran atau bekerja dibandar - bandar besar dan ianya terbahagi kepada dua bahagian, YPL level 1 dan YPL level 2. Program ini adalah inisiatif dari Pusat Kebajikan Good Shepherd (PKGS) yang ketuai oleh Sr. Jossie Sili, dibantu oleh Wilfred Federick selaku Kordinator Program bagi YPL di Sandakan dan para belia OLOF batch 1 program YPL dibawah pimpinan Sheila John, Ketua Belia OLOF.

Program ini berlangsung dari 12 sehingga 17 Mac 2012 sempena cuti sekolah dan telah menerima 27 wajah-wajah baru belia dalam program ini. Seperti biasa pengenalan disampaikan kepada para peserta agar dapat memahami perjalanan sepanjang program selama 6 hari ini.

Sesi - sesi yang disampaikan sepanjang 6 hari ini sangat berguna kepada para belia. Sekurang -kurangnya ia memberi pendedahan kepada mereka mengenai realiti masa kini yang sedang berlaku di Sabah, Malaysia dan diseluruh dunia.

Sesi pertama adalah MIGRASI BELIA yang telah disampaikan oleh Kakak Anna Peter Amandus. Beliau telah mengongsikan sendiri pengalamannya sebagai seorang pelajar kampus yang berada di bandar besar dan jauh dari keluarga. Selain itu kakak Anna juga telah mengongsikan kebaikan dan keburukan hidup dibandar, kejutan budaya dan mengaitkan sesi ini dengan cerita migrasi dalam alkitab. Diakhir sesi, kakak Anna menyentuh berkenaan membuat pilihan yang baik dalam hidup. Membuat pilihan dalam usia yang muda amat mencabar apatah lagi dengan kehidupan dunia yang pantas dengan pembangunan ekonomi, fesyen, cara hidup dan sebagainya. Maka itulah kepentingannya keluarga, komuniti pelajar Kristian dan gereja yang mana boleh membantu dalam membuat pilihan yang baik. 

“ We must realize that without a ‘NO’ towards certain things, the great ‘YES’ to true life cannot develop” Mesej Pope Benedict XVI kepada 70,000 belia dari Diosis Roma dan Lazio di Vatican.

Sesi kedua adalah GLOBALIZATION and MEDIA LITERACY yang disampaikan oleh Bro. Bell Lawadin. Sesi ini disampaikan untuk menyedarkan belia supaya tidak terpengaruh dan mengalakkan para belia dalam mengawal kadar penggunaan internet. Selain itu mereka juga telah didedahkan dengan beberapa maklumat tentang globalisasi masa kini.

Sesi yang ketiga pula telah disampaikan oleh Uncle Francis Tan iaitu PREMARITAL SEX: A GENERATION RISK. Sesi ini memberi kesedaran kepada para remaja bahawa seks hanya bagi mereka yang sudah berkahwin sahaja. Selain itu beliau juga mengongsikan kesan -kesan negatif apabila seks disalahgunakan.

Uncle Francis membawa para peserta dalam doa
Sesi seterusnya adalah HEALTHY BOY and GIRL RELATIONSHIP yang disampaikan oleh Sixtus Amit. Saudara Sixtus mengongsikan bahawa dalam setiap perhubungan lelaki dan perempuan itu haruslah ada Tuhan di tengah - tengah mereka. Agar percintaan itu bukan setakat cinta yang kearah cinta nafsu akan tetapi cinta yang berlandaskan kasih Allah. Saudara Sixtus juga telah menyampaikan kepelbagaian dalam sesi ini seperti games dan aktiviti -aktiviti lain.

Sesi kelima adalah PSYCHO SPIRITUAL ASPECT yang telah disampaikan oleh Seminarian Stanley William. Dalam sesi ini seminarian Stanley mengongsikan bagaimana ramai belia yang berhijrah ke bandar-bandar besar mudah terpengaruh kerana iman yang tidak teguh. Oleh itu para peserta dingatkan bahawa doa dan membaca firman Allah adalah yang terbaik untuk menguatkan iman mereka.

Sesi keenam yang disampaikan oleh Saudari Marcella Saduis iaitu CONSUMERISM and ENVIRONMENT menjelaskan kepada para peserta mengenai kepentingan menyimpan duit, membuat bajet dan menghargai apa yang mereka miliki. Para peserta diajak untuk membuat bajet mereka sendiri dimana ianya sangat berguna apabila mereka berhijrah ke tempat lain untuk sambung belajar. Selain itu saudari Marcella juga menyarankan para peserta dalam membantu memberi kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar. Para peserta dikongsikan dengan informasi dalam cara - cara membendung pencemaran alam sekitar yang mana bermula dari diri sendiri dengan mengamalkan amalan-amalan yang baik dan sihat.
Mari bernyanyi bersama

Doa dan penyembahan
Selain dari sesi-sesi yang disampaikan, faith reflection juga diselitkan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk merenungkan setiap sesi yang mereka dengar dan apakah impak sesi tersebut dalam kehidupan mereka. Para peserta juga diajak untuk berkongsi mengenai pengalaman mereka kepada sesama belia. Peluang seperti ini telah membentuk para peserta untuk lebih yakin akan diri sendiri terutama sekali bercakap di hadapan belia-belia yang lain.


Games
Aha... games lagi
Pembelajaran Bahasa Inggeris juga telah diketengahkan dalam program ini. Penyampai bagi setiap pembelajaran dilakukan sendiri oleh para peserta dan dibantu oleh para peserta YPL dari batch 1. Sesi ini disampaikan dengan penuh santai dan banyak aktiviti yang membolehkan para peserta untuk belajar Bahasa Inggeris lebih seronok dan mudah difahami. Sesi ini diadakan kerana ia juga merupakan salah satu aspek yang perlu dilihat secara serius. Ini adalah kerana berdasarkan analisa yang dilakukan oleh Kebajikan Good Sheppard Sisters di Kuala Lumpur, ramai belia terutama sekali dari Sabah dan Sarawak mempunyai masalah bergaul dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana mereka malu dan tidak yakin. Maka mereka cenderung untuk bergaul hanya dengan mereka yang bercakap dalam Bahasa Malaysia. Oleh kerana kekerapan untuk bergaul dengan para - pelajar dari semenanjung amat tinggi, maka peluang untuk bertukar agama juga amat tinggi. Oleh itu ibu - bapa disarankan untuk mengambil perhatian yang serius terhadap kepentingan Bahasa Inggeris terhadap anak-anak mereka.






Dihari yang terakhir, para peserta telah dikongsikan mengenai SUPPORT SYSTEM oleh Sr Jossie Sili. Dalam sesi ini Sr Jossie menjelaskan kepada para peserta bahawa mereka boleh menghubungi Pusat Belia Youth Prep untuk mendapatkan nasihat dalam isu - isu seperti pendidikan, perhubungan, keluarga, kewangan dan pekerjaan. Selain itu para peserta juga telah diberikan kad keahlian YPL sebagai tanda mereka telah mengikuti program YPL ini.

Sr Jossie Sili bersama tim
Penyampaian sijil oleh Bishop Julius Dusin Gitom
Acara kemuncak program ini adalah "GRADUATIAN DAY". Sijil - sijil penyertaan telah disampaikan oleh Bishop Julius Dusin Gitom selepas Misa Kudus. Diharapkan para peserta disuntik dengan semangat untuk terus berAkar, Dibangun dan Di teguhkan dalam Yesus Kristus untuk menghadapi cabaran dunia masa kini.

Disediakan oleh Gretchene Quirina Salipa Siringan / aa

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent