Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 23, 2018

MISA PELAJAR UPSR DAN PT3 2018

Soccom Telupid
Bergambar ramai - ramai bersama pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR
Pada 21 September 2018, bersamaan pada hari Jumaat, misa khas untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan awam UPSR dan PT3 telah diadakan di Gereja Santo Martin Telupid.

Kira-kira 100 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar Pekan Telupid dan para pelajar tingkatan tiga dari Smk Telupid telah bersama-sama dalam misa khas ini.

Sebelum misa bermula, para pelajar tingkatan tiga mengetuai doa rosari dan seterusnya disusuli dengan misa kudus yang dipimpin oleh Rev.Fr.Stanley William Matakim. Fr Stanley dalam homilinya mengajak para ibu bapa dan guru-guru untuk terus memberikan bimbingan serta dorongan kepada anak didik secara berterusan. Fr Stanley juga mengingatkan kepada para pelajar untuk tidak berputus asa dalam pelajaran dan setiasa bersungguh-sungguh dalam semua bidang yang dipelajari dan diceburi.

Misa ini juga turut dihadiri bersama dengan para guru dan ibu bapa sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada anak-anak sebelum menjelang peperiksaan.  Jamuan ringkas selepas misa bersama Rev.Fr Stanley bersama dengan semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa telah diadakan di ruang legar dapur Gereja Santo Martin Telupid.


Bergambar kenangan dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent