Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 18, 2011

Rekoleksi Sehari TKBP Gereja Katolik St Dominic Lahad Datu

Lahad Datu : Bertemakan "REKOLEKSI SEHARI TKBP", seramai dua belas ahli Tim Kerasulan Belia Paroki telah mengambil bahagian dalam rekoleksi yang pertama bagi tahun 2011 pada 15 Februari lalu bertempat di Gereja St Dominic Lahad Datu.
 
Rekoleksi ini bermula dengan sesi pertama yang dikendalikan oleh saudara Teodulfo Rosalia Jr iaitu bertajuk "Pelayanan Dan Para Rasul". Semua ahli tim diberi ayat-ayat dari Alkitab yang merupakan contoh terbaik pelayanan yang harus diikuti dalam pelayanan masa kini. Sesi ini sedikit sebanyak telah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai konsep pelayanan yang berhubung kait dengan pelayanan para rasul.
 
Manakala sesi kedua dikendalikan oleh Sr Rusiah FSIC dengan tajuk "The Gift". Setiap ahli tim diminta untuk membuat renungan tentang penciptaan alam semesta bersesuaian dengan pembacaan dalam kitab Kejadian.
    
"Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diriNya sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan." Kej 1 : 27. Diri kita dan alam semesta merupakan hadiah teristimewa dari Allah Bapa. Dengan itu setiap ahli tim dinasihati untuk menghargai "hadiah" istimewa ini.
 
Sesi ini amat menyentuh hati dan perasaan setiap ahli tim yang hadir. Setelah selesai membuat renungan, setiap ahli tim diberi peluang untuk membuat perkongsian tentang renungan masing-masing.
 
Walaupun rekoleksi ini berlangsung selama sehari namum kesan dan impak yang telah diterima oleh setiap ahli tim sangat memberangsangkan.

Soccom TKBP
St Dominic Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent