Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 23, 2018

GATHERING CATHOLIC STUDENT MINISTRY (CSM)

SOCCOM Paroki Telupid



30 September 2018 – Para belia pada masa kini, pastinya tahu akan lagu Wake Me Up When September Ends lagu daripada kumpulan Green Day. Lagu ini sering menjadi pilihan setiap kali tiba penghujung bulan September. Walau bagaimanapun, lagu ini telah memberikan inspirasi kepada Tim Belia Gereja Santo Martin Telupid untuk bersama-sama dengan para belia yang masih bersekolah dalam aktiviti Gathering Catholic  Students' Ministry (CSM) setelah menyepi selama 4 tahun. 

Penyertaan belia dalam Study Day Visi dan Misi Keuskupan Sandakan telah menyentuh, memberikan inspirasi dan semangat untuk mengaktifkan semula CSM setelah menyedari betapa pentingnya penglibatan semua umat dari pelbagai lapisan umur. Perkara ini jelas kerana, para belia merupakan tonggak dan juga pelapis kepada generasi pada masa kini yang perlu digilap dan dibimbing agar bersedia untuk menyahut panggilan dalam pelayanan mereka masing-masing kelak.




Gathering CSM pada kali ini telah dijalankan di Bilik Matius selepas Misa Kudus dengan kehadiran kira-kira 24 orang belia yang masih belajar dan 10 orang tim Kerasulan Belia. Gathering dimulakan dengan sesi pendaftaran dan disusuli dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Saudari Fettwinda Sipaan, Koordinator KBP St. Martin Telupid. Selepas itu, sesi ice breaking dengan semua yang hadir melalui aktiviti memperkenalkan diri. Selesai sahaja sesi ice breaking, Saudari Fettwinda memberi penerangan sejarah ringkas penubuhan CSM dan perkongsian daripada salah satu bekas Pengerusi CSM yang dahulu iaitu Saudara Jornelius Francis Sales. Jornelius mengongsikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh CSM dahulu dan juga sebab ketidakaktifan CSM dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas perkongsian daripada Saudara Jornelius, Fettwinda sekali lagi mengajak semua belia untuk berkongsi perasaan dan harapan mereka setelah mendengar perkongsian yang diberikan. Para belia kemudiannya dibahagikan kepada 6 kumpulan dan dibimbing oleh seorang tim dalam sesi perkongsian di dalam kumpulan. Hasil daripada perkongsian, rata-rata para belia berasa teruja dan ingin tahu apakah pengalaman yang akan mereka terokai melalui pelayanan CSM. Para belia yang hadir juga berharap agar, lebih ramai belia yang masih belajar dapat turut serta dalam CSM.






Selesai sahaja sesi perkongsian, aktiviti diteruskan dengan pemilihan AJK CSM St. Martin Telupid bagi tahun 2018-2019. Melalui undian dan persetujuan ramai, maka AJK CSM St. Martin Telupid yang terpilih ialah Jessen Breay (Pengerusi), Mersquelinessa Majutin (Timbalan Pengerusi), Ju Anne Georgiana George (Setiausaha), Eadryna Lawrence (Timbalan Setiausaha), Ellyiasiani Jesyhinta James dan Victor Julius (Bendahari). Selesai sahaja pemilihan AJK, Saudari Fettwinda sekali lagi memberi dorongan kepada semua belia yang hadir supaya tidak takut untuk melayani.

Madam Rose Micheal selaku GPK HEM di SMK Telupid, dalam ucapannya memberikan dorongan dan sokongan yang membina kepada semua belia terutamanya belia yang tinggal di asrama untuk melibatkan diri dalam CSM sebagai salah satu aktiviti pengisian rohani.
Gathering CSM pada kali yang pertama ditangguhkan dengan doa penutup yang dipimpin oleh Saudari Fettwinda dan seterusnya jamuan ringkas untuk semua yang hadir. Semoga melalui “comeback” ini, para belia dapat berjalan bersama, mendorong dan mengenal potensi diri sebagai pelapis pada masa akan datang.  

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent