Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 22, 2018

K – Keep in touch, F – Follow up, C – Continuity

Teks oleh: Corey Felino Henry, Airene A. Gumanas
Gambar oleh: Michael Phoon, Schoffal Charles Moiji, Rodney Roger Sining, Ferrelly Voney Sinton

Sandakan – Kerasulan Belia Paroki (PYA) Sandakan, dalam program Post Let's Unite Camp, para belia terus ber-KFC sempena Hari Misi Sedunia kali yang ke 92 tahun yang bertemakan “Bersama kaum muda, marilah kita wartakan Injil kepada semua orang”. Post LUC ini memfokuskan tentang “KFC” iaitu K – Keep in touch, F – Follow up dan C – Continuity dan telah diadakan pada hari Ahad yang lalu, Oktober 21, 2018 bertempat di Gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan.


Dalam sesi pertama iaitu Sesi “How Do You Do?” yang telah disampaikan oleh Pembantu Kordinator 2 iaitu Justine Marcus, sesi tersebut membawa setiap peserta untuk melihat kembali segala cabaran yang telah dilalui terutama sekali cabaran dalam menyampaikan Injil kepada orang lain. Para peserta juga diajak untuk berkongsi bersama cara-cara bagaimana mereka menyampaikan Injil kepada orang lain dan apakah cabaran-cabaran lain yang dihadapi oleh belia pada masa kini. Selepas mengenal pasti cabaran-cabaran itu, peserta diajak untuk membincangkan cara menangani dan mengatasi cabaran-cabaran itu.



Dalam sesi tersebut, para peserta dapat mengongsikan pengalaman masing-masing dalam menjalankan Misi penginjilan terutama sekali dalam keluarga masing-masing. Ternyata ianya tidak mudah kerana Yesus sendiri juga telah mengalami penolakan di tempat sendiri. Namun, pengalaman tersebut tidak mematahkan semangat menginjil dalam keluarga dan komuniti masing-masing tetapi itu menjadi kekuatan untuk terus berpaut pada Yesus dan percaya bahawa belia hari ini juga boleh menjadi Penginjil terutama sekali menginjil di dunia alam maya. Para belia pada hari ini sangat sinonim dengan gajet iaitu ‘smartphone’ – dunia di hujung jari.

Seterusnya, aktiviti ‘games’ berbentuk ‘team building’ dikendalikan oleh Janarius Majin. Permainan tersebut menguji ketelitian dan kerjasama berpasukan. Seperti dalam pelayanan belia, persefahaman dan kerjasama daripada semua pihak amat penting agar segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan demi pembangunan iman para belia dapat berkembang dengan baik.


Sesi kedua pula ialah mengenai Perkongsian berdasarkan Mesej Paus Fransiskus untuk Misi Sedunia kali 92 tahun telah disampaikan oleh Karolina Ose Wolor dan Airene A. Gumanas. Terdahulu, sejarah ringkas mengenai Misi Sedunia telah diterangkan oleh Airene. Sedikit sebanyak, info tersebut dapat membantu para peserta memahami tujuan mengapa Misi Sedunia diadakan pada setiap tahun. Kemudian, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berkongsi tentang mesej Misi Sedunia tahun ini. Dalam sesi ini, Karolina mengajak para peserta untuk sama-sama membaca dan menghayati mesej yang telah ditulis khusus kepada para belia oleh Paus Fransiskus sendiri. Rata-rata para peserta yang hadir dalam program Post LUC sangat tertarik dengan “Jangan pernah berpikir bahwa kamu tidak memiliki apa-apa untuk diberikan, atau tidak ada seorangpun yang memerlukanmu. Banyak orang memerlukanmu. Fikirkan ini! Setiap dari kamu, Fikirkan dalam hatimu: banyak orang memerlukanku” (“Pertemuan Kaum Muda”, Maipu Shrine, 17 Januari 2018). Memetik kata-kata Paus Fransiskus “Doa itu adalah pekerjaan misi yang pertama! Setiap umat Kristian boleh dan haruslah berdoa selalu walaupun dengan cara itu, ianya suatu yang sukar diukur!”. Di akhir sesi tersebut, Airene telah membawa para peserta untuk sama-sama merenung “Bagaimana saya boleh melakukan Misi dan meneruskan legasi Yesus pada hari ini, jika saya tidak mempunyai hubungan yang intim dengan Yesus?”



Peserta Post LUC
Setelah itu, Sesi “What’s Next?” telah disampaikan oleh Handrison Yosep. Dalam sesi tersebut, para belia didedahkan kepada bentuk pelayanan yang mereka boleh sertai selain pelayanan belia iaitu pelayanan Liturgi dan juga Kateketikal; sama ada di Katedral St. Mary mahupun di Gereja St. Mark.

Di lokasi berlainan pada hari yang sama, PYA Sandakan bersama-sama dengan Catholic Students Family (CSF) UMS telah mengadakan Sesi Suai-Kenal dan mengalu-alukan kehadiran Pelajar Junior UMS Cawangan Sandakan bersama dengan para umat Kapela St. Petrus, Sg. Manila. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh CSF UMS yang dibantu oleh Corey Felino Henry, Michael Phoon dan juga Schoffal Charles Moiji.

Para pelajar kampus bersama umat Kapela St. Petrus, Sg. Manila
Acara tersebut sangat bermakna bagi para pelajar UMS kerana kesempatan tersebut dapat merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan umat setempat di mana para pelajar dapat melibatkan diri dalam program kerohanian yang diadakan di Kapela tersebut.


Dalam sesi yang dikendalikan oleh Corey, beberapa pengalaman realiti semasa dia masih bergelar pelajar kampus sepenuh masa telah dikongsikan kepada para pelajar UMS antaranya adalah cabaran-cabaran yang dihadapinya ketika melayani di dalam komunti Catholic Student Group, 4 komitmen teratas apabila bergelar sebagai pelajar iaitu komitmen kepada Tuhan, komitmen terhadap keluarga sendiri, komitmen kepada pelajaran, dan akhir sekali komitmen kepada pelayanan. Sebagai pelajar kampus, Corey juga mengingatkan para pelajar harus bijam mengimbangkan antara pelajaran dan juga pelayanan. Menurut pengalaman peribadi beliau, Corey berpendapat bahawa sekiranya dua perkara ini dapat diseimbangkan dengan baik, ilmu pengetahuan semakin bertambah, iman sebagai seorang belia Katolik juga akan berkembang dari masa ke semasa. Di akhir perkongsiannya, dorongan, sokongan dan galakkan diberikan Corey mengingatkan para pelajar agar tidak risau mengenai perkembangan iman mereka kerana pihak Gereja akan cuba membantu sedaya upaya sekiranya mereka memerlukan bantuan.




Selepas sesi sharing daripada Corey, komuniti CSF telah mengadakan sesi pemilihan ahli Komiti CSF yang baharu yang dipengerusikan oleh Nikmael Nikson.






No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent