Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 27, 2018

A VISIT TO THE PARLIAMENT

Reported by: DaliusLL
Photos by: Leonard S

Sandakan: Five members of St. Mary Cathedral Parish Pastoral Council (PPC) had the privilege to visit the Parliament in Kuala Lumpur on 17th October 2018. The PPC was led by their Vice Chairman, and later on, joining another five members from the Sandakan Inter-church members to make up a 10 Sandakan Christian delegation to the Malaysian Parliament. All of us were a first-time visitor to the Parliament where the Rakyat’s voice is heard and Laws are made.
Parish Pastoral Council Members of St. Mary's Cathedral, Sandakan
Members from Sandakan Christian Inter-Church

The study Tour was made possible by the invitation of the Law’s Minister, YB Datuk VK Liew and the kind sponsorship from Dato Seri Joshua Chong, a corporate figure from Kuala Lumpur. The objective of the tour was mainly educational visit and to gain first-hand experience of the Federal law-making process. We were hosted by the officials from the Batu Sapi Parliamentary with briefings and guided tour of the many galleries in the parliament building. The most profound experience was the opportunity to sit in the two different sections of the public gallery inside the Dewan Rakyat. We could see the chamber where the Members of Parliament (MP) had their debates and discussions. At that particular visit, we witnessed the debate on the Sales and Service Tax (SST) issue. The debate was hot, but with a friendly atmosphere. The proceedings were very captivating until we did not realise that we had way past our allotted time and was asked to vacate our seats due to the many visitors that day.
Sandakan Christian Church Leaders
Taking photos with Members of Parliament from Sandakan

During the Study Tour, we managed to meet a few of the Lawmakers from Sandakan and even managed to shake hands with the incoming eight designated Prime Minister of Malaysia, Datuk Anwar Ibrahim. Our intention to have a courtesy call to the Law Minister in his office in the Parliament building was not realised because of the many appointments he had to attend to but nevertheless, Datuk VK Liew, the Law Minister, was kind enough to accommodate us by including us in joining him and his staff for a dinner function that evening. We had a wonderfully relaxing atmosphere with him whereby we also had the opportunity to discuss and exchange our views on the issue of abolishing the death penalty in Malaysia. At the same time, our Christian leaders took the opportunity to bring up on their Church needs to the attention of Datuk V. K. Liew to consider.
Discussion with Datuk V. K. Liew

When asked about what have we learnt on the Study Trip, Michael Lai our PPC Vice Chairman shared, “ Indeed, it was a memorable time that our Risen Lord has given to us to witness the parliament proceeding. Likewise, the fellowship that we, from different denominations, had has no doubt bound us closer to one another and to our Lord”. As for Rev. Khoo Keng Shiang from the Baptist Church, he was impressed by the openness of the Malaysian parliament, which is accessible for the public to visit. The Study Trip has gained him much knowledge and invaluable experience on how the process of Law is made in Malaysia. He hoped that in the near future, a similar tour can be organised for other Church leaders to gain this invaluable visit.

Tuesday, October 23, 2018

BA JADI...? SYD5-LAH KITA!!!

Laporan: Fradely Brandon Amigo / Anna Teresa Peter Amandus
Gambar: Christina David, Lordkennylister dan ahli tim SYD5 yang telah mengikuti Kunjungan Hormat ini
SABAH YOUTH DAY KE-5 2020 – Kunjungan hormat tim SYD 5 dengan Bishop Julius Dusin Gitom, Uskup Keuskupan Sandakan dan Bishop Cornelius Piong, Uskup Keuskupan Keningau telah diadakan pada 9 Oktober 2018 di Bilik mesyuarat Keuskupan Sandakan dan 16 Oktober 2018 bertempat di Pusat Retret Nulu Sosopon Keuskupan Keningau masing - masing.

Kunjungan Hormat dengan Bishop Julius Dusin Gitom - Keuskupan Sandakan
Kunjungan Hormat dengan Bishop Cornelius Piong - Keuskupan Keningau
Sr. Dora Obod, fsic selaku Kordinator SYD5, menyampaikan sejarah dan rasional SYD5
“Dengan bertemakan aku ini hamba Tuhan terjadilah padaku menurut perkataanMu” Sr Dora Obod, fsic selaku kordinator SYD5 telah membentangkan sejarah , objektif dan rasional SYD5 kepada Bishop Julius Dusin Gitom dan Bishop Cornelius Piong.

Dalam kunjungan hormat tersebut, kedua - dua Bishop telah memberikan respon yang sungguh menyokong kepada tim SYD5 dalam pembentukan program yang dapat membangunkan iman para belia terutama sekali di zaman millennial ini. 

Bishop Julius Dusin Gitom, memberikan penekanan kepada alam sekitar agar topik ini dapat diselit dalam program SYD5. Ini merupakan salah satu realiti yang sedang dihadapi oleh bumi. Semakin lama bumi ini ketandusan 'kekayaannya' disebabkan oleh ketamakan manusia itu sendiri. Maka dengan adanya topik ini, para belia diingatkan dan perlu disedarkan untuk menjaga serta menghargai khazanah alam yang diberikan oleh Tuhan kepada umat manusia.

Bishop Cornelius Piong dalam harapannya, mengutarakan kepentingan untuk mengetahui sejarah kedatangan para misionaris di Sabah dan cabaran pelayanan yang mereka lalui. Bishop Cornelius dalam ulasannya, menyatakan bahawa muda mudi zaman ini sudah tidak mempunyai the heart / spirit of a missionary. Maka dengan adanya topik ini sebagai sebahagian dari program SYD5, diharapkan dapat menyedarkan kepada belia, bahawa mereka sangat penting dalam meneruskan pelayanan yang telah dimulakan oleh para misionaris terdahulu. Selain itu, Bishop Cornelius Piong juga menambah bahawa kepentingan bagi para belia untuk ada kesatuan, kesetiaan dan kekudusan Yesus Kristus yang menjadi tonggak utama dalam pelayanan.

Selain daripada itu kedua - dua Bishop juga telah dimaklumkan mengenai perjalanan Salib Belia yang akan diadakan selepas pelancaran SYD5 di Tawau pada 22 sehingga 24 Februari 2019. Turut diperbincangkan adalah hal - hal kewangan SYD5.

Tim SYD5 sungguh - sungguh berterima kasih dan menghargai kedua - dua pertemuan ini. Dengan ucapan harapan yang disampaikan, telah menyuntik semangat para tim penganjur SYD5 gabungan tiga Keuskupan di Sabah untuk mengorak langkah seterusnya agar SYD 5 pada kali ini menepati keperluan belia di zaman ini.

Kunjungan hormat tim SYD5 akan diteruskan dengan Paderi Paroki Limbahau dan Papar pada bulan November 2018 di Pace Bene, Papar. 
Bilik Mesyuarat Keuskupan Sandakan
Dewan Pusat Retret Nulu Sosopon, Keuskupan Keningau
Gambar kenangan bersama Bishop Cornelius Piong - Keuskupan Keningau
Bonding time in Sandakan

Persahabatan pemimpin -pemimpin belia ketiga - tiga Keuskupan di Keningau
Kepada para belia yang dikasihi, nantikan update SYD 5 dari masa ke semasa dari Tim SYD 5 2020!

ADORASI DENGAN IRINGAN LAGU TAIZE




Pada 27 September 2018 bersamaan pada hari Khamis,kira-kira 200 umat di Gereja Santo Martin Telupid telah bersama-sama dalam adorasi dengan iringan lagu-lagu taize. Rev. Fr. Stanley dalam homilinya, mengajak dan menyeru semua umat untuk setia dalam pelayanan walaupun sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran duniawi.

Semasa adorasi ini juga, dalam doa permohonan menekankan semua  diajak untuk menghargai  semua ciptaan alam, juga kepada semua umat agar punyai kerendahan hati untuk melayani  dan juga khasnya bagi para pemimpin gereja agar diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk menangani isu-isu yang sedang berlaku di dalam gereja. Adorasi diakhiri dengan para umat berdoa dihadapan altar dan beredar dalam suasana yang hening.  

Gambar kenangan bersama Tim Kerasulan Belia Paroki Santo Martin Telupid



MISA PELAJAR UPSR DAN PT3 2018

Soccom Telupid
Bergambar ramai - ramai bersama pelajar - pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR
Pada 21 September 2018, bersamaan pada hari Jumaat, misa khas untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan awam UPSR dan PT3 telah diadakan di Gereja Santo Martin Telupid.

Kira-kira 100 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar Pekan Telupid dan para pelajar tingkatan tiga dari Smk Telupid telah bersama-sama dalam misa khas ini.

Sebelum misa bermula, para pelajar tingkatan tiga mengetuai doa rosari dan seterusnya disusuli dengan misa kudus yang dipimpin oleh Rev.Fr.Stanley William Matakim. Fr Stanley dalam homilinya mengajak para ibu bapa dan guru-guru untuk terus memberikan bimbingan serta dorongan kepada anak didik secara berterusan. Fr Stanley juga mengingatkan kepada para pelajar untuk tidak berputus asa dalam pelajaran dan setiasa bersungguh-sungguh dalam semua bidang yang dipelajari dan diceburi.

Misa ini juga turut dihadiri bersama dengan para guru dan ibu bapa sebagai tanda sokongan dan dorongan kepada anak-anak sebelum menjelang peperiksaan.  Jamuan ringkas selepas misa bersama Rev.Fr Stanley bersama dengan semua pelajar, guru-guru serta ibu bapa telah diadakan di ruang legar dapur Gereja Santo Martin Telupid.


Bergambar kenangan dengan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3

GATHERING CATHOLIC STUDENT MINISTRY (CSM)

SOCCOM Paroki Telupid



30 September 2018 – Para belia pada masa kini, pastinya tahu akan lagu Wake Me Up When September Ends lagu daripada kumpulan Green Day. Lagu ini sering menjadi pilihan setiap kali tiba penghujung bulan September. Walau bagaimanapun, lagu ini telah memberikan inspirasi kepada Tim Belia Gereja Santo Martin Telupid untuk bersama-sama dengan para belia yang masih bersekolah dalam aktiviti Gathering Catholic  Students' Ministry (CSM) setelah menyepi selama 4 tahun. 

Penyertaan belia dalam Study Day Visi dan Misi Keuskupan Sandakan telah menyentuh, memberikan inspirasi dan semangat untuk mengaktifkan semula CSM setelah menyedari betapa pentingnya penglibatan semua umat dari pelbagai lapisan umur. Perkara ini jelas kerana, para belia merupakan tonggak dan juga pelapis kepada generasi pada masa kini yang perlu digilap dan dibimbing agar bersedia untuk menyahut panggilan dalam pelayanan mereka masing-masing kelak.




Gathering CSM pada kali ini telah dijalankan di Bilik Matius selepas Misa Kudus dengan kehadiran kira-kira 24 orang belia yang masih belajar dan 10 orang tim Kerasulan Belia. Gathering dimulakan dengan sesi pendaftaran dan disusuli dengan doa pembukaan yang dipimpin oleh Saudari Fettwinda Sipaan, Koordinator KBP St. Martin Telupid. Selepas itu, sesi ice breaking dengan semua yang hadir melalui aktiviti memperkenalkan diri. Selesai sahaja sesi ice breaking, Saudari Fettwinda memberi penerangan sejarah ringkas penubuhan CSM dan perkongsian daripada salah satu bekas Pengerusi CSM yang dahulu iaitu Saudara Jornelius Francis Sales. Jornelius mengongsikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh CSM dahulu dan juga sebab ketidakaktifan CSM dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas perkongsian daripada Saudara Jornelius, Fettwinda sekali lagi mengajak semua belia untuk berkongsi perasaan dan harapan mereka setelah mendengar perkongsian yang diberikan. Para belia kemudiannya dibahagikan kepada 6 kumpulan dan dibimbing oleh seorang tim dalam sesi perkongsian di dalam kumpulan. Hasil daripada perkongsian, rata-rata para belia berasa teruja dan ingin tahu apakah pengalaman yang akan mereka terokai melalui pelayanan CSM. Para belia yang hadir juga berharap agar, lebih ramai belia yang masih belajar dapat turut serta dalam CSM.






Selesai sahaja sesi perkongsian, aktiviti diteruskan dengan pemilihan AJK CSM St. Martin Telupid bagi tahun 2018-2019. Melalui undian dan persetujuan ramai, maka AJK CSM St. Martin Telupid yang terpilih ialah Jessen Breay (Pengerusi), Mersquelinessa Majutin (Timbalan Pengerusi), Ju Anne Georgiana George (Setiausaha), Eadryna Lawrence (Timbalan Setiausaha), Ellyiasiani Jesyhinta James dan Victor Julius (Bendahari). Selesai sahaja pemilihan AJK, Saudari Fettwinda sekali lagi memberi dorongan kepada semua belia yang hadir supaya tidak takut untuk melayani.

Madam Rose Micheal selaku GPK HEM di SMK Telupid, dalam ucapannya memberikan dorongan dan sokongan yang membina kepada semua belia terutamanya belia yang tinggal di asrama untuk melibatkan diri dalam CSM sebagai salah satu aktiviti pengisian rohani.
Gathering CSM pada kali yang pertama ditangguhkan dengan doa penutup yang dipimpin oleh Saudari Fettwinda dan seterusnya jamuan ringkas untuk semua yang hadir. Semoga melalui “comeback” ini, para belia dapat berjalan bersama, mendorong dan mengenal potensi diri sebagai pelapis pada masa akan datang.  

Monday, October 22, 2018

K – Keep in touch, F – Follow up, C – Continuity

Teks oleh: Corey Felino Henry, Airene A. Gumanas
Gambar oleh: Michael Phoon, Schoffal Charles Moiji, Rodney Roger Sining, Ferrelly Voney Sinton

Sandakan – Kerasulan Belia Paroki (PYA) Sandakan, dalam program Post Let's Unite Camp, para belia terus ber-KFC sempena Hari Misi Sedunia kali yang ke 92 tahun yang bertemakan “Bersama kaum muda, marilah kita wartakan Injil kepada semua orang”. Post LUC ini memfokuskan tentang “KFC” iaitu K – Keep in touch, F – Follow up dan C – Continuity dan telah diadakan pada hari Ahad yang lalu, Oktober 21, 2018 bertempat di Gereja St. Mark, Batu 12, Sandakan.


Dalam sesi pertama iaitu Sesi “How Do You Do?” yang telah disampaikan oleh Pembantu Kordinator 2 iaitu Justine Marcus, sesi tersebut membawa setiap peserta untuk melihat kembali segala cabaran yang telah dilalui terutama sekali cabaran dalam menyampaikan Injil kepada orang lain. Para peserta juga diajak untuk berkongsi bersama cara-cara bagaimana mereka menyampaikan Injil kepada orang lain dan apakah cabaran-cabaran lain yang dihadapi oleh belia pada masa kini. Selepas mengenal pasti cabaran-cabaran itu, peserta diajak untuk membincangkan cara menangani dan mengatasi cabaran-cabaran itu.



Dalam sesi tersebut, para peserta dapat mengongsikan pengalaman masing-masing dalam menjalankan Misi penginjilan terutama sekali dalam keluarga masing-masing. Ternyata ianya tidak mudah kerana Yesus sendiri juga telah mengalami penolakan di tempat sendiri. Namun, pengalaman tersebut tidak mematahkan semangat menginjil dalam keluarga dan komuniti masing-masing tetapi itu menjadi kekuatan untuk terus berpaut pada Yesus dan percaya bahawa belia hari ini juga boleh menjadi Penginjil terutama sekali menginjil di dunia alam maya. Para belia pada hari ini sangat sinonim dengan gajet iaitu ‘smartphone’ – dunia di hujung jari.

Seterusnya, aktiviti ‘games’ berbentuk ‘team building’ dikendalikan oleh Janarius Majin. Permainan tersebut menguji ketelitian dan kerjasama berpasukan. Seperti dalam pelayanan belia, persefahaman dan kerjasama daripada semua pihak amat penting agar segala apa yang dirancang dapat dilaksanakan demi pembangunan iman para belia dapat berkembang dengan baik.


Sesi kedua pula ialah mengenai Perkongsian berdasarkan Mesej Paus Fransiskus untuk Misi Sedunia kali 92 tahun telah disampaikan oleh Karolina Ose Wolor dan Airene A. Gumanas. Terdahulu, sejarah ringkas mengenai Misi Sedunia telah diterangkan oleh Airene. Sedikit sebanyak, info tersebut dapat membantu para peserta memahami tujuan mengapa Misi Sedunia diadakan pada setiap tahun. Kemudian, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berkongsi tentang mesej Misi Sedunia tahun ini. Dalam sesi ini, Karolina mengajak para peserta untuk sama-sama membaca dan menghayati mesej yang telah ditulis khusus kepada para belia oleh Paus Fransiskus sendiri. Rata-rata para peserta yang hadir dalam program Post LUC sangat tertarik dengan “Jangan pernah berpikir bahwa kamu tidak memiliki apa-apa untuk diberikan, atau tidak ada seorangpun yang memerlukanmu. Banyak orang memerlukanmu. Fikirkan ini! Setiap dari kamu, Fikirkan dalam hatimu: banyak orang memerlukanku” (“Pertemuan Kaum Muda”, Maipu Shrine, 17 Januari 2018). Memetik kata-kata Paus Fransiskus “Doa itu adalah pekerjaan misi yang pertama! Setiap umat Kristian boleh dan haruslah berdoa selalu walaupun dengan cara itu, ianya suatu yang sukar diukur!”. Di akhir sesi tersebut, Airene telah membawa para peserta untuk sama-sama merenung “Bagaimana saya boleh melakukan Misi dan meneruskan legasi Yesus pada hari ini, jika saya tidak mempunyai hubungan yang intim dengan Yesus?”



Peserta Post LUC
Setelah itu, Sesi “What’s Next?” telah disampaikan oleh Handrison Yosep. Dalam sesi tersebut, para belia didedahkan kepada bentuk pelayanan yang mereka boleh sertai selain pelayanan belia iaitu pelayanan Liturgi dan juga Kateketikal; sama ada di Katedral St. Mary mahupun di Gereja St. Mark.

Di lokasi berlainan pada hari yang sama, PYA Sandakan bersama-sama dengan Catholic Students Family (CSF) UMS telah mengadakan Sesi Suai-Kenal dan mengalu-alukan kehadiran Pelajar Junior UMS Cawangan Sandakan bersama dengan para umat Kapela St. Petrus, Sg. Manila. Sesi tersebut telah dikendalikan oleh CSF UMS yang dibantu oleh Corey Felino Henry, Michael Phoon dan juga Schoffal Charles Moiji.

Para pelajar kampus bersama umat Kapela St. Petrus, Sg. Manila
Acara tersebut sangat bermakna bagi para pelajar UMS kerana kesempatan tersebut dapat merapatkan lagi hubungan antara pelajar dan umat setempat di mana para pelajar dapat melibatkan diri dalam program kerohanian yang diadakan di Kapela tersebut.


Dalam sesi yang dikendalikan oleh Corey, beberapa pengalaman realiti semasa dia masih bergelar pelajar kampus sepenuh masa telah dikongsikan kepada para pelajar UMS antaranya adalah cabaran-cabaran yang dihadapinya ketika melayani di dalam komunti Catholic Student Group, 4 komitmen teratas apabila bergelar sebagai pelajar iaitu komitmen kepada Tuhan, komitmen terhadap keluarga sendiri, komitmen kepada pelajaran, dan akhir sekali komitmen kepada pelayanan. Sebagai pelajar kampus, Corey juga mengingatkan para pelajar harus bijam mengimbangkan antara pelajaran dan juga pelayanan. Menurut pengalaman peribadi beliau, Corey berpendapat bahawa sekiranya dua perkara ini dapat diseimbangkan dengan baik, ilmu pengetahuan semakin bertambah, iman sebagai seorang belia Katolik juga akan berkembang dari masa ke semasa. Di akhir perkongsiannya, dorongan, sokongan dan galakkan diberikan Corey mengingatkan para pelajar agar tidak risau mengenai perkembangan iman mereka kerana pihak Gereja akan cuba membantu sedaya upaya sekiranya mereka memerlukan bantuan.




Selepas sesi sharing daripada Corey, komuniti CSF telah mengadakan sesi pemilihan ahli Komiti CSF yang baharu yang dipengerusikan oleh Nikmael Nikson.






Wednesday, October 17, 2018

ETHOS PRESENTATION TO THE SANDAKAN CATHOLIC MISSION SCHOOLS

Reported by DaliusLL
Photos by Kelvins Kong

Sandakan: On Monday, 8th October, the Board of Governors (BOG) of the five Catholic mission schools in Sandakan paid an official visit to all their schools with the attendance of Fr. David Garaman, the Rector of St. Mary’s Cathedral and Pilis Malim, the Chairman of Parish Pastoral Councils (PPC). Mission schools place great emphasis on holistic education, balancing character development with academic excellence. It promotes the dignity, self-esteem and full development of the person, empowering young girls/boys to become people of integrity, with emphasis on the formation of the heart, so as to be committed to service to their family, nation and the world. This is in tandem with the aspirations expressed in the 'Rukun Negara' and the National Philosophy of Education. (Sabah Archdiocesan Education Commission)
In welcoming the Rector, PPC Chairman, BOG, and School Heads, Rose Solibun, Chairlady of Sandakan Diocesan Education Commission, affirmed that the need to preserve the identity maintains the Ethos and special character of the mission schools. In order to have the sense of ownership of the mission school, the BOG played a greater part with an active participation in the school’s affair. For a start, the School Heads were made aware of the importance of the Ethos in preserving the Mission schools special characters. Through this session, concise Handbills on Ethos, special character, and tradition were presented to all the Headteachers of SM St. Mary Secondary, SM St. Cecilia Secondary, SK St. Mary Convent and SK St. Mary Labuk.
In his note of appreciation, Fr. David Garaman said that it has been his interest to look into the development of the mission school since being appointed as the Rector of St. Mary Parish. He acknowledged the need  to have that sense of belonging through understanding of the ethos, character, and traditions of the mission schools, and at the same note, he pointed out on the importance of cooperation between the BOG, the School Heads and teachers in the Church works together in one mind one heart as a big team to realize that the mission schools are really ours. He was pleased that this session (presenting of the ethos) and the schools’ walkabout was a good start and hoped that the visitation of the schools is held regularly.  He thanked the Chairlady of Diocesan Education Commission for initiating this session, and the Headteachers of the schools for giving their time, especially in helping the Church to realise that the schools are really a mission school. He hopes that this cooperation and collaboration between the Church, BOG, and school Heads is maintained so that we can make this mission school truly belong to us. The session ended with a luncheon hosted by SK St. Mary Convent.

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent