Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 6, 2014

KEMUNCAK PYOP 2014 DI PAROKI ST. MARTIN TELUPID (Hari Pertama - 24hb Oktober)

Oleh Javy James dan Bertram Lansing, SOCCOM Telupid
ST. MARTIN TELUPID“Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari, terima, dengar, dan lihat pada-Ku – Fililpi 4:9” merupakan tema untuk Kemuncak Parish Youth Outstation Programme (PYOP) 2014 yang berlangsung pada 24hb – 26hb Oktober 2014.
Gambar kumpulan bersama Pengerusi MPPT En. Albert Andau
Seramai 126 para belia menyertai program ini yang dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki Telupid. Kemuncak PYOP ini dijalankan selama 3 hari 2 malam yang disertai oleh belia dari setiap lima (5) Zon di sekitar Paroki Telupid iaitu (1) Zon Jalan Sandakan, (2) Zon Jalan Sapi/Nangoh, (3) Zon Jalan Tongod, (4) Zon Jalan Ranau & (5) Zon Pekan.
Sebelum kemuncak ini dijalankan, Tim PYOP yang terdiri dari 12 orang dari Tim PYA telah melakukan penjangkauan di zon-zon terpilih. Zon yang telah dipilih adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria iaitu (1) Kehendak ingin dilawati dan (2) Bilangan belia Katolik. Zon terpilih ini adalah;
1. St. Joseph, Nangoh (Zon Jalan Sapi/Nangoh) – 15-17 Ogos 2014, Bilangan Belia: 56 Orang
2. St. Joseph, Lumou (Zon Jalan Ranau) – 12-14 September 2014, Bilangan Belia: 102 Orang
Penjangkauan PYOP Siri-1 di St. Joseph, Nangoh
Penjangkauan PYOP Siri-2 di St. Joseph, Lumou
Objektif PYOP adalah selari dengan objektif KBPT St. Martin Telupid dan diseltikan dengan tema PYOP 2014 iaitu:
1.       Menyampaikan Misi TIM KBPT kepada semua belia di Paroki Telupid iaitu:
·         Pembaharuan dalam TIM Pelayanan
·         Merapatkan/menyatukan jurang di antara belia pusat dan juga luar stasi.
·         Memperbaiki komunikasi dan mewujudkan perhubungan di antara belia pusat dan luar stasi.
2.       Mengaktifkan kembali belia yang kurang berkecimpung dalam pelayanan
3.       Mewujudkan ikatan yang teguh di kalangan belia dan juga umat dengan cara:
·         Berkongsi informasi, pengalaman dan melakukan apa yang telah belia pelajari, dan terima dalam pelayanan serta pengetahuan iman.
Suasana di Meja Pendaftaran
Misa Harian ‘Misa Pembukaan Kemuncak PYOP’
Pendaftaran bermula pada jam 2 petang kemudian diikuti dengan Misa Harian pada jam 6 petang yang dirayakan oleh Rev. Fr. Jasery. Dalam khotbahnya, beliau menerangkan tentang “Semua orang yang dibaptis dipanggil untuk bersaksi”. Rev. Fr. Jasery memberi fokus kepada pelayanan belia serta menyeru belia memperolehi inspirasi dan sukacita untuk melayani gereja setempat.
‘Youth’s Moment, Energizer, Recap dan Pengenalan PYOP’
Tertib dan Peraturan oleh sdra. Carlson Robert Fong
Peserta berpeluang menonton video ‘Recap PYOP Siri 1dan 2' disusuli dengan ‘Youth’s Moment’ serta ‘Energizer’. Selesai sahaja sesi tersebut, peserta di perkenalkan dengan PYOP. Tujuan pengenalan ini dibuat adalah untuk mendekatkan lagi pengetahuan mereka berkenaan dengan aktiviti tahunan di Paroki Telupid.

1 comment:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent