Sandakan - Satu pembentukkan jawatankuasa baru Badan Penyelaras Bahasa Malaysia (BMCC) untuk Sesi 2010-2012 telah diadakan pada 17 September 2010.
Pembentukkan jawatankuasa BMCC untuk Sesi 2010-2012 telah dijalankan secara undian oleh seramai 21 calon terpilih yang mana para calon telah terlebih dahulu dipilih oleh umat-umat St. Mary melalui proses penamaan calon terbuka.
Pembentukkan AJK Baru BMCC yang telah diadakan di Bilik A, Dewan Paroki telah disaksikan oleh Paderi Paroki, Fr. Thomas Makajil dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, John Baptis Joannes.
Mesyuarat yang dihadiri oleh Fr. Thomas Makajil (Paderi Paroki), John Baptis Joannes (Pengerusi MPP) serta para calon terpilih |
Kumpulan yang aktif dalam pelayanan koir BM St. Mary Sandakan |
Berikut adalah penama-penama yang telah dipilih untuk meneruskan tugasan dalam BMCC ini:
- Koordinator : Leonnie Degullacion
- Tim. Koordinator : Lionel Randasan
- Setiausaha : Lucia Petrus
- Tim. Setiausaha : Catherine John
- Bendahari : Severinus Ireneus
- Penyelaras Liturgi: Esther Ekok
- Penyelaras Pembaharuan Karismatik: Akan ditentukan kelak
- Penyelaras Keluarga Katolik: Akan ditentukan kelak
- Penyelaras Komiti Khas Perayaan: Akan ditentukan kelak
Komiti BMCC Bersama Rektor Paroki Rev. Father Thomas Makajil. Leonnie Degullacion tiga dari kanan barisan hadapan. |
Mantan pengerusi BMCC, Damasus T. Tulas telah menerangkan salah satu tugas penting sebagai pengerusi adalah wajib melibatkan diri secara langsung dalam upacara Perayaan Liturgi. "Badan Penyelaras Bahasa Malaysia ini masih lagi dalam proses perincian dalam paroki" katanya. Peranan BMCC terlibat dalam Mesyuarat Majlis Pastoral Paroki (MPP) yang diwakili oleh pengerusi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli jawatankuasa yang telah berjalan bersama-sama dengan beliau dahulu.
Pengerusi BMCC yang baru, Leonnie Degullacion mengakui agak terkejut dengan pemilihan ini namun berterima kasih kerana diberi kepercayaan menerajui badan ini. Beliau akan berusaha sedaya upaya menyambung tugasan yang diamanahkan. Aspek penting dalam suatu badan ialah mesyuarat. Tanpa mesyuarat sebarang aktiviti yang dirancang tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna".
Soccom Paroki St. Mary