Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 20, 2010

Lawatan muhibbah umat dari Penampang dan Tuaran ke Katedral St Mary Sandakan

Album kenangan sempena lawatan umat paroki Penampang dan Tuaran ke Katedral St. Mary  Sandakan
 dengan Bapa Uskup Julius dan Fr. Thomas Makajil.
Sandakan – Seramai 72 peserta dari Paroki St John Tuaran dan Paroki St. Michael Penampang telah mengadakan kunjungan ke Paroki Katedral St Mary Sandakan pada 28 dan 29 Ogos 2010 yang lalu. 


Rombongan tersebut diketuai oleh Winifred dan Rita Makajil di samping mereka mempromosikan Buku Tahun Para Paderi dan CD nyanyian mazmur sahutan pembacaan   yang dinyanyikan oleh belia Tuaran.


Ketibaan mereka disambut oleh ahli-ahli Majlis Pastoral Paroki dan komuniti KKD Merak. Seterusnya mereka menghadiri Misa Kudus petang bertempat di Katedral St. Mary, Sandakan.

Selesai Misa Kudus, sesi fellowship diadakan bertempat di kantin Paroki. Wakil kedua-dua belah pihak telah menyampaikan ucapan masing-masing dan melakukan pertukaran cenderakenangan.
Winifred Wong Mansangam (Tuaran)
Rita Makajil (Penampang)
Tarian Sumazau
Keesokan hari, 29 Ogos, para perwakilan mengambil peluang untuk bersiar-siar ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Sandakan.
Bapa Uskup memberkati makanan semasa fellowship
Lawatan diakhiri dengan kesemua pelawat menghadiri Misa Kudus pagi yang telah diadakan di Kapel St. Mary. Pelawat dari Penampang meneruskan perjalanan ke Gereja Our Lady of Fatima, Beluran, manakala, pelawat dari Tuaran pula meneruskan lawatan mereka ke Paroki St Dominic Lahad Datu dan Paroki Holy Trinity, Tawau.

Soccom Paroki St. Mary

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent