Hari pertama kem dimulakan dengan Jalan Salib di gereja St Mark dan pastinya hari pertama adalah hari yang penting buat para belia yang hadir kerana ia merupakan langkah permulaan untuk membina perhubungan antara sesama. Persahabatan terjalin melalui aktiviti-aktiviti yang tersedia dalam sesi 'Ice Breaking'. Sejurus selepas itu, sesi taklimat mengenai kem tersebut disampaikan kepada para peserta oleh saudara Herman Silvanus, Kordinator belia St Mark - Peter.
|
Bernyanyi dan berkenalan |
Hari kedua adalah hari 'pengisian' buat para peserta. Sesuai dengan tema SYD3
"Berakar dan diBangun dalam Yesus Kristus, Teguh dalam iman" Kol 2:7, para peserta dibawa untuk lebih mengerti maksud tema ini melalui perkongsian dari saudari Anna Teresa dan Puan Airene Gumanas, Kordinator Belia Paroki St Mary Katedral, Sandakan.
Perkongsian dimulakan dengan
"Apa ko cari jo?" yang telah disampaikan oleh saudari Anna Teresa. Dalam pengongsiannya, para belia diajak untuk
'menoleh ke belakang' apa yang mereka ingin cari sebenarnya dalam kem belia yang dianjurkan. Melalui renungan tersebut para belia dibawa untuk melihat kembali perjalanan mereka dari saat mereka mendengar mengenai kem ini buat pertama kalinya sehinggalah mereka menjadi peserta kem tersebut. Renungan dibuat melalui sesi
"Peta Kehidupan" dan melalui sesi ini para peserta dapat melihat bagaimana Tuhan Yesus 'menjemput' mereka untuk menyertai kem ini. Sama seperti Yesus memanggil rasulNya yang pertama dalam
Yohanes 1:35-39.
|
Peta Kehidupan |
Perkongsian seterusnya telah disampaikan oleh Puan Airene Gumanas iaitu "AKAR". Dalam sesi ini Puan Airene mengongsikan betapa akar adalah bahagian yang penting bagi sesuatu tumbuhan. Ini adalah kerana akar memainkan peranan penting dalam memberikan nutrisi kepada tumbuh - tumbuhan. Para peserta diajak untuk berAKAR dalam Yesus melalui firman Allah yang sentiasa memberi tunjuk jalan yang benar dan Doa untuk terus memupuk hubungan dengan Tuhan Yesus.
|
Perkongsian dalam sesi 'AKAR' |
Seterusnya perkongsian mengenai "BANGUN" sekali lagi disampaikan oleh saudari Anna Teresa. Dalam sesi ini, para peserta telah dibawa untuk membuat satu aktiviti membina bangunan yang tinggi menggunakan surat khabar dan bangunan tersebut akan dicobai dengan tiupan angin oleh salah seorang dari tim penganjur untuk melihat sejauh mana keteguhan bangunan yang dibina.
Selepas aktiviti tersebut, para belia sekali lagi diajak untuk merenung mengenai aktiviti itu dan bagaimana ianya boleh dikaitkan dalam kehidupan sehari-harian dan iman mereka. Agar belia dibangunkan dalam Yesus Kristus, mereka perlukan firman Allah
Lukas 6: 46-49. Selain itu mereka juga memerlukan sokongan dari keluarga yang menjadi dasar pertumbuhan iman mereka dan gereja.
|
Membina bangunan menggunakan surat khabar |
Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan
games juga telah diselit dalam program mereka pada hari itu.
|
Membuat segi tiga dengan menutup mata |
|
Permainan 'X' |
|
Kepercayaan, kesungguhan dan ketahanan |
|
Act it Out! |
Disebelah malam para peserta mengadakan unggun api di perkarangan gereja St Mark. Sesi disebelah malam ini dimulakan dengan puji-pujian dan doa serta dikuti dengan renungan peribadi. Sejurus selepas itu, program diteruskan dengan malam persembahan. Sesi ini adalah sesi dimana belia-belia yang dibahagikan kumpulan membuat persembahan mengikut kreativiti mereka masing-masing.
|
Unggun Api |
|
Persembahan drama dari para peserta |
Pagi di hari terakhir dimulakan dengan doa pagi dan pujian pagi. Selepas itu mereka menghadiri misa kudus - Minggu Daun Palma dan pada yang sama merayakan Hari Belia Sedunia. Sejurus selepas misa kudus, program diteruskan dengan 'Praise and Worship' pimpinan saudari Pazzi Lyn dan saudara Corey Felino.
Kem Belia ini kemudiannya diteruskan dengan perkongsian mengenai pengalaman baik dan tidak baik mereka mengikuti kem ini serta mengongsikan perasaan mereka mengenai sesi-sesi yang disampaikan melalui lukisan.
Diakhir kem ini, para belia bersama - sama menyiapkan satu video klip mengenai perjalanan kem mereka, mengambil gambar kenang-kenangan serta bergotong - royong membersihkan kawasan kem.
Lama tak balik st mark, rindu pula masa join belia Mark Peter.. Hope Belia of St Mark will keep growing in spirit.
ReplyDelete