| Album ..MERDEKA |
TELUPID- Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 menjadi lebih bermakna jika dirayakan bersama Perayaan Ekaristi, lebih-lebih lagi bagi menyemarakkan semangat cintakan bumi Malaysia.
| Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah dibawa ke persembahan. |
Perayaan Ekaristi yang dihadiri seramai 100 umat itu telah membuktikan bahawa dalam suasana kemerdekaan doa permohonan bagi keamanan, keharmonian kaum dan kebebasan beragama menjadi intipati perayaan.
| Fr. Marcellinus mengetuai upacara menaikkan Jalur Gemilang sambil menyanyikan Negara Ku dan Sabah Tanah Air Ku |
Dalam homili, Fr Marcellinus menyeru umat untuk sentiasa bersyukur kerana diberikan keperluan asas oleh kerajaan walaupun ada kalanya berhadapan dengan situasi yang memerlukan pengorbanan.
| Laungan...Merdeka! Merdeka! Merdeka! |
Beliau turut membacakan perutusan Persekutuan Kristian Malaysia sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Oleh: Lawrence/SOCCOM Paroki


No comments:
Post a Comment