Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 16, 2012

Hari Belia Sedunia Lahad Datu

Soccom Lahad Datu
Lahad Datu - 1 April 2012.  Belia Paroki St. Dominic merayakan Hari Belia Sedunia kali  ke-27, bertemakan "Bersukacitalah senantiasa dalam Tuhan! Sekali lagi kukatakan: Bersukacitalah!" (Filipi 4: 4) bersempena dengan Hari Minggu Palma.
 Rektor Paroki Rev. Fr. Simon Kontou bersama Belia St. Dominic  Lahad Datu
Para belia Lahad Datu telah memilih pakaian berwarna merah pada hari itu. Mereka melayani koir dalam misa Kudus Bahasa Malaysia. Tim Kerasulan Belia Paroki seramai 15 orang telah melafazkan pembaharuan janji pelayanan di hadapan altar yang disaksikan oleh umat.

Tim Kerasulan Belia Paroki Melafazkan Ikrar Di Hadapan Altar

Ringkasnya mesej tema Hari Belia Sedunia adalah tentang "sukacita". Bapa Suci Benedict ke 16 mengajak para belia supaya membawa Khabar Gembira sukacita itu kepada sesama. Cabarannya ialah bagaimana membuatkan hati belia itu sendiri agar memiliki sukacita tersebut terutamanya mereka yang tinggal dipersekitaran yang sukar. Terlalu banyak kesulitan yang dihadapi oleh belia pada masa kini yang menyentuh tentang masa depan, kebenaran dan persahabatan.

Sukacita yang sejati datangnya dari Allah itu sendiri. Tuhan ingin membahagikan sukacita Nya yang kekal itu kepada belia. Cinta Allah yang tidak terbatas terlihat dalam Yesus Kristus. Dia yang kekal telah mengalahkan maut melalui kebangkitanNya. Dia berjanji akan menyertai kita sepanjang segala zaman.


Sukacita rohani adalah hasil dari persahabatan kita dengan Yesus. Tuhan bekerja di dalam hati manusia yang beriman. Dia memberikan nyawaNya kerana dia mengasihi. Renungan tentang peristiwa ini akan melahirkan sukacita.

Sukacita adalah hadiah dari Roh Kudus. Sukacita adalah cinta yang penuh komitmen kepada Tuhan, panggilan pernikahan dan panggilan menjadi paderi atau religius. Sukacita sentiasa diperbaharui melalui kehadiran umat merayakan Ekaristi yang berintikan misteri keselamatan, kematian dan kebangkitan Kristus.


Seseorang Kristian yang sudah menemukan cahaya Kristus telah diberi kekuatan. Mereka  tidak mudah putus asa dan sedih semasa menghadapi kesulitan. 

Bapa Suci menghendaki belia menjadi missionari sukacita itu sendiri. Pergi dan beritahu semua belia tentang harta yang berharga kepunyaan Yesus itu. Kita tidak dapat menyimpan sukacita iman kita harus memberikannya" Demikianlah rangkap akhir yang dipesankan oleh Bapa Suci bagi perayaan hari belia sedunia tahun ini.
Setelah selesai misa, para belia kemudiannya berkumpul bersama di dewan paroki bagi menjalankan aktiviti-activiti belia yang disediakan. Di antaranya ialah tarian "action song", makan bersama dan sesi menjawap persoalan-persoalan yang belum terjawap pada seminar belia yang telah diadakan pada 10 March lalu. Sesi ini dibantu oleh beberapa ahli daripada Komiti Keluarga Kristian .

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent