Oleh Tim Editor CSM, SMK Konven St. Cecilia
Sandakan: Sepanjang musim persekolahan 2018, pelbagai aktiviti dan usaha telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk memantapkan lagi proses pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Namun begitu, pelajar juga seharusnya mempunyai kecemerlangan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, Persatuan Agama Kristian (CSM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ‘One Day Camp’ untuk pelajar kristian SMK Konven St. Cecilia.
Sandakan: Sepanjang musim persekolahan 2018, pelbagai aktiviti dan usaha telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk memantapkan lagi proses pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Namun begitu, pelajar juga seharusnya mempunyai kecemerlangan yang seimbang dari segi rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, Persatuan Agama Kristian (CSM) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ‘One Day Camp’ untuk pelajar kristian SMK Konven St. Cecilia.
Pada 22 September 2018 yang lalu, Program ‘One Day Camp’ yang bertemakan
“Membangun Jati Diri yang Dipimpin oleh Kristus” telah diadakan di SMK Konven
St. Cecilia, Sandakan. Seramai 90 pelajar
dengan bantuan 14 orang guru
penasihat Kristian dari sidang Bahasa Melayu dan Cina menyertai kem ini yang
dipengerusikan oleh Pn. Jamini Francis dengan bantuan penyelaras Pn. Chung Fui
Fun serta semua guru CSM yang lain.
Perkongsian dalam kumpulan
Kem ini diadakan bertujuan untuk mengenal lebih mendalam
tentang Tuhan dan Juruselamat, merapatkan jurang antara umat Kristian,
memantapkan dan memperbaharui iman untuk melahirkan pelajar yang berteladan,
dibentuk dan diteguhkan oleh Firman Tuhan dalam kerohanian dan menggalakkan perpaduan
antara kaum seiman.
En. Freddy Graman dalam sesi beliau
En.Freddy Graman, telah dijemput dengan sesi beliau
iaitu “Menjadi Serupa dengan Kristus”.
Sesi ini merupakan tentang keinginan setiap orang yang percaya akan Kristus.
Begitu juga dengan Allah memiliki keinginan yang sama seperti dinyatakan dalam alkitab
"mereka yang sudah dipilih oleh Allah, juga telah ditetapkan-Nya dari dahulu
supaya menjadi seperti anak-Nya, Yesus Kristus." (Rom 8:29). Dalam ceramah
ini, para pelajar dapat mengenali peribadi Yesus Kristus serta melihat kebaikan-Nya.
Selain daripada itu, para pelajar juga diajak untuk memperbaharui diri dan mengubah
sikap agar dapat menyerupai-Nya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
En. Michael Phoon Pin Han sebagai penyampai sesi kedua
iaitu “Krisis Iman dan Identiti Diri”.
Sesi ini adalah mengenai bagaimana krisis iman berlaku pada zaman moden ini melalui
gadget teknologi yang semakin menjauhkan manusia daripada Tuhan dan seterusnya menjadikan
kekeliruan mengenai identiti diri pelajar pada hari ini. Melalui sesi ini, ia memperhalusi
pandangan umum mengenai Tuhan dan keberadaan Tuhan semasa seseorang dalam situasi
yang sukar. Hal ini merupakan suatu kesedaran bagi para pelajar bahawa pandangan
umum terhadap Tuhan yang agak sukar difahami dalam kehidupan mereka sehingga mereka
cuba mencari kepuasan melalui gadget teknologi atau gejala sosial. Justeru,
sesi ini berfokus untuk memberi celik akal pada para pelajar bahawa bagaimana Tuhan
campurtangan dalam kehidupan setiap individu biarpun situasi itu adalah amat
menyedihkan dan dalam keadaan sukar.
En. Michael Phoon menyampaikan sesi beliau
Manakala bahagian identiti diri, beliau menekankan tentang
para pelajar pada hari ini dikenalpasti melalui pencapaian akademik dan pelbagai
pembaris ukur yang membandingkan mereka. Oleh itu, sesi ini turut membawa para pelajar
untuk mengenal pasti diri sendiri yang selalunya sukar diberitahu kepada pihak
lain. Setiap pelajar telah mengakui bahawa pandangan mereka pada diri sendiri adalah
amat negatif. Oleh itu, para pelajar diharapkan dapat belajar dan mengetahui adanya campurtangan Tuhan dalam kehidupan mereka supaya
mereka dapat hidup sebagai individu yang mereka harapkan.
Cenderahati telah disampaikan kepada kedua-dua penyampai sesi
Secara keseluruhannya, program ‘One Day Camp’ ini telah mencapai objektif khususnya penglibatan pelajar yang amat memberangsangkan dan kerjasama semua guru CSM serta pihak pentadbir.
No comments:
Post a Comment