1. Apakah makna bagi diri anda sebagai seorang umat untuk Sambutan Ulangtahun kedua Keuskupan Sandakan?
2. Apakah harapan anda pada Keuskupan Sandakan untuk tahun-tahun akan datang?
Merlyn Barrios
50, F, Filipino
Tawau,
"Pertama sekali, saya sangat gembira dan bangga sambutan telah diadakan di paroki kami, Gereja Holy Trinity. Saya gembira saya berpeluang bersemuka dengan para Paderi, Religius dan para umat dari sekitar Sabah. Selepas 2 tahun, KKD telah terbentuk di setiap paroki di bawah naungan Keuskupan Sandakan. Untuk pengalaman sendiri, selepas terlibat secara aktif dalam KKD, hidup saya menjadi lebih baik. Hidup saya pada sebelumnya agak kosong dan banyak masalah. Saya hampir berputus asa sehingga saya mengenali KKD. Ia telah memberi saya dan keluarga saya banyak faedah terutama melalui perkongsian Alkitab Suci yang membuatkan saya kini benar-benar bersyukur di mana keluarga saya semakin mendekati Tuhan. Umat dalam kelompok KKD pula saling berkongsi masalah dan menyelesaikannya bersama seperti sebuah keluarga besar dalam masyarakat setempat."
"Setiap umat dalam Keuskupan
"Saya rasa teruja kerana perayaan ini mendapat sambutan yang baik di mana semua umatnya merasai kesyukuran bersama. Saya dapat melihat umat dari pelbagai bangsa menghadiri hari penting bagi Keuskupan Sandakan. Ia membawa makna bahawa kita bersatu sebagai satu Gereja dalam Keuskupan Sandakan. Saya juga gembira kerana selepas Keuskupan mencapai 2 tahun, terdapat ramai generasi muda yang menyertai banyak tim pelayanan dalam paroki kita secara aktif."
"Harapan saya untuk Keuskupan Sandakan pada masa akan datang ialah lebih ramai orang yang datang untuk menyertai Gereja kita untuk mengetahui dan mendalami iman Kristian Katolik supaya mereka juga dapat mengalami keEsaan dan Cinta kasih Tuhan yang tidak berbelah bagi."
No comments:
Post a Comment