Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 22, 2009

Ulangtahun ke-2 Keuskupan Sandakan - Pandangan Umat

1. Apakah makna bagi diri anda sebagai seorang umat untuk Sambutan Ulangtahun kedua Keuskupan Sandakan?


2. Apakah harapan anda pada Keuskupan Sandakan untuk tahun-tahun akan datang?






Arturo Teneros Jr. @ Rikkie

34, M, Filipino

Lahad Datu, Sabah



“Sambutan ini amat bermakna pada saya kerana ia hanya diadakan sekali setahun. Ini satu peristiwa istimewa yang memberi kita peluang untuk bertemu dengan umat-umat dari 4 paroki Keuskupan Sandakan. Untuk Ulangtahun yang kedua ini, secara peribadi sebagai salah seorang belia, saya dapat merasakan Roh Kudus bekerja dan menyentuh jiwa bagi orang-orang muda termasuklah saya untuk menjadi bakal pemimpin yang melayani dalam Kerajaan Tuhan. Ia mulai jelas sejak pembentukan KKD dalam Paroki St Dominic, Lahad Datu. Kami telah berjaya menarik lebih ramai orang muda untuk menyertai mana-mana tim pelayanan dan dari situ kami dapat menemui para calon pemimpin masa hadapan bagi Gereja kami.”


“Saya berharap bahawa pada masa akan datang kita bukan sahaja melayan dalam masyarakat sendiri tetapi kita juga perlu keluar untuk melayani dan bersatu dengan umat dari komuniti-komuniti lain berlainan bangsa. Saya juga berharap bahawa akan lahir lebih paderi dan religius tempatan untuk melayan dalam Keuskupan kita. Saya berdoa agar para belia akan menyahut panggilan Tuhan untuk melayan dalam KerajaanNya.”





Warren Pierre

20, M, (Aspirant)

Telupid, Sabah



“Perayaan Ulangtahun yang ke-2 ini bererti bagi saya bahawa Keuskupan Sandakan memiliki asas yang kuat. Ada banyak perubahan baik yang berlaku di keuskupan kita misalnya lebih banyak umat awam memberikan sokongan rohani mereka, material dan tenaga manusia untuk membantu membangunkan Gereja. Hubungan antara umat lebih kuat dan lebih mesra. Bilangan pemuda-pemudi yang menyertai KKD juga semakin bertambah.”


“Saya berharap agar Keuskupan kita akan mempunyai pemimpin-pemimpin yang berwibawa bagi masyarakat kita, kerasulan dan apapun komuniti di Paroki-paroki dalam Keuskupan Sandakan di masa hadapan. Selain dari Yang Mulia, Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, para Paderi dan Religius, para kakitangan Keuskupan dan kakitangan Paroki, Keuskupan Sandakan juga memerlukan bantuan dan sokongan daripada umat awam untuk bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menjadikan Misi dan Visi Gereja satu kenyataan.”

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent