Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 6, 2014

KEMUNCAK PYOP 2014 DI PAROKI ST. MARTIN TELUPID (Hari Kedua - 25hb Oktober 2014))

Oleh Javy dan Betram, SOCCOM Telupid
Suasana Sesi 1: Dosa Dan Bagaimana Ia Terjadi

Telupid : Hari kedua, 25hb Oktober dipenuhi dengan aktiviti yang padat. Program dimulai dengan doa pagi dan ‘Lectio Divina’ oleh sdra. Warren Pierre Anun. Sesi pertama dikendalikan oleh sdra. Warren Pierre Anun bertajuk ‘Dosa dan bagaimana ia terjadi?. Rumusan di dalam ceramahnya itu, mengaitkan kepada 7 jenis dosa yang selalu kita tidak sedari kita telah melakukannya. Selepas itu, peserta memberi perkongsian berkenaan dengan pengalaman mereka berkenaan dengan sesi ini.


Sesi 2: Muzik dan Liturgi oleh Sdra. Hildy Albert

Sesi yang seterusnya disampaikan oleh sdra. Hildy Albert yang bertajuk ‘Muzik dan Liturgi’. Dalam sesinya, Hildy membentangkan tentang muzik dan peranan muzik di dalam gereja. Tajuk ini dipilih bagi mendedahkan kepada para peserta berkenaan dengan fungsi muzik, kesesuaian muzik, serta tatacara muzik di dalam Misa Kudus. Sdra. Hildy juga menyelitkan penggunaan ‘Gregorian Chant’, apa yang harus belia tahu di dalam koir antaranya mempelajari sejarah dan nilai-nilai lagu tersebut agar bila dinyanyikan mampu untuk menghidupkan suasana rohani dalam diri serta umat.

Suasana aktiviti sesi ‘7 Tahap Iman’
Pada petangnya, para belia dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibawa ke satu tempat dimana mereka akan merasai dan merenung dimana tahap iman mereka di dalam sesi ‘7 Tahap Iman’. Iman Katolik terdiri dari 7 tahap iaitu (1) Tahap Iman Kanak-Kanak, (2) Tahap Iman Ikut-Ikutan, (3) Tahap Iman Komuniti, (4) Tahap Iman Personal, (5) Tahap Iman Para Murid, (6) Tahap Iman Para Rasul, dan (7) Tahap Iman Para Martir. Peserta telah dibawa ke dalam aktiviti agar mereka dapat menghayati lebih kepada jenis tahap Iman tersebut. Aktiviti sesi ini dikendalikan oleh sdra. Javy Jimmy.
‘Sunset Mass’ oleh Rev. Fr. Jasery Emmanuel
‘Sunset Mass’ dijalankan pada jam 6 petang. Dalam khotbahnya, Rev. Fr. Jasery mengingatkan para peserta agar meneliti diri sendiri agar tahu di mana tahap iman mereka kini berada. Aktiviti ‘7 Tahap Iman’ memberi ruang peserta untuk mencari jalan untuk berkembang dan tumbuh dalam iman.


Suasana sesi Refleksi
Sesi malam, bermula dengan refleksi, dimana para peserta mengimbas semula apa yang telah mereka terima dalam sesi 3, “7 Tahap Iman.” Refleksi ini dikendalikan oleh sdra. Valentine Tony.
Adorasi dan ‘Taize Prayer’
Program hari kedua diakhiri dengan ‘Adorasi dan Taize Prayer’ yang dikendalikan oleh sdra. Warren P. Anun.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent