Belia KKD Merak |
Sandakan : Seramai 20 orang belia Komuniti Kristian Dasar (KKD) Merak menyahut cabaran Earth Hour 2011selama 80 minit di kediaman saudara Arbah Louban, bertempat di Taman Rajawali, Batu 7, Sandakan pada 26 Mac 2011. Earth Hour merupakan aktiviti peringkat antarabangsa yang dijalankan serentak di seluruh dunia tepat pada pukul 8.30 sehingga 9.30 malam. Belia KKD Merak juga tidak ketinggalan untuk turut serta dan mereka telah menyahut cabaran dengan menambah masa selama 20 minit dari 60 minit yang telah ditetapkan oleh World Wildlife Federation (WWF).
pengikatan tali hijau di pergelangan tangan tanda cinta akan alam sekitar |
Para belia menyambut Earth Hour ini dengan penuh kesederhanaan dan cara tersendiri. Bermula dari mengikat tali di bahagian pergelangan tangan yang berwarna hijau bererti kesatuan belia KKD Merak menyokong penuh dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap pemanasan global. Tali yang berwarna hijau juga mempunyai maksud yang tersendiri iaitu melambangkan semangat cinta akan alam sekitar. Bukan itu sahaja, para belia membakar lilin bersama-sama sebagai tanda kehadiran Kristus di dalam diri mereka dan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan. Doa Earth Hour dimulakan dengan pembacaan firman yang dipetik dari Kitab Kejadian 1:24-31 dan disusuli dengan sesi renungan dan lagu-lagu pujian. Selain itu, sejarah ringkas Earth Hourdan berkongsi idea untuk meningkatan tahap kesedaran mengenai penjagaan bumi turut dimuatkan ke dalam program tersebut.
perkongsian idea |
Dengan adanya Earth Hour ini, para belia dapat berkumpul bersama untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara sesama, memainkan peranan belia di peringkat antarabangsa dan sekaligus dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya bumi dan keseimbangan ekosistem, terutama bagi membendung masalah pemanasan global yang semakin serius pada masa kini. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tentang Earth Hour ini, bolehlah layari di www.earthhour.org
Roland Henry, Pembantu SOCCOM, KKD Merak
No comments:
Post a Comment