Laporan oleh,
Brenda De Guzman.
Sandakan: Pada 31hb Ogos 2018, bersamaan dengan hari
Jumaat, Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan telah mengadakan
Perhimpunan kali ke-7 bertempat di Sepilok Jungle Resort, Sandakan. Seramai lebih kurang 106 orang perwakilan dari lima Paroki termasuk Misi Paitan
telah mengikuti perhimpunan ini.
Program
bermula seawal jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran para perwakilan dan diikuti
dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Christopher Ireneus selaku
Pembimbing Rohani Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan.
Dalam
homili, Rev. Fr. Christopher Ireneus menyentuh mengenai kebijaksanaan yang mana
pemikiran logik manusia tidak akan sampai kepada pemikiran Ilahi. “Kita
dituntut untuk menjadi bijaksana. Kita harus pergi lebih jauh dan sama-sama
menempuh cabaran yang serba mencabar sekarang ini.”
Beliau
menasihatkan Kerasulan Wanita harus keluar dari zon keselesaan untuk melihat di
luar, melihat lebih global, harus lebih terbuka serta mengubah cara pemikiran, harus berani melangkah ke hadapan dan harus bertindak sekarang untuk
mempersiapkan diri dan umat Allah secara keseluruhannya. Perjalanan Kerasulan
Wanita haruslah sentiasa berterusan, dan harus tahu memperkembangkan komisi ini
dan ada sesuatu untuk ditinggalkan kepada generasi akan datang. Ini menjadi
tanggungjawab komisi untuk mempertahankan dan mempersiapkan generasi akan datang
khususnya anak-anak muda.
Persidangan bermula pada jam 1:30 petang, dengan ucapan ringkas dari
Rev. Fr. Christopher Ireneus. Beliau menggesa komisi ini untuk melihat dan
memahami Misi dan Visi Diosis dan seterusnya merancang program atau akitiviti sesuai
dengan Misi dan Visi Diosis. Hal ini
sangat penting untuk pembangunan iman
gereja.
Beberapa perkara telah dibahaskan semasa sesi
persidangan, antaranya Central Fund dan
Seminarian Fund. Ketua Penyelaras, Puan Cecelia D’Souza telah membentangkan
laporan mengenai carta organisasi Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan dan
aktiviti-aktiviti serta program kerohanian dan sosial yang telah berjaya
dijalankan bersama.
Pada
sebelah malam, para perwakilan berkumpul untuk makan malam bersama. Turut
dihadiri, Yg. Mulia Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom, Rev. Fr. David A.
Garaman, Rev. Fr. Christopher Ireneus, Pengerusi Majlis Pastoral Paroki
Katedral St. Mary, En. Pilis Malim disertai oleh En. Francis Tan dari Katedral
St. Mary, Sandakan.
Persembahan pentas oleh perwakilan Kerasulan Wanita Katolik
Pelbagai
persembahan pentas dari semua perwakilan memeriahkan lagi upacara Makan Malam
itu. Tidak dinafikan, para ibu-ibu yang kebanyakannya adalah ahli komisi ini
masih berupaya mempersembahkan tarian dan nyanyian yang menghiburkan.
Lawatan ke Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok
Pada
1hb September 2018, Misa Kudus telah diselebrankan oleh Rev. Fr. Christopher
Ireneus. Selepas Misa Kudus, para perwakilan disajikan dengan sarapan pagi
sebelum berangkat ke Rainforest Discovery Centre (RDC) untuk melihat dan
menghayati keindahan alam semulajadi.
Perhimpunan
kali ke-7 diakhiri dengan makan tengah hari sebelum para perwakilan kembali ke paroki masing-masing.
No comments:
Post a Comment