Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 7, 2014

KEMUNCAK PYOP 2014 DI PAROKI ST. MARTIN TELUPID (Hari Ketiga - 26hb Oktober 2014)

Oleh Javy dan Betram, SOCCOM Telupid
Telupid : Ahad, 26hb Oktober merupakan hari akhir Kemuncak PYOP 2014. Para peserta turut hadir dalam Misa Kudus bersama umat pada 8.00 pagi yang diupacarakan oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel. Dalam khotbahnya, beliau menerangkan kaitan salib, darah, dan tubuh Kristus dengan kasih-Nya terhadap keluarga, komuniti dan rakan-rakan.
Perayaan Misa Kudus yang diupacarakan oleh Fr. Jasery.
Penyampaian Cendera Kenangan kepada wakil ketua chapel zon terpilih. (1)  St. Joseph, Nangoh (Zon Jln. Sapi/Nangoh) dan (2) St. Joseph, Lumou (Zon Jln. Ranau)

Suasana sesi ‘Youth’s Question and Church's  Answer’
(Panel: Sdra. Hildy, Sdra. Martinus, Sdra. Yahan)
“Bayangkan satu gelas dituangkan AIR, kemudian air tersebut diisi KOPI, serta di letak SUSU, dan GULA”. Sdra. Martinus menerangkan apa itu Tritunggal dalam bentuk perumpamaan.
Selepas Misa Kudus, peserta menghadiri sesi ‘Youth’s Question and Church's Answer.’ Sesi ini bertujuan memberi ruang kepada peserta untuk bertanyakan aspek-aspek tentang Gereja Katolik.
Suasana sesi “How Deep is Your Faith?”
Program selanjutnya diteruskan dengan sesi “How Deep is Your Faith?” yang dikendalikan oleh sdra. Evaristus Francis. Dalam aktiviti ini, iman peserta akan diasak dan hasil input adalah perisai untuk menyangkal apa sahaja anasir yang boleh mempengarui mereka serta melemahkan iman mereka. Melalui asakan ini, peserta akan belajar bagaimana untuk mengatasi kelemahan tersebut apabila berada dalam situasi duniawi.
Suasana sesi ‘How Special You Are’
Sesi ‘How Special You Are’ dijalankan pada sebelah tengahari, dikendalikan oleh sdri. Mizy Mizearly Malek di Asrama PRIDE St. Martin. Peserta akan menulis apa yang istimewa pada orang lain melalui kad yang diberikan. Ini secara tidak langsung mampu menambahkan keyakinan kepada peserta tersebut dan peserta dapat mengetahui apa yang istimewa pada diri mereka.
Suasana sesi ‘Doa Harapan’
Aktiviti terakhir sebelum bersurai ~ ‘Youth’s Moment’ dan salam damai
Sesi akhir Kemuncak PYOP adalah sesi 'Doa Harapan' dijalankan di Gereja yang dikendalikan oleh sdri. Myvaly Jimmy. Dalam sesi ini, peserta akan menulis doa harapan masing-masing mengenai apa yang mereka harapkan setelah selesainya program Kemuncak ini. Kemuncak ‘Parish Youth Outstation Programme’ 2014 ditutup dengan doa yang dipimpin oleh sdri. Angeline Said.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent