Telupid : Paroki St. Martin, Telupid telah mengadakan Bengkel Perancangan Pastoral Paroki selama tiga hari bermula 11 – 13 Mac, baru-baru ini.
Objektif bengkel ini adalah untuk mencari pendekatan dalam mengilhamkan visi dan misi diosis melalui proses perhimpunan akar umbi yang akan dibentangkan pada perhimpunan peringkat diosis yang akan datang.
Bengkel berkumpulan
“Saya tidak menyangka bengkel ini akan berjaya namun dengan campurtangan Roh Kudus dan komitmen dari setiap peserta dalam setiap sesi kumpulan akhirnya menampakkan keyakinan tentang pengertian visi dan misi diosis”, jelasnya.
Pembukaan bengkel ini dimulai dengan acara suai kenal seterusnya ceramah bertajuk “Apa itu Gereja” yang disampaikan oleh Fr. Jasery.
Menurutnya, gereja terbahagi kepada dua menurut Konsul Vatikan ke-2, iaitu Gereja Tempatan yang lebih bersifat keluarga dan Gereja Universal serta permulaan Gereja seperti terdapat dalam Kis. bab 2.
Peserta bersama anak dalam bengkel ini.
Pengerusi Penganjur, Richard Lobinjang telah banyak memberikan pengalaman beliau selama melaksanakan tugas pelayanan dalam kesaksian beliau.
Turut membimbing peserta dalam bengkel ini ialah Pengerusi Majlis Paroki, Albert Matusin.
Diakhir bengkel ini, semasa Fr. Jasery membuat kesimpulan keseluruhan, meluahkan perasaan puas hati atas penglibatan peserta yang telah mengambil bahagian aktif dalam proses mencari pernyataan visi dan misi diosis. Peserta yang terdiri dari KPUK di setiap Chapel berazam untuk meneruskan usaha mereka meningkatkan pelayanan dan berjalan bersama dengan komuniti yang lain dalam pembangunan Gereja.
“Dengan adanya 38 Komuniti Kristian Dasar (KKD) di Paroki ini, sebarang keperluan Paroki akan dapat dicapai”, jelasnya.
Soccom SMT
No comments:
Post a Comment