Teks oleh: Schoffal @ Charles Moiji, Hilda Kimsin, Madfianney Madius, Ferrelly Voney Sinton
Gambar oleh: Hilda Kimsin, Oswald Peter, SOCCOM Paroki
Gambar kenangan bersama Paderi Paroki Rev. Fr. David Garaman selepas misa |
Tujuan program ini lebih kepada mengalu-alukan ketibaan para pelajar kampus yang telah menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi disekitar Paroki Katedral St. Mary Sandakan dan juga di Keuskupan Sandakan. Selain daripada itu, pihak Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan juga ingin agar para pelajar kampus lebih merasa akan semangat kekeluargaan dan seperti berada di rumah sendiri. Selain itu, melalui program ini juga, hubungan persahabatan dapat dibina antara pelajar kampus dan juga belia tempatan (Kerasulan Belia Paroki).
Welcoming Catholic Campus Students (WCCS), merupakan usahasama Kerasulan Belia Keuskupan dan Kerasulan Belia Paroki Sandakan untuk mengalu-alukan para belia yang akan meneruskan pengajian mereka di pengajian tinggi sekitar Paroki Sandakan. Antara pengajian tinggi yang ada di Sandakan adalah UMS, Politeknik, OUM, Kolej Komuniti dan Kolej Kejururawatan.
Sebelum ini, pertemuan pelajar kampus pernah diadakan di Gereja St. Mark yang dikendalikan oleh para belia KBK St. Mark dan St. Peter. Selain itu, program mengalu-alukan pelajar baru juga telah dilakukan dikampus masing-masing. Lawatan ke kampus-kampus juga pernah dilakukan oleh wakil Kerasulan Belia Keuskupan bersama Kerasulan Belia Paroki Katedral St. Mary, Sandakan.
WCCS merupakan satu ruang agar pelajar-pelajar kampus ini disambut oleh umat lokal seluruh Paroki. Ini juga merupakan sahutan kepada Visi Keuskupan untuk menjadi Komuniti berpusatkan Kristus, melayani sesama dengan kasih. Pendekatan pertemuan pada kali ini adalah berdasarkan kepada “We are here for you”. Meskipun ada pelayanan khusus bagi pelajar kampus, namun sangat penting agar gereja lokal secara keseluruhanya untuk terlibat sama dalam berjalan bersama dengan pelajar-pelajar kampus ini.
Pada hari pertama, pembukaan program ini telah dimulai dengan Misa Kudus Senja Bahasa Inggeris di Katedral St. Mary dengan perjalanan liturgi dikendalikan oleh pelajar Kampus dan juga pihak penganjur. Kemudian, pada sebelah malam, sesi input yang pertama telah dimulai dengan sesi pengenalan kepada Paroki Katedral St. Mary oleh Airene A. Gumanas dan pengenalan kepada Keuskupan Sandakan serta badan Pelajar Kampus Katolik oleh Anna Teresa Peter Amandus.
Daphney Velarie memimpin Pujian dan Penyembahan |
Pada hari kedua, program WCCS bermula seawal 6.00 pagi dengan doa pagi secara doa Rosari di ‘Marian Mount’ (Puncak Maria) yang mana telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memimpin doa pada setiap perhentian dan kemudian diikuti dengan sesi perkongsian mengenai pengalaman para peserta semasa perjalanan doa Rosary di ‘Marian Mount’.
Seterusnya pada pukul 9.00 pagi, program diteruskan dengan Spiritual Input oleh Michael Phoon yang banyak menekankan kepada aspek kerohanian dan sesi mendoakan antara satu sama yang lain. Pada pukul 11.00am, sesi pengenalan badan pelajar Katolik oleh wakil pelajar daripada setiap kampus yang merangkumi nama pertubuhan pelajar Katolik/Kristian, jumlah pelajar Katolik di dalam kampus dan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan. Selepas sahaja makan dan rehat tengahari, pihak penganjur mengajak para peserta untuk menyertai sesi ‘Praise and Worship’ yang dijalankan selama sejam.
Michael Phoon menyampaikan input kerohanian |
Kemudian pada sekitar pukul 3.00pm, sesi Dialog Bersama Pelajar Kampus yang dikendalikan oleh Alen Lim dan dibantu oleh Daphney. Sesi dialog yang dijalankan selama sejam ini juga telah disertai oleh Uskup Keuskupan Sandakan, Rt. Rev. Datuk Julius Dusin Gitom, Paderi Paroki Katedral St. Mary, Sandakan, Rev. Fr. David A. Garaman, Pembantu Paderi Paroki, Rev. Fr. Christopher Ireneus, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki, Pilis Malim dan juga Pengerusi Komiti Pastoral St. Mark, Dimeh Koyopo bagi mengikut perkembangan pelajar-pelajar kampus ini serta kebajikannya.
Proses komunikasi dua hala ini diantara pihak Gereja dan pelajar sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar Katolik di setiap kampus dengan penyertaan pihak Gereja dalam menitikberatkan cabaran kehidupan belia-belia Katolik. Diakhir sesi dialog ini dengan memetik kata-kata yang Mulia Bapa Uskup Julius “Selamat datang ke Sandakan. Anggaplah gereja ini seperti gereja kamu. Kami bangga menerima kamu di Paroki ini. Terima kasih kepada pihak Penganjur (DYA & PYA), kerana membantu mengadakan program ini. Jangan segan untuk datang ke Paroki. Kami cuba sedaya upaya untuk membantu. Kamu adalah umat kami, kamu adalah ahli keluarga kami!”.
Seterusnya, Sesi “Harapan Saya” dikendalikan oleh Jayronna Johnny yang mana peserta diajak untuk menulis harapan mereka selama setahun sebagai pelajar kampus di dalam sekeping kertas dan kemudian kertas-kertas ini dimasukkan ke dalam sampul surat yang telah dilabel dengan nama masing-masing. Ketua bagi setiap kampus bertanggungjawab menyimpan sampul surat-surat ini dan akan akan menyerahkannya kembali kepada pemiliknya setelah setahun berakhir.
Pelajar kampus UMS - Cawangan Sandakan |
Pelajar kampus Politeknik Sandakan |
Pelajar kampus Kolej Kejururawatn Sandakan |
Program Welcoming Catholic Campus Students berakhir pada 5.00 petang. Dengan penglibatan para sukarelawan umat-umat dari KKD iaitu dan kemudian diikuti dengan aktiviti pembersihan dan gotong-royong oleh pihak penganjur.
Setelah seminggu berlalunya program WCCS ini, tim penganjur telah bertemu semula pada 14 Oktober 2018 untuk mesyuarat penilaian dan kesyukuran. Pertemuan selama 6 jam ini telah menghasilkan buah yang baik terutama sekali kepada program ini dan kepada tim penganjur WCCS. Meskipun ada kekurangan dari segi logistik, namun, para pelajar kampus merasakan program ini berpatutan dan harus diteruskan untuk masa akan datang.
Antara para penganjur yang hadir untuk mesyuarat evaluasi |
No comments:
Post a Comment