Komiti Katekatikal,
Gereja St.Mark, Sandakan
Para Calon Penerima Sakramen Penguatan Bersama Pembimbing, Alice Aban
SANDAKAN :Tanggal 26 Oktober 2014
merupakan hari yang sangat bermakna bagi 37 calon penerima sakramen penguatan di Gereja St.Mark
kerana mereka telah pun menerima Sakramen Penguatan pada hari tersebut. Mereka
berasa amat bersyukur di atas pencurahan Roh Kudus melalui Pengurapan Minyak
Krisma dan seterusnya bersiap sedia untuk menggalas misi menyebarkan cinta
kasih Kristus walau di mana saja mereka berada.
Dalam homili, Bapa
Uskup Julius menekankan kedua hukum yang tertulis dalam Injil Matius iaitu ‘Kasihilah
Tuhan Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan
segenap akal budimu.’ (Mat 22:37) dan ’Kasihilah sesamamu manusia
seperti dirimu sendiri’ (Mat 22:39). Beliau menyeru semua umat untuk tekun
berdoa agar dapat menuruti hukum yang terutama untuk mengasihi Allah Bapa di
syurga di dalam setiap detik kehidupan kita walaupun berhadapan dengan pelbagai
situasi mencabar di kehidupan masa kini. Seterusnya, beliau berkata, “..kita perlu mencintai dan menghargai diri
kita sendiri terlebih dahulu agar dengan itu kita dapat lebih lagi mencintai
di antara sesama kita..” Sebelum mengakhiri homilinya, Bapa Uskup
menasihatkan para calon penguatan bahawa hari ini merupakan suatu permulaan
kepada kehidupan baru dan gunakanlah buah-buah Roh Kudus untuk terus menjadi
pelayan yang tetap setia kepada Kristus.
Sebelum Misa Kudus berakhir, Bapa Uskup mengucapkan tahniah kepada semua calon yang telah menerima Sakramen Penguatan dan mengucapkan terima kasih kepada para Ibubapa dan Penanggung atas dorongan dan sokongan kepada para calon. Juga tidak dilupakan para pembimbing yang memberikan tunjuk ajar kepada mereka.
Setelah Misa Kudus
selesai, semua umat dan Bapa Uskup berkumpul bersama-sama untuk upacara pemberkatan dan perasmian tapak jualan sementara
serta Jamuan Kesyukuran bersama para calon penguatan bersama umat. ‘Sulap’ atau pondok ini terletak di bahagian kanan hadapan gereja yang di dibina atas usahasama para umat setempat.
Ia dibina bagi menggantikan
kawasan tapak jualan makanan dan minuman yang sebelum ini terletak di belakang
gereja namun telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan baru. Umat berasa gembira dan bersyukur atas
kerjasama yang ditunjukkan di antara sesama sehingga terbinalah sulap yang baru
ini. Semoga kesatuan ini dapat diteruskan agar para umat dapat terus
berkembang menjadi sebuah keluarga yang lebih besar lagi. Jamuan ini berakhir
pada jam 2.30 petang.
Kesaksian Calon Penguatan
Handrison Yoseph |
Florida Barek Suban |
No comments:
Post a Comment