Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 23, 2011

Program Latihan Fasilitator di St Dominic Lahad Datu

 


Lahad Datu : Komiti Task Force Paroki St. Dominic yang telah mengadakan Program Latihan Fasilitator pada 13hb Mac 2011 dan 20hb Mac 2011 bertempat di Dewan Gereja St. Dominic dihadiri lebih kurang 50 orang wakil dari setiap Komuniti Kristian Dasar (KKD/ BEC).

Pada pertemuan yang pertama iaitu pada 13hb Mac yang lalu telah mendedahkan sedikit sebanyak kepada setiap perwakilan KKD tentang  “Apa itu Fasilitator” yang disampaikan oleh Sdra. Teodulfo Rosalia. Ini adalah untuk membantu serba sedikit para perwakilan dari setiap KKD untuk menjadi seorang Fasilitator yang baik dalam mencari Visi dan Misi Diosis Sandakan pada masa akan datang.




Seterusnya pertemuan yang kedua yang diadakan pada 20hb Mac yang dimulakan dengan input dari Rev. Fr. Simon Kontou tentang “Sejarah Gereja”. Dan seterusnya semua perwakilan dibawa untuk menyaksikan tayangan video singkat tentang apakah Visi dan Misi Yesus sepanjang Yesus berada di dunia.

 
 
 
Sesi Perkongsian/Perbincangan Kumpulan


Laporan setiap kumpulan

Seterusnya perwakilan dibawa untuk berbincang secara berkumpulan mengikut KKD masing-masing  tentang “Apa itu Gereja” dan disusuli dengan tajuk yang kedua “Apakah Gereja Impian Anda”. Setiap perwakilan diberikan masa untuk memberi perkongsian.

Perjumpaan akhirnya tamat lebih kurang pukul 4.00 petang.

soccom sdc

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent