Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 14, 2010

REKOLEKSI PMG ST. DOMINIC, LAHAD DATU

Sr. Lilian bersama para pembimbing

LAHAD DATU – Pertemuan Minggu Gembira (PMG-BM) Paroki St.Dominic telah mengadakan rekoleksi pada 03-05hb September 2010 di Pusat Retret Keuskupan Sandakan, Ulu Dusun, Sandakan. Seramai 10 pembimbing yang terlibat dalam rekoleksi ini. Objektif rekoleksi ini adalah bagi memantapkan lagi pelayanan setiap pembimbing dan merapatkan talian persaudaraan seiman antara sesama.

            Pihak PMG telah menjemput salah seorang religius dari Sandakan iaitu Sr. Lilian Unsoh, fsic untuk memberi input kepada setiap pembimbing yang hadir pada masa itu. Pelbagai input yang telah diberi dan telah diterima.

Sesi pertama - “The Journey” yang berkaitan dengan perjalanan hidup setiap pembimbing sepanjang melayani ataupun mengajar dalam PMG ini. Melalui sesi ini setiap pembimbing dapat merenung akan setiap perjalanan pelayanan mereka di mana ada yang langsung tidak menyedari bahawa pelayanan mereka telah berjalan selama bertahun-tahun, mengharungi pelbagai rintangan, suka duka dan banyak lagi pengalaman yang telah mereka alami.

Manakala sesi kedua adalah berkaitan dengan pelayanan “The Servant”- ia merangkumi pelayanan setiap pembimbing di mana pembimbing merupakan salah sebuah instrumen bagi kanak-kanak. Melalui sesi ini juga setiap pembimbing telah membuat perkongsian berdasarkan soalan yang telah diberikan oleh sister seperti “Kenapa Saya Melayani?”, ”Siapa Saya Sebagai Pelayan?” dan “ Bagaimana Saya Melayani?”. Melalui perkongsian sebegini setiap pembimbing saling mengenali dan mengetahui tujuan mereka mengikuti mahupun melayani sebagai seorang pembimbing.

            Selain itu juga, sister telah mengadakan sesi RECONCILATION dan AFFIRMATION sebelum rekolesi ini tamat. Melalui sesi ini setiap pembimbing dapat berdamai antara satu sama yang lain dan hubungan setiap pembimbing dapat dieratkan lagi melalui cinta kasih yang Yesus telah berikan.

Akhir sekali, rekoleksi yang telah dianjurkan memberi manfaat yang baik kepada setiap pembimbing dan membuatkan mereka terus bertahan dalam pelayanan sebagai pembimbing di paroki ini.

~ soccom, Lahad Datu

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent